Thursday 28 August 2014

BEBELAN METAL versi KORG lagi ?

Pembelian Impulsif: KORG NanoKey



Arghhh... pembelian impulsif lagi.hahaha. KORG kali ini ialah edisi Nano Key. Yang terdahulu ialah Nano Pad seperti gambar dibawah.

KORG NanoPad



Secara umumnya perbezaan kedua dua bendalah ni ialah yang di atas menggunakan Key atau kekunci dan yang di bawah menggunakan Pad. Sebab musabab aku membeli Nano Key ni ialah kerana ianya lebih kepada sebuah keyboard kecil dan penggunaan nya pada jari agak lembut berbanding NanoPad dimana aku terpaksa tekan dengan kuat baru keluar note note muzik. Aku hanya gunakan device ini untuk trigger MIDI untuk keluarkan sound EZDrummer aku saja. Aku tak pernah lagi guna untuk trigger sound Piano ataupon electronic keyboard. Sebabnya simple,aku tak reti main piano atau keyboard.hahaha.

Aku baru saja selesai test NanoKey ni malam tadi dan verdictnya...NanoKey lebih selesa sedikit berbanding NanoPad. So memang pembelian yang win lah.  Jenuh juga nak kasi benda ni berbunyi sebab aku agak lemah kalo subjek berkaitan MIDI nih. Mungkin sebab aku gitaris tegar kot.heh heh heh. Aku masih lagi gagal untuk assign setiap key untuk trigger bunyi apa...contohnya bunyi snare, cymbal,kick,hi-hat etc. Pening pening pening.

Korg NanoPad tu mungkin aku nak jual. Any taker?

Sunday 3 August 2014

BEBELAN METAL versi Something From The Green Side

Sebelum hari raya menjelma, aku telah menerima bungkusan dari tempat yang jauh iaitu Bintulu. Dalamnya berisi satu unit pickup Bill Lawrence L500XL. Ianya dibeli dari saudara hijau setelah beberapa kali pembelian terbatal dan tertangguh disebabkan dana kena rampas dengan rakusnya.



Aku mula tahu pasal kewujudan pickup semasa pertama kali mendengar band bernama Pantera pada tahun 2000 (tingkatan 4 di SMT Matang, Kuching, Sarawak) dengan album terakhir mereka Reinventing The Steel. Pada aku pertama kali mendengar Pantera aku rasa sound gitarnye agak berbeza dari band band yang aku biasa dengar, soundnya agak extra bingit tapi sedap . Bila aku beli majalah Guitar World, kadang kadang ada interview bersama Dimebag dan Bill Lawrence dan SD Dimebucker adalah pikap utama beliau.




Pada 2004, sadly Dimebag ditembak mati diatas pentas dan sekaligus mengangkat tahap beliau kepada guitar legend yang diingati selama lamanya. Setelah membeli Washburn Dimebag, aku rasakan tak lengkap gitar ini kalau tak disumbat dengan SD Dimebucker atau pon Bill Lawrence L500XL. Jadi dengan pembelian pikap ini hopefully it will get to a dimebag magnitude.haha.



Tapi as of today, aku belum lagi berkesempatan menghantar raksaksa ini ke kedai gitar  untuk ditukar pikapnya. First day at work after holiday for a week , poket yang sedikit rabak tambah pulak hari ini boss besar yang baru menggantikan boss besar lama baru saja melaporkan diri so hari ini kene behave sikit lah. heh heh heh.