Wednesday, 14 December 2022

WORDLESS WEDNESDAY edisi EP. 2 of Unicorn

 day 2 of Cromok Rehearsal



p/s: terjumpa kawan sekampung also the drummer of SPEEDWITCHES and Blood Legion

Monday, 5 December 2022

Journey Into The World Of Cromok Ep.1

Salam all. Apa kabar? Yeahhh. Bermula dari entry ini, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku jadi Guitar Tech untuk sessionist Cromok iaitu saudara Shah Ziri, apa yang aku lalui, apa yang aku buat dan secara ringkas moment moment yang agak signifikan bagi aku. Diharap korang semua tak bosan lah. If you do, oh well. Hahaha.

Ok. Sebenarnya pengalaman aku bekerja dengan Cromok sebagai tech/roadie bukanlah bermula tahun ni. Ianya bermula pada awal tahun 2020. Ketika itu Cromok mendapat undangan untuk bermain di NUSAFEST yang akan diadakan pada 7 & 8 MAC 2020. Jadi rehearsal bermula pada 4 Februari 2020. Aku ketika itu ditugaskan menjadi drumtech pada abg Miji. Aku pun bukannya mahir sangat pasal drum tapi bolehlah setakat nak pasang pedal dan arrange hardware drum sikit-sikit. Malangnya pada 5 Februari 2020, telah diumumkan bahawa NUSAFEST 2020 akan ditunda kesatu tarikh lain atas sebab peningkatan kes Covid-19 dan akhirnya membawa pada peristiwa PKP seluruh Malaysia. Maka NUSAFEST 2020 pon dalam hiatus sehingga sekarang. Khabarnya ada ura-ura ianya akan dilaksanakan pada 4 & 5 Februari 2023 tapi adakah Cromok akan turut serta masih menjadi misteri.



Jadi my so-called adventure sebagai tech cromok pada tahun ni bermula apabila Hafiz dari band Tebaboo! yang telah bersama sama cromok menjadi tech sejak 2012 menelefon memberitahu yang mereka memerlukan guitar tech untuk mengendali peralatan sessionist cromok iaitu Shah Ziri  yang juga terkenal dengan bandnya bernama Nrocinu. Aku diberi jadual masa untuk Cromok prektis. Semua sekali aku kira dalam 10 hari semuanya tidak termasuk showday. Sekarang dah tak boleh rehearsal lama kot sebab Abg Miji dah pindah duduk di Pasir Mas, Kelantan. Jadi dia berada di KL lebih kurang hampir 2 minggu sahaja. Aku pun setuju tanpa banyak cerita. hahaha. Cromok kan? memang band favourite semasa awal awal mendengar metal dalam tahun 1998 macam tu. 

Tugas aku ialah untuk setup peralatan peralatan Shah Ziri dan memastikan yang bila dia sampai, aku perlu memudahkan kerja setting up beliau. Peralatan yang digunakan Shah Ziri untuk Konsert kali ini ialah Multi effect MOO|ER GE250 dan power amp Mesa Boogie Simul Class 295.AKu rasa ini adalah 2nd version kerana terdapat butto Prsence dibelakangnya.!st version takda. 3rd version knob volume nya didepan. Aku agak teruja untuk mengendali power amp ini kerana ianya adalah model yang mula diperkenalkan pada era akhir 80an. Kembarnya iaitu Mesa Boogie Strategy 400 digunakan oleh Hetfield dan Hammet sehinnga era Death Magnetic. Mesa Boogie Simul Class 295 kuasanya agak kecil sedikit dari Strategy 400 namun ada yang mengatakan Simul Class mempunyai sweet spot yang menggiurkan peminat sound gitar. hahaha.Sebagai guitar tech aku perlu hadir setiap kali sesi rehearsal cromok yang berlangsung disalah sebuah studio jamming di Hartamas. Gitar yang digunakan Shah Ziri adalah Ibanez RG manakala Abg Chot menggunakan Hamer Sustaniac dan Haseesa double cutaway.

Maka 23/11/2022 bermulah rehearsal cromok. Setelah sampai dan  bersalaman di luar bilik studio, aku pun masuk kedalam dan mula setting up peralatan yang berkaitan.Setup agak simple cuma perlu berhati ketika mengendalikan power amp sebab ianya berat dan ada tube didalam. Aku boleh kata ianya adalah satu fragile device. Abg Chot menggunakan power amp jenis Marshall EL34 100/100. Kedua dua power amp ni memang berat namatey. Bayangkan kena angkat ke tingkat dua dimana studio berada. Memang beratttt. Tapi digagahkan juga. 



Hari pertama rehearsal hanya abg Chot dan Shah saja yang hadir. Abg miji dan abg sam tak join lagi kerana hari pertama adalah hari untuk setting sound kedua dua gitaris. So everything went smooth in term of sound cuma masih tak berapa pasti jika ia akan berkesan bila semua ahli band dah lengkap. Mungkin perlu ada minor tweak yang perlu dilakukan. Apabila mereka berdua bermula memetik gitar, perghhhh. Sound memang sebijik dalam kaset. hahaha. Mmg goosebump la. Abg Chot waktu ni menggunakan Fractal Axe-Fx II+ keluaran akhir tahun 2011 rasanya



OK lah. Itu sahaja untuk entry kali ini. Stay tune untuk hari kedua pula. yeaaahh!

Tuesday, 29 November 2022

Wednesday, 9 November 2022

2022 is gonna end soon with CROMOK LIVE

 Hahaha. Oh my god! Tak sangka dah dekat setahun since my last post. Setahun sekali nampaknya posting aku kebelakangan ni. Oh well, dengan adanya distraction dari platform seperti FB, Twitter, Reddit, Instagram n the newest for me is Tik Tok, blogging became somewhat sit on the back burner for a while. Tapi bila diamati dan dihayati, blog platform inilah yang memberi lebih kepuasan pada aku.... in my opinion la. So, from this point on, aku berazam untuk kembali kerap menulis disini, tetapi berapa post dalam setahun tidaklah diketahui. Hahahah. But for sure its gonna be like the usual...guitar, metal music, my life basically.


So i just wanna share, antara band yang aku minati ialah CROMOK kan. Dengan adanya youtube, memang banyak footage lama diawal penubuhan band ini dapat disaksikan. Video footage live yang agak femes ialah performance mereka di Sydney pada tahun 1989. Tetapi bila diperhati, ada kekurangan track yang ada di youtube. Seingat aku, waktu awal awal youtube dilancarkan , ada hamba allah yang upload video lagu live yang tidak boleh dijumpai sekarang. Lagu lagu itu ialah Memories, Maram Perapu Kepunden Param Sekeper, Unicorn dan .Obsessed. Ada rumours yang ada VCD dijual secara illegal di pasar pasar malam sekitar sebelum tahun 2010, dan aku memang ada usaha mencari VCD itu dulu tapi tidak berhasil. Its been 12 years since the search......

And finally...


Aku menemui seller dalam Carousell. Pada mulanya aku memang suspicious. Ye la, gamba iklan hanya cdR bercontengan Cromok Live Australia 89. entah entah bila sampai, keluar video Didi n Friends aje. Kene scam ahh hahaha. tapi dengan nekad dan berserah, aku menghubungi seller dan selepas tanya serba sedikit, aku pon membuat bayaran. Bila sudah sampai, memang aku agak risau dan ragu ragu, terus aku sumbat masuk cd rom dan copy dahulu file video nya. bukan apa, aku takut yang vcd ini sudah mula nak reput. ya lah, jika diikutkan cerita tentang wujudnya vcd ini bermula tahun 2010.

Selesai copy, aku pun play. MEmang sah gig live Cromok di Sydney pada tahun 1989. Arwah Din masih ada. Gamba memang agak grainy and black n white. Kualiti audio mmg agak raw tapi still jelas bunyi drum, gitar , bass dan vokal abg Sam. Dalam ini baru aku tahu lagu dalam Forever In Times bukan semua dibuat oleh Abg Chot@Karl. Ada juga yang dibahagi dengan Arwah Din. Tetapi live vocal delivery Abg Sam memang berbeza dulu dan sekarang. Macammana aku tahu? haaaa thats a next story post to tell.....errr type. 

Thursday, 25 November 2021

LATE 2021 Posting . . .

 Salam all. My life . . .What a turbulance it had been. Semestinya bersyukur pada Allah SWT masih lagi dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak membesar. Tak sangka previous post aku bertarikh Julai 2018. 3 tahun lebih tak menerjah ke sini. Kinda feel unnecessary to write anymore but sometimes the itch do visit. haha.

Anyway, wabak ni memang suck the souls lah. Dengan beraya kat rumah 2 tahun dah. \ini pun dengar ura-ura macam raya 2022 pon dirumah jugak. Total fuck off. Tapi kalau dah betul bilangan kes naik semula dan vaksin menunjukkan penurunan kemujarabban memang tak boleh buat apa.

Time PKP awal 2020 memang membuatkan aku jadi numb seketika. Aku tak rasa sangat seronok tidak bekerja di pejabat sebab rumah memang dekat dengan office. Cuma waktu curfew tuh dengan bermacam macam peraturannya aku rasa macam its the end of the world... and somehow, my world did end for a while, 2020 memang tahun musibah besar bagi aku. Mak aku , insan yang paling aku sayangi pergi meninggalkan aku sekeluarga. Hanya 12 hari sebelum harijadi arwah yang ke 61. Aku hilang punca untuk beberapa ketika. Dunia aku hilang padam. Beberapa hari dan minggu selepas arwah pergi, Aku pernah menangis rasa macam jantung aku direntap dari dalam. Tapi itulah, kehidupan perlu diteruskan.Keluarga aku kecil, aku perlu jaga. Arwah mak ada berpesan supaya aku jaga kesihatan sebab aku ni tak lah sihat mana pon. Dia takut aku padam waktu anak anak masih kecil. Macam macam penyakit slowly creeping in. I miss my mak so much. Hanya video, voice note dan gambar digital yang telah diupload ke cloud sahaja menjadi pengubat rindu.

3 bulan selepas itu adik bongsu aku pulak berkahwin. Dan kekosongan sewaktu majlis kecil itu memang dirasai. Hanya Allah saja yang tahu betapa lohongnya jiwa aku semasa majlis akad nikah tu. Dan aku kena pretend to be strong sewaktu majlis kenduri kecil dirumah arwah mak aku.2020 surely left a hole in my heart. Big bloody hole of emptiness.

2021 pula datang. Ingatkan kita bebas tapi masih dibelenggu rupanya. Tak boleh kata apa. Raya kali ke 2 dirumah. Kali ke 2 menjadi imam solat aidilfitri. Feels incomplete but yet try to cope with it. Salah satu caranya ialah berbelanja. hahaha. My god memang hancus poket sejak PKP nih. aduih. Gitar dah 20 biji kat rumah tu. Main nye tak rajin mana jugak. Ye lah hati tengah murung mana la ada mood..Tapi ada jugak la video video kolaborasi terhasil dengan kawan kawan pemuzik.Paling latest ialah kolaborasi dengan Sam CROMOK untuk lagu SLAYER-Black Magic. Ada aku share di FB aku. Ramai yang suka terutamanya so called "purist metal" Diorang suka abg Sam akhirnya menyayikan lagu metal yang betul betul brutal. Well, pada aku melodi cromok tu lah pemenangnya. Tapi tulah.... masing masing ada pendapat masing masing. 

 Kaset jangan cerita ah. Sampai lengkap lah discography DEATH. hahaha. Gadget gitar pon berketul ketul terkumpul. Aku masih bersyukur masih diberi rezeki untuk cari sesuap nasi untuk keluarga dan diri sendiri. Alhamdulillah.

Anyway, diharap tahun 2021 ini berlalu pergi dengan tenang dan aman digantikan tahun 2022 yang membawa lebih banyak sinar bahagia untuk merawat hati aku yang luka. Vaksin booster pon aku dah dapat. Diharap Covid19 ini betul betul akan menjadi endemik yang dapat kita kawal sepenuhnya. Inshaallah.

Saturday, 11 November 2017

BEBELAN METAL versi PORTABLE CASSETTE PLAYER ?

Ahoy matey ! I'm back !

Lama jugak rasanya tak memblogkan diri ini. Pressure dari hidup semasa sedikit sebanyak berjaya memperlahankan rentak hidup aku 2 3 4 menjak ini. Well life goes on i guess. Tapi kalo tak pressure bukan normal la nampak gaya nye, kan ? Haha.

Well, since my last post bulan februari lepas tiada apa yang luar biasa terjadi. Jual gitar, beli gitar, tunggu anak baru, berkenalan dengan group bitcoin, tak pegi kuliah dream theater dannnn..... Keinginan untuk berkaset kasetan semula. Yeah u heard it right.

Kenapa aku yang banyak jual koleksi nak dengar kembali kaset ni? Maybe sebab seru tu datang balik kot. Lantak aku browse di mudah.my in hope for cheap working portable cassette player. Dan maybe rezeki ade hamba allah nak jual model panasonic CW01 murah murah. New old stock. Tapi agak pelik kerana tiada fungsi radio FM. Memang semata mata untuk memainkan kaset sahaja. Cool.

So, dengan tanggungjawab menyiapkan poster untuk subjek computer forensic, aku bawa keluar kembali kaset kaset keramat aku untuk menemani menyiapkan assignment ini.

Cuma satu je yang baru iaitu dari Sil Khannaz Thunder Roar. Yang lain semua dah season yop. Ehehe.

Sunday, 5 February 2017

BEBELAN METAL versi NASI DAGANG

Assalamualaikum.

Baru baru nih satu urge yang kuat telah melanda diri aku. Urge yang selalunya aku lunaskan setiap pagi sebelum aku pergi ke pejabat semasa aku bekerja di Terengganu 5 tahun lepas (...i cant believe its 5 years already since I left Terengganu ) Kali ini urge tu teramat sangat maybe disebabkan aku dah setahun setengah tak balik kesana.

Baru baru ni Tok aku ajak balik ke kampung di sana ada kenduri doa selamat tapi disebabkan anak aku tiba tiba demam dan doktor tidak sarankan untuk travel jauh, jadi secara spontan aku membatalkan rancangan aku. Tapi disebabkan aku sudah rancang dalam otak aku untuk bedal semua makanan yang sedap sedap di Terengganu, jadi ia ada sedikit mengganggu fikiran aku lah. hahaha. Selepas menggoogle di mana nasi dagang paling top meletop di area Kuala Lumpur ni maka muncullah nama warung makcik ni didalam list tersebut.


WARUNG KAK ZAI RULESSS !!!



Ok. Pada aku, nasi dagang point paling penting adalah kuah dan ikan nya. Spesis ikan yang digunakan biasanya ada 2 jenis. Ikan Aye (Tongkol) Hitam dan Ikan Aye (Tongkol) Kurik.Ikan yang paling sesuai hendaklah pakai Ikan Aye Hitam. Ikan Aye Kurik ni isi nye keras so tak brape best dibanding dengan cousin yang sekor lagi tu. Nasi dagang ada 3 versi yang berbeza. Nasi Dagang Terengganu, Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Dagang Pahang. Pada aku jika terdesak, Nasi Dagang Kelantan masih boleh diterima. Tapi Nasi Dagang Pahang memang aku tak boleh nak go lah sebab kuahnye seakan masak lemak kuning. Memang out lah. Sori orang pahang.Hahaha.



Pada mualanya aku agak skeptik, entah lah , mungkin sebab banyak kali kecewa dengan Nasi Dagang saduran Kuala Lumpur nih. Tapi ... aku ... silap ....

Nasi superb. Acar superb. Yang paling penting, kuah dan ikan which is awesome. Kuah dia sedap sebab pakai rempah yang authentic untuk buat kuah nasi dagang ni (maybe import dari Terengganu kot). Kedai ni terletak di Jalan AU 3/1, off DUKE highway. Google map je, konfem jumpa. Kalo taknak travel jauh jauh beratus kilometer sampai ke Pantai Timur, hidupkan Google Map dan carilah warung ini, gerenti puas hati. I do.


Tuesday, 31 January 2017

BEBELAN METAL versi JOM MASAK STEAK

Assalamualaikum. Haaaaa . .  ini bukanlah cubaan aku untuk menjadi Chef Wan Two Three. Cuma lebih pada kegianan yang teramat sangat untuk :

a) Makan Steak with Rosemarry, Thymes, Garlic and Butter.

b) Nak masak style Gordon Ramsay.

c) Teringin nak makan daging Wagyu

Hahaha.

Orite. So hari Sabtu baru ni kami segerombolan  4 beranak pergi la shopping barang barang yang diperlukan macam Daging, Olive Oil, Thymes dan Rosemarry herbs ( serius shit ini first time aku beli mendalah ni, bila dihidu memang patut lah sedap ), butter etc di pasaraya Giant Gombak. Pada mulanya macam nak kensel sebab bila hari minggu melanda mulalah badan rasa nak baringgggg aje (...dan bermain shredding gitar sampai melupakan perkara lain....haihh...laghooo.). Tapi atas desakan isteri dan dorongan Chef Gordon Ramsay (cheyyy hehehe ) aku menggagahkan juga badan ni untuk memasak ala ala Hell's Kitchen.

So , potongan daging Sirloin steak dan potongan yg gagal dikenalpasti (haha) dipilih sebagai eksperimen. Agak berdebar juga nak buat  sebab kalo tak jadi memang rugi aa sebab harga boleh tahan. Basically aku memang ikut nasihat Chef Gordon yakni sebelum masak, make sure daging di letak di luar peti ais at least 20  minit to get it to room temperature as kalo main masuk je dari peti ais, luar rentung dalam sejuk. Tak ke naya kalo jadi macam gitu.

Preparation untuk daging agak senang, Aku pakai 2 cara untuk aktiviti ini. Potongan Sirloin aku guna kuali sahaja dan potongan besar tu aku pakai oven and then baru pakai kuali. Untuk potongan Sirloin, macam yang diajar dalam Youtube oleh Gordon Ramsay, aku amik lada hitam, hancurkan dalam lesung batu. Tabur dan lempangkan atas daging. Amik garam masakan, Tabur dan lempangkan juga pada daging. Letak Olive Oil atas kuali, guna high heat jadi smokey sikit dan letak daging Sirloin atas tu dan make sure ade bunyi sizzle. If it aint sizzle, its not right... kata Wak Gordon.


Untuk Sirloin ni, masak approx 1 minute each side for about 8 minutes.





First time aku masak pakai herba mat salleh. ehehehehehe.




Bila agak agak nak masak, masukkan butter, thymes dan rosemarry . Ini lah point dimana rasa steak ni diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi.





mmmmmmm . . . . baju tour Metallica/Guns n Roses 1992 .






Jiruskan butter cair yang telah bercampur dengan herba thymes dan rosemarry tadi ke atas daging tu.




Bila dah komfem masak, letak atas pinggan dan jiruskan butter tadi atas daging dan biar daging tu rehat selama 5 minit macam tu. Kesian daging tu, penat dia kena goreng.





Potongan yang besar.






Ok untuk potongan daging yang besaq macam ni, aku tabur lada hitam, garam, thymes dan rosemarry lalu aku lempangkan keatas daging itu hingga termasuk ke celah celah agar rasa nya sekata dan aku letakkan dalam oven dalam 50 minit dengan kepanasan 190 celcius kalo tak silap. Kemudian lepas 50 minit aku masukkan kedalam kuali dan ulang proses yang sama menggunakan butter dan herba thymes and rosemarry tadi untuk mengangkat rasanya ke tahap yang tinggi setingkat.




Inilah hasilnya, ini bahagian anak - anak .






Ini bahagian Ayah dan Ibu.


Maka berakhirlah adventure memasak ala Gordon Ramsay ni. Isteri puji sedap jugak, kira OK lah. Nak harapkan memasak betul betul teliti, aku pandai main gitar aje dengan teliti . Hahaha. Memang tak susah resipi ni. Dalam youtube ade step by step preparation. Paling aku suka tengok matsalleh makan Wagyu beef. Fuuuhhhhhh . . . depa kata daging tu cair dalam mulut. Entahlah,aku pon tak penah rasa. Maybe one day.








Monday, 23 January 2017

HELLO 2017



It seems that the greatest metalband on the planet once again played near our shore for the third time. I do feel a bit of a regret of not going to Singapore to see them live. Just a little bit of bitter painful sour taste of regret. But hey, responsibility first, right ?

But when i compared the setlist of the two shows i went in 2013 versus the recent show next door, i guess the old setlist is way better to my ears (Ride The Lightning, Orion, The Shortest Straw,And Justice For All, Blackened, Creeping Death etc). With the new album, ermm  i still havent digest it throughly enough, Kirks solo definitely can be better, theres 1 or 2 songs thats cringe worthy,at least to me. The fact that  ol' Lars gettin' under the par with the fast double bass parts (according to official and unofficial live video on youtube) also reducing my interest to go.

But if they somehow decided to eventually play in KL, heck, I'll definitely go...if, i got extra dough, of course.

Oyeah.


Happy New Year . A kind of mellow beginning for me.

Friday, 22 January 2016

BEBELAN METAL versi FANTASI


Akhirnya. Sampai jugak magazine nih, seller kat TTDI je rupenye.kalo tau baik gi amik sendiri. 5 hari baru sampai. haihh. Receptionist kt lobby style blur2 plak tu.adoihhh. Ni isu keluaran Julai 1994. Kat Amcorp Mall isu yang sama dijual RM300 senaskah. Yang ini aku dapat harga marhaen. Kondisi super tiptop. Haha.



Pada tahun 2008, aku dan seorang lagi rakan berpeluang menimba ilmu (more to internship) dengan the one and only Jaafar Taib, pemilik magazine Gila-Gila dan Fantasi. Bila berus lukisan berada di tangan, he is a badass. Pada aku dia ni macam grand master Jedi sebab apa saja yang dilukis beliau amatlah cantik. Memang besar bakat yang Allah SWT pinjamkan pada beliau tapi itu juga adalah hasil usaha beliau menajamkan skill sendiri. 

Kami diberi sebuah bilik di stor lukisan beliau di salah sebuah rumah kedai di Jalan Kuching. Di dalam rumah kedai itu ibarat simpanan khazanah illustrasi yang tidak ternilai harganya. Dan didalam timbunan berharga itu, disitu tersadainya mastercopy untuk semua majalah Fantasi yang pernah dicetak. Encik Jaafar ada memberitahu aku yang dia berharap untuk scan semua isu Fantasi dan merilis semula dalam bentuk digital. Diharap impian beliau tercapai juga akhirnya.

Magazine Fantasi ini antara pencetus bagi aku untuk belajar melukis dan menjadi animator dulu. Antara pelukis yang aku minat ialah saudara Aedes sebab karya beliau sangat heavy metal.hehehe.Ahhhh the memories. huhuhu.


Wednesday, 13 January 2016

WORDLESS WEDNESDAY . . . GRUNDAR DEATH FEST 2016



p/s:  Jemput datang kawan-kawan semua memeriahkan acara. Band SUFFER REMAIN untuk kali keduanya diundang untuk mecairkan wajah wajah penonton yang datang nanti. Haha. Keep it brutal !



26 03 2016
EMBRACE HALL, TAMPOI UTAMA, JB
RM 30

Monday, 28 December 2015

RIP Lemmy Kilmister

RIP 1945 - 2015

With Hetfield during Lemmys 50th birthday bash in 1995. Overkill !

Wednesday, 9 September 2015

WORDLESS WEDNESDAY . . . WORLD MAGNETIC TOUR 2009




Note: Anvil tag. The graphic is reused from Metallica's Rolling Stone 2005 gig SBC Park SF tshirt . The difference is a guitar jack protruding the tongue.

Tuesday, 7 July 2015

WORDLESS WEDNESDAY . . . Rekod Kepala Remaja



Note: Im not an ethusiast, just curious. Murah murah kat sini, servis pon bagus.  :-)

Tuesday, 30 June 2015

Wednesday, 20 May 2015

WORDLESS WEDNESDAY . . . Shave Your Armpit



Note: Setlist NEGATION, old timer arena grind tempatan. ZOOM 707 II tuh cult. haha

Wednesday, 13 May 2015

WORDLESS WEDNESDAY . . . Throwback kerjaya dulu.


note: flash animator. Ini antara pilot episode yang tak berjaya dapat tender penyiaran. Dirty politics.

Tuesday, 12 May 2015

BEBELAN METAL . . . Keseronokan Kekejaman



Yahhhahaha . . . lama rasanya tak menulis. Sejak jadi murid balik nih memang rasa macam tak ada masa langsung sekarang Ramai yang kata lepas ni memang takdak masa nak main gig or jeming...and they are actually right. haha/ Dah berkarat dah rasa jari nih, prektis pon tak dan. ermmm. Datang lah ye sape sape yang nak maii.
CD kami turut dijual di event ini untuk yang berminat.

Cheerz !



INSIDER SPACE, 
Maluri Cheras.
17th May, AHAD.
2 pm until dead.

RM 15.

Wednesday, 11 March 2015

BEBELAN METAL versi RAKAMAN KOMPILASI

Hurmmm... lama rasanya tak menulis. Kebelakangan ni aku rasa macam letih sedikit dengan kesibukan dan hiruk pikuk dunia kota kuala Lumpur nih. Dulu ke KL hanya Isnin hingga Jumaat tapi sekarang hampir setiap hari sebab Sabtu dan Ahad kene menghadiri kelas. Yahhh... aku menjadi pelajar semula. hehe.

Anyway, komitmen pada band tak dilupakan. Baru baru ini pada 6/3/2015 aku telah memecut ke Dungun untuk merakamkan satu lagu untuk Kompilasi Terengganu Metal Hordes (working title only...). Dirakamkan di Musecca Studio, Dungun dengan seliaan dari saudara Syukri berjalan lancar. Kami berkurung dalam studio dari pukul 9 pagi hingga 8 malam dan hanya dapat menyiapkan Drum dan Guitar sahaja. Belanja sikit gambar.

KH-2 diguna untuk guide track

View from the control room

Ruang yang besar memberi sound drum yang padu

View outside the control room

Guitar tracking. Im using Edwards Explorer because of the wood(heavy tone), pickup output(higher than KH2) and neck joint(setneck thus more sustain).

Baru habis azab 11 jam rekoding non stop.


Disamping rekoding, aku ada turut membawa rilisan terbaru Suffer Remain yang telah keluar baru baru ini. Masih panas lagi. hahaha.






Tuesday, 27 January 2015

WORDLESS WEDNESDAY . . . PIRANHA !!!





Note: "Tanak tengok ikan lain, nak tengok Piranha je." Metalhead betul. Exodus - Piranha .

Tuesday, 20 January 2015

WORDLESS WEDNESDAY . . . GW DIMEBAG 10 Years Gone .

Getcha' pull.

 pic by Ross Halfin


Dime guitar, caption by Grady Champion, Dimes long time tech.

The last guitar he ever hold, right before 3 shot to the head. RIP.

Dimes studio, rigs and guitars in Rita safe keeping.