Sunday 29 December 2013

BEBELAN METAL versi DUNGUN DECIMATOR BERAT 666 , Masak Separuh

Yeahhh.... akhirnya gig yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dengan deretan band band yang amat awesome dan sokongan padu dari pendengar metal pantai timur event ini dirasakan antara yang terbaik pernah didadakan di Negeri Terengganu. Bermula lewat sejam dari yang dirancang tapi itu semua perkara biasa kerana pihak organizer menunggu kehadiran crowd untuk memenuhi venue.



Sesi sound check dimulakan dahulu oleh Suffer Remain kemudian Sapprah, Imperial dan 2 3 band lagi. Band band dan crowd crowd yang datang dari jauh masih merehatkan diri di chalet masing masing agaknya. Nama Modar (Original line-up plus sessionist, FOES guitarist, Mr. Asang ) dan INFECTIOUS MAGGOTS memang amat mengujakan bagi kami peminat metal dari pantai timur.



SAPPRAH menjadi pembuka selera bagi Event hari itu dan mereka memberikan pukulan yang betul betul padu dengan lagu lagu mereka yang heavy dan catchy. Mereka mengingatkan saya pada Langsuyr di zaman awal. Ada perisa thrash, death dan sedikit black metal secukup rasa. Mereka mengakhiri persembahan mereka dengan lagu cover dari band terulung britain iaitu Iron Maiden dengan lagu " Aces High ".

Tiba giliran SUFFER REMAIN pula untuk menyambung keberatan petang itu. Untuk gig kali ini ada satu eksperimen yang saya ingin lakukan keatas cara penggunaan distortion pedal saya. Dulu, saya hanya guna distortion direct dari pada pedal tapi kali ini saya menggunakan pedal sebagai booster sahaja, maknanya distortion utama adalah dari Amplifier Randall dan saya hanya " menggarangkan " lagi sound itu dengan pedal distortion saya. Ternyata memang berbeza dan pada saya overall sound live saya telah naik ke satu level lagi. hahaha. Saya berazam untuk menggunakan setting seperti ini di Gig Grundar Death Fest 2014 pada 01/03/2014 di Larkin, Johor Bahru dan juga di gig-gig lain dimasa akan datang. Petang itu Suffer Remain mempersembahkan lagu cover dari Disgorge iaitu " Womb Full Of Scab " sebagai pemula setlist . Ianya memang telah menggamatkan suasana di lantai studio dengan head banging dan moshing seperi orang sawan. Diteruskan dengan lagu dari EP yang bakal diterbitkan ( delay lagi... hehehe ) dan lagu baru yang dipetik dari Kompilasi GOE yang bakal rilis awal 2014 ini, lagu kaver dari Baphomet dan Dying Fetus didendangkan, crowds semakin menggila. Ditamatkan dengan encore lagu dari Morbid Angel iaitu " Day Of Suffering " crowd yang buas dilihatkan puas menghayun kepala dan badan masing masing. Jangan ada yang MC keesokan hari sudah laaa.









Band seterusnya adalah DROHONG, band yang berpaksikan grindcore brazil/amerika selatan memang tidak mengecewakan. Dengan barisan pemuzik old timer terengganu terutamanya Zam Neoroth yang bangkit dari persaraan, drohong menghempas crowds dengan lagu-lagu mereka yang ultra grinding.

Diteruskan dengan SAHAYA, band black metal dari Terengganu. Riffing gitaris mereka Lord Din memang mistik dan memanggil semangat dari Pesisir pantai beku Norway untuk merasuk Pesisir Pantai Terengganu yang hujan rintik rintik.

Kemudian tiba giliran band dari Kuala Lumpur iaitu IMPERIAL untuk meneruskan aksi. Memang tidak disangkal lagi kehebatan outfit melodik dari KL ini amat padu. Lagu " Dawn Of Deliverance " adalah lagu yang saya tunggu-tunggu sekali.Encik Fizan dari VISITANT turut menyumbangkan tenaga memainkan lagu-lagu Imperial dengan gitar Epiphone Explorer hitam beliau. Memang persis James Hetfield beliau pada hari tu. ooo yeahhh yeahhhh !!! (ala ala laungan James Hetfield )

Dan berita buruk melanda... Polis telah datang ke venue gig ini dan mengarahkan agar gig dihentikan kerana ada aduan dari penduduk (katanya...) dan permit telah ditarik balik serta-merta. Kami diberikan masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan dikenakan (rush la kot ... ). Band yang tidak sempat membuat persembahan adalah Dysgusted, Tasyim, MODAR dan INFECTIOUS MAGGOTS. arghhh... what a waste. Kami peminat metal extreme terengganu  menunggu lama untuk meyaksikan Reunion Modar dan Infectious Maggots di Terengganu tetapi akhirnya semua pulang dengan sedikit kekecewaan tertusuk berdarah di hati. Pada saya metal kemungkinan selamanya dipandang serong di bumi Malaysia. Hurmmm....











Masak separuh je... hurmmm .



Tuesday 17 December 2013

Wednesday 20 November 2013

BEBELAN METAL versi 1 5 0

Haha. semalam tak sempat nak ber 'wordless wednesday ' sebab dapat anak saudara baru, well the first anak saudara belah aku. Adik aku selamat melahirkan baby girl petang semalam. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Nya.

Berbalik pada tajuk diatas . . .




yaaa . . . inilah penangan perjalanan 150KM sehari. Botak hingga menampak kan urat kepala...eh urat benang. heheheh . Inipun terjadi sebab kesilapan aku jugak iaitu jarang buat allignment. Steering dah ada rasa gegar pon aku bantai jugak . Tapi syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Ye lah semua benda dah naik zaman sekarang so perbelanjaan kene kawal jugak (tapi Jackson STAR japan domestic model tu bole plak angkat . . .ape cer ? errr.. kes terlanjur kot .. haha)

Anyway, lepas ni memang aku kena periksa allignment sebulan sekali nampaknya. Jalan dari Banting ke Wangsa Maju memang agak teruk jugak di beberapa tempat. Jalan berlobang besar, lobang tersembunyi, Jalan berbatu . . semua menyumbang kearah larinya talaan allignment tayar keta aku. Kalau cepat botak kat tepi memang bahaya lah terutama kalau jalan basah dan ada lopak air. Memang melilau lah kereta bila langgar air. Tambah pulak botak sampai nampak benang/dawai kat dalam. Memang horror .

Aku cadang nak letak buku log kecik untuk catat bila last tukar minyak hitam, oil filter, air filter, tukar tayar, allignment tayar etc supaya senang nak pantau. Ini kalo tak catit payah nak ingat . Solo Megadeth 'Tornado of soul ' pon boleh lupa. inikan menda yang tak best mcm ni sebab aku tak la mahir sangat bab-bab kereta ni. Tapi this is important la kan, untuk safety, tapi ini bukan family car. Ini kereta untuk pergi kerja saja, my speed demon . Kalo dengar SLAYER dalam kereta ni asyik nak tekan je . Tapi keselamatan tetap kena jaga . Safety first .

Sunday 27 October 2013

BEBELAN METAL versi Lou Reed ( 1942-2013 )


A little shocking news. Well, what to say. The man who invented LULU passed away. Perginya salah seorang song writer kegemaran Cliff Burton. Yes you heard it right. Atuk ni dari Velvet Underground which happen to be one of Cliff Burton favourite band at the time.

LULU is i think 100% Lous's idea. Berdasarkan interview dari metallica sendiri mereka menyatakan yang Lou orang yang bertanggungjawab menjual idea untuk menghasilkan album LULU ni pada mereka dan kerana Lou dari band berstatus lagenda jadi mereka bersetuju.  Pada aku kalo metallica menghadkan penglibatan Lou Reed hanya untuk menulis lirik, album ni mungkin akan lebih diterima ramai.

Over time, aku tengok Robert adalah ahli yang selalu mengatakan yang album LULU ni adalah album yang agak teruk. haha and i agree with him... dan dengan filem " through the never " yang lambat untung atau tidak langsung, metallica better be ready to make a killer album or else. hahaha.

So, berbalik pada Lou Reed beliau meninggal semalam kot 27/10/2013. Komplikasi Hati.



Goodbye, Lou Lou .

Tuesday 22 October 2013

Monday 21 October 2013

BEBELAN METAL versi DUNGUN DECIMATOR BERAT 666



Yahh . . . lama rasanya tak menulis. Agak sibuk dengan hal duniawi semenjak duamenjak ini. Okeh, complain aside, kali ini Bandar Dungun akan bergegar lagi dengan kehadiran gig metal kental yang bertajuk Dungun Decimator Berat 666 yang bakal berlangsung pada 28/12/2013. haha. What an awesome tag line. Berat 666.

Untuk pengetahuan semua, berat 666 tu diambil dari dialek terengganu yang asalnya berbunyi berat nang nang (66) yang bererti berat sangat-sangat. Cuma disini ianya diolah dengan memasukkan satu lagi digit nombor 6 agar kelihatan dan berketerampilan lebih metal dan evilll .

Dikhabarkan equipment backline untuk gig ini akan dinaik taraf agar lebih hebat berbanding gig- gig metal yang telah lepas yang diadakan di venue yang sama.  Itu satu khabar berita yang baik bagi aku . Dengan backline yang lebih powerfull (Amp Randall dan cabs 4x12 khabarnya) dapat lah aku menyemburkan bunyian gitar brutal death metal bertoksik kearah muka pengunjung gig itu nanti. hahaha. Baru le semangat ! Gig-gig yang terdahulu menggunakan amp yang agak kecik dan kurang sengat nya. Kalo pasang kuat sangat takut blow.

Jadi pada anda yang tinggal di di sekitar Kuantan, Kuala Terennganu dan Kelantan silalah turun ke Bandar Dungun untuk head banging bersama. Band-band yang bakal beraksi semuanya hebat dan tarikan utama sudah tentulah INFECTIOUS MAGGOTS (aku sempat menyaksikan aksi mereka di gig DISGORGE di Blackbox Dutamas dan mereka masih berbisa !). MODAR pula adalah bertaraf lagenda di negeri terengganu yang terkenal dengan irama doom metal yang berhantu. Kebetulan pula kali ini adalah persembahan mereka dengan line-up yang ' hampir ' asal. Haha. Memang bermakna.

Band lain yang terlibat antaranya Sauts Alastor, Imperial ( antara band yang aku tunggu ), Viniir, Dysgusted(brutal death metal brother), Sapprah, Sahaya(Terengganu Black Metal ), Drohong(terengganu grindcore unit) dan last but not least, SUFFER REMAIN. heh.

MUSECCA STUDIO HALL
28/12/2013 SUNDAY
4PM until Climax
Ticket: RM 15


Be there .
Keep it brutal ! ! !

Tuesday 8 October 2013

WORDLESS WEDNESDAY versi CLIFF BURTON



Note: Where would they be now if this guy still alive ? Back to the underground ? Maybe . . . maybe not .

Tuesday 1 October 2013

Wednesday 25 September 2013

Sunday 22 September 2013

Bebelan Metal Versi THE INTERNSHIP


Baru-baru ini aku berpeluang ke panggung wayang untuk menonton filem terbaru lakonan Vince Vaughn bertajuk The Internship. Kebetulan adik dari Pahang datang menziarah aku di ofis so aku 'terpaksa' mengulor sekejap menemankan beliau untuk tengok wayang di KLCC. haha. Jadi dengan had masa yang agak singkat,aku memilih untuk tonton saja apa cerita yang akan ditayangkan dalam waktu singkat kami berada di klcc jadi secara random aku pilih the internship kerana aku agak meminati cerita yang ada mamat Vince Vaughn nih.

Secara jujurnya, aku kurang minat menyaksikan filem selain filem aksi di pawagam kerana pada aku hanya filem aksi yang dapat memanfaatkan kehebatan sound system di pawagam yang menayangkan nya. Jadi ini kira acara tengok wayang tangkap muat untuk kill time la senang cerita.

Cerita ni mengisahkan pasal 2 orang middle-age salesman yang company nya sudah tutup dan terdesak untuk mencari kerja lain untuk menampung hidup. Jadi bila Google ( yes, the one and only ' Google ' ) membuka tawaran untuk summer internship dan mungkin berpeluang untuk mendapat jawatan tetap di Google, mereka mencuba nasib. Memang lawak ketika mereka ditemu bual oleh panel dari google melalui sesi video conference dan yang ajaib nya walaupon mereka tiada langsung skill dan pengetahuan dalam bidang IT tapi mereka diterima masuk untuk program internship tu.

Sesudah mereka mendaftar dan diberi taklimat, didapati jurang umur dan pemikiran antara mereka dan calon lain amatlah besar. Para calon dikehendaki membuat kumpulan masing-masing dan 2 orang mamat ni mendapat ahli kumpulan yang betul-betul freaky, weird dan anti-social dan amat contrast dengan perangai mamat 2 orang ni. Memang hillarious babak-babak dimana hubungan mereka semakin rapat dan ada satu scene di night club memang super kelakar dan kecoh habis. Tak kena potong pon oleh LPF.

So guys, go check out this movie . At least part scene kat night club tu muzik dia boleh tahan dentum-dentum. haha



P/s: Will Ferrell ada buat cameo dlm filem ni, entah kenapa rupa beliau ada iras James Hetfield pasca DVD The Big Four. haha











Wednesday 21 August 2013

BEBELAN METAL versi Review METALLICA Live In Kuala Lumpur 2013

1.Hit the Lights
2.Master of Puppets
3.Fuel
4.Harvester of Sorrow
5.Fade to Black
6.Ride the Lightning
7.Cyanide
8.Welcome Home (Sanitarium)
9.Sad But True
10.Orion
11.One
12.For Whom the Bell Tolls
13.Blackened
14.Nothing Else Matters
15.Enter Sandman
ENCORE
16.Creeping Death
17.Battery
18.Seek & Destroy


hurmm... where to start... ok, ditch work early. Amik member kat SAPURA wangsa maju dalam pukul 3:30 petang ,sampai venue dalam pukul 4:00 PM. Orang dah agak ramai dan jalan dari balai polis HS Lee menuju ke stadium memang agak jemm dah masa tu. Cari Parking, dapat laa parking harga RM20. perghhh... entah tanah sape la yang dia guna tu (kawasan tu bertutup dengan zing tapi ade 2-3 orang pakcik kasi bukak zink tu.) ahh ...lantak laa.janji kereta ade tempat nak parking. Dengar cerita ade juga adik sahabat yang kena charge sampai Rm60. tak tau laa kot2 dia sertakan sekali pakej basuh kereta.hahaha.

Selesai park kereta, aku ngn membe pergi la jalan-jalan depan pintu stadium nak amik feel sket. terserempak dengan 4-5 orang kenalan facebook dan bertegur sapa dengan mereka. Yang menariknya, bassist band brutal death metal DISGORGE Diego Soria (yang baru sudah beraksi di blackbox,publika Dutamas Ahad lalu) pon ade sekali di venue dan menurut laman FB nya, inilah pertama kali beliau menyaksikan metallica. Agak hairann juga sebab beliau sendiri berasal dari San Diego, California tapi last2 tengok metallica kat negara asing. A bit bizarre to me. hehe.

Perut dah lapar, go to the nearest kebab booth. Kebab ala kadar, roti keras macam dah tamat tarikh je tapi telan jugak sebab perut dah main blast beat tahap laparnya. Selesai makan , aku pun bertindak menelefon kenalan blog iaitu Mr. ijau . Haahahaha. It was a blast hanging out with you, brother. So lepas berkenal-kenalan beliau meminta diri untuk check in di hotel. Again ,seen a few familiar faces, say Hi and what not. Gate dijangka dibuka pukul 6 petang.

Fast forward, its 6 pm already. Aku dah start beratur. Tak crowded mana pon sebenarnye kat entrance tiket rm 198 tapi saja je sebab excited. Bag-bag penonton semua digeledah untuk mencari barang terlarang dan segala botol air dan makanan tidak dibenarkan dibawa masuk. Maybe untuk menjamin kebersihan stadium kot. Tapi kat dalam stadium,ada pulak orang ual air, konspirasi ke? heh heh .Selepas mengambil a nice spot for me, aku lepak je la sambil melihat manusia lalu lalang memenuhi venue. Opening band iaitu cromok dijangka bermain pukul 7:45 pm.

Muzik latar dari pelbagai band hard rock sehingga thrash metal dimainkan untuk mengisi kebosanan penonton menunggu lagenda metal dunia beraksi.  Tiba-tiba beberapa kelompok crowd menjerit, ooo rupanya cromok bermain awal... maybe dalam pukul 7:20 mcm tu, memang awal la. Mereka bermula dengan lagu Misty (tiada intro lagu ulik mayang dan gambar mereka tidak disiarkan di skrin besar...double standard? ), kemudian disambung dengan Journey, Memories dan diakhiri dengan I dont belong here. Seriously, buat apa akhir dengan lagu instrumental slow? haih, patut end la dengan something yang hard hitting. hurmm, takpa lantak la. hahaha.

Habis je set cromok, muzik latar dimainkan kembali dari band-band metal terkenal. Kemudian lagu ACDC (long way to the top if you wanna rock n roll ? ) dimainkan dan aku tahu metallica akan beraksi tak lama lagi. Habis ja lagu tu, intro ecstacy of gold dimainkan dan aku dah mula rasa lain macam. This is something that i never thought that i could ever experience. Wow, the feeling for me is heavy at that time and i feel well, sebak. hahaha shit.

And then Lars came out at they staright goes into Hit the lights and all hell broke loose. hahaha. everybody is headbanging like a maniac and ada sorang brader depan aku siap pegang bahu bini sebab dia headbanging macam orang kene rasuk hantu raya. nasik baik akak tu undersanding kalo tak konfem kene hempuk dengan handbag dah sambil suruh laki dia mengucap.hahaha. Lagi satu geng yang  lompat pagar memang aku respek atas keberanian dan semangat korang semua. Aku memang bersorak untuk korang masa korang berjaya melintasi pagar dan pegawai rela. Korang memang tegar !!! hehehe. Cheerz !

Sound-wise, hurmmm . . . gitar james dan kirk terlampau bright almost wranggy (is this a correct term? haha) and aku tak berape gemar sound mcm ni.memang lain la dari tone diorang zaman 80s and 90s (berdasarkan comparison dengan video bootlegs mereka di youtube)  tak tau la sebab aku duduk jauh sangat dari stage ke hape tapi mmg too bright sampai cucuk telinga. Drum ok lah, cuma kick drum tak jelas sangat hanya boomy yang kuat kedengaran. maybe faktor tempat duduk aku jauh dari stage kot ,who knows. Bass, memang ok lah. Robert dari segi technical memang lagi advance dari Cliff dan Jason tapi stage persona dia terlampau funky.haha.

Dari segi setlist lagu pulak, aku harap kan mereka main battery, and justice for all dan orion... luckily hanya and justice for all je yang mereka tak main so its a winner lah for me. Inshaallah kat singapore kot derang akan main and justice for all.hahaha. Aku memang head banging gila-gila tapi semasa lagu dari black album tidak le. hehe. Interaksi james hetfield dengan crowd taklah banyak mana. they just kill and less talk. tapi dapat dengar james sebut " kuala lumpur, KL dan malaysia " memang bangga la. tapi takleh celen lagi Dave Mustaine cakapa bahasa indonesia  masa konsert di indonesia tahun 2001.itu lagi surreal.haha.

Last mereka tutup dengan seek and destroy dan masa tu aku terfikir " nasib baik aku dah beli tiket Pen A kat singapore " sebab memang tak puas langsung duduk tempat belakang. metallica nampak macam semut je. haha. temgok ikut skrin tak best sebab mcm tengok DVD je. Metallica baling goodies mcm pick dan drumstick memang jeles la tengok penonton front row dapat peluang sambar. AKu rasa ini bukan kali terakhir Metallica bermain di Malaysia. Well, new album gonna be out maybe 2014 or 2015 dan aku harap sangat mereka akan bermain di Malaysia lagi. James sendiri mengakui yang penonton Malaysia is extra loud. Aku pon rasa macam tu. hahaha. Habis konsert, gi kat kereta dan jemm nak keluar dari kawasan stadium jangan ceritalah. Nightmare .





Thank you metallica . See you guys in Singapore this Saturday .

Tuesday 20 August 2013

Thursday 15 August 2013

CROMOK open for METALLICA ?

CROMOK circa 1987 

METALLICA circa 1988 


Well, what to say. Galaxy Groupies akhirnya memutuskan untuk menampilkan band pembuka untuk konsert metallica... atau... metallica sendiri yang request untuk cromok menjadi band pembukaan ? Who knows but actually this is way better dari band XpdC, KristooL, dan segala band band mainstream hard rock/metal malaysia yang agak mainstream dan terjual sekarang ni. Hurmm, cromok pon mainstream kot sebab under label EMI tapi the first three albums are quite a landmark.

Aku nampak banyak juga reaksi di laman social yang kebanyakannya agak negatif mungkin kerana insiden yang terjadi sejurus tamat gig reunion cromok di KL Live 2012 dulu diantara gitarisnya dan beberapa orang peminat ( mungkin dah tak jadi peminat dah kot time nih). Apa yang aku boleh katakan tentang berita cromok open untuk metallica adalah aku excited jugak lah. Excited sebab apa ? Sebab 2 band yang inspire aku untuk angkat gitar and strum the string like nobody business akan bermain satu stage 21hb akan datang nih. I dont care much about the incident which happen between the axeman and few of his fan but i do care about CROMOK music. The first three album Image Of Purity, Forever In Time and Yours Truly are my starting point in metal. Lantak la axeman/gitaris si inchek rokstar tu dia nak sombong ka, demand ka , apa ka, aku tak ambik port langsung sebab I'm not a fan of him or his playing but I'm a fan of CROMOK music as a band.

Aku harap cromok main banyak lagu dari tiga album pertama tu dan harap-harap Sam tak lupa lirik dan Miji tak pancit dan ' incek rokstar ' solo tak sumbang (gig di KL Live dan Rockomania dengar kata byk juga note-note yang tergelincir tapi berjaya diselamatkan dgn penampilan Shah Ziri ). . . dan aku harap mereka takkan bawak gitaris perempuan (nama dia Mira Fana kot..) tu main dengan depa lagi sebab nampak weird as shit bila ada 3 gitaris atas stage (nak jadi iron maiden ke ?) and salah satu tu awek yang peringkat umur boleh jadi anak kpd depa. hahaha. Nampak agak..well..kelakar dan tak thrash metal langsung. Cukup la sekadar di backup oleh saudara Shah Ziri .

If all goes well, this event can be a thrash metal night to remember for years to come. 






Metal Up Your Ass !!!

Tuesday 6 August 2013

Monday 22 July 2013

BEBELAN METAL versi GAS ?

haaaa... perut sebu, pedih hulu hati? Ada gas berlebihan dalam perut kot? hahaha. Tapi bukan GAS tu yang aku nak cakap sebenarnye. GEAR/GUITAR/GADGET Acquiring Syndrome, pernah dengar? Terms ni banyak digunakan dalam dunia brother-brother dan sister-sister yang main alat muzik. GAS ni sebenarnye sesuatu yang berkait rapat juga dengan nafsu membeli, pada pandangan aku lah. GAS ni kadang-kadang aku observe dia nampak lebih banyak kehendak dari keperluan.

Well, aku pun tak terkecuali dari dijangkiti GAS ni. Berjangkit? Berjangkit dari mana? haaa.. Jamtank, Mudah, EBay, ESP Board Forum, LowYatt etc. GAS ni kalo kene time tengah lebat dalam poket, sakit dia kurang tapi kalo kene tengah poket rabak, dude... memang sentap, pedih, perit, sakit hati tambah tambah pulak ade offer yang boleh dikatakan murah tapi disebabkan poket sudah rabak, terlepas peluang nak mengubati GAS tu. Boleh termenung jugak 1-2 hari. Tapi nasib baik GAS aku ni tidak lah ditahap kronik. At least kalao tak dapat disebabkan poket rabak, aku boleh lagi bertenang...payah payah ambil je wudhu,inshaaAllah tenang.haha

GAS ni datang tak diduga, kadang-kadang engko rasa GAS tu dah diubati dan ko konfem itu GAS ko yang terakhir. well, aku dah cakap GAS ni macam nafsu, dah dapat....relax kejap...pastu ada pulak yang baru.  Sakit-sakit.

Personally, GAS memang merabakkan aku walaupon apa yang aku beli tak banyak but it still worth a lot of money to me at least. ESP tu je dah berpeluh aku dibuatnya.Kalao gaji aku RM10K or above maybe tadak hal kot. GAS ni boleh jadi penyakit ketagihan jugak last last nanti so memang kena jaga-jaga tambahan untuk orang yang dah berkeluarga. Extra perit.

list of my previous GAS:

Line6 FloorPod
BOSS MT2
Zoom TM01
Behringer GuitarLink
Johnson 20watt Amp.
CoffinCase
Harmony Acoustic
TGM Stratocaster
BC Rich Warlock
Ibanez S670FM
ESP KH-2

Adakah GAS aku dah berkurangan/diubati sepenuhnya?

Nahhhh.... Ini explorer versi James Hetfield era Ride The Lightning-Master Of Puppets-pre And Justice For all. Kalo simpan lama-lama, warna putih jadi white-cream fuhh that time memang superb laa.

Truckster? Snakebyte? EX?


Dont make me laugh, charlie.





http://www.mudah.my/Epiphone+1984+Explorer-21960645.htm
Mungkin untuk golongan macam aku ni ..perlu ada GAS Anonymous? Who knows. . .





So, are you guys suffering from GAS too? Check out this link.

http://theguitarbuzz.com/guitars/guitar-acquisition-syndrome/
http://theguitarbuzz.com/guitars/how-many-guitars-are-too-many/