Wednesday 14 December 2022

WORDLESS WEDNESDAY edisi EP. 2 of Unicorn

 day 2 of Cromok Rehearsal



p/s: terjumpa kawan sekampung also the drummer of SPEEDWITCHES and Blood Legion

Monday 5 December 2022

Journey Into The World Of Cromok Ep.1

Salam all. Apa kabar? Yeahhh. Bermula dari entry ini, aku nak ceritakan sikit pengalaman aku jadi Guitar Tech untuk sessionist Cromok iaitu saudara Shah Ziri, apa yang aku lalui, apa yang aku buat dan secara ringkas moment moment yang agak signifikan bagi aku. Diharap korang semua tak bosan lah. If you do, oh well. Hahaha.

Ok. Sebenarnya pengalaman aku bekerja dengan Cromok sebagai tech/roadie bukanlah bermula tahun ni. Ianya bermula pada awal tahun 2020. Ketika itu Cromok mendapat undangan untuk bermain di NUSAFEST yang akan diadakan pada 7 & 8 MAC 2020. Jadi rehearsal bermula pada 4 Februari 2020. Aku ketika itu ditugaskan menjadi drumtech pada abg Miji. Aku pun bukannya mahir sangat pasal drum tapi bolehlah setakat nak pasang pedal dan arrange hardware drum sikit-sikit. Malangnya pada 5 Februari 2020, telah diumumkan bahawa NUSAFEST 2020 akan ditunda kesatu tarikh lain atas sebab peningkatan kes Covid-19 dan akhirnya membawa pada peristiwa PKP seluruh Malaysia. Maka NUSAFEST 2020 pon dalam hiatus sehingga sekarang. Khabarnya ada ura-ura ianya akan dilaksanakan pada 4 & 5 Februari 2023 tapi adakah Cromok akan turut serta masih menjadi misteri.



Jadi my so-called adventure sebagai tech cromok pada tahun ni bermula apabila Hafiz dari band Tebaboo! yang telah bersama sama cromok menjadi tech sejak 2012 menelefon memberitahu yang mereka memerlukan guitar tech untuk mengendali peralatan sessionist cromok iaitu Shah Ziri  yang juga terkenal dengan bandnya bernama Nrocinu. Aku diberi jadual masa untuk Cromok prektis. Semua sekali aku kira dalam 10 hari semuanya tidak termasuk showday. Sekarang dah tak boleh rehearsal lama kot sebab Abg Miji dah pindah duduk di Pasir Mas, Kelantan. Jadi dia berada di KL lebih kurang hampir 2 minggu sahaja. Aku pun setuju tanpa banyak cerita. hahaha. Cromok kan? memang band favourite semasa awal awal mendengar metal dalam tahun 1998 macam tu. 

Tugas aku ialah untuk setup peralatan peralatan Shah Ziri dan memastikan yang bila dia sampai, aku perlu memudahkan kerja setting up beliau. Peralatan yang digunakan Shah Ziri untuk Konsert kali ini ialah Multi effect MOO|ER GE250 dan power amp Mesa Boogie Simul Class 295.AKu rasa ini adalah 2nd version kerana terdapat butto Prsence dibelakangnya.!st version takda. 3rd version knob volume nya didepan. Aku agak teruja untuk mengendali power amp ini kerana ianya adalah model yang mula diperkenalkan pada era akhir 80an. Kembarnya iaitu Mesa Boogie Strategy 400 digunakan oleh Hetfield dan Hammet sehinnga era Death Magnetic. Mesa Boogie Simul Class 295 kuasanya agak kecil sedikit dari Strategy 400 namun ada yang mengatakan Simul Class mempunyai sweet spot yang menggiurkan peminat sound gitar. hahaha.Sebagai guitar tech aku perlu hadir setiap kali sesi rehearsal cromok yang berlangsung disalah sebuah studio jamming di Hartamas. Gitar yang digunakan Shah Ziri adalah Ibanez RG manakala Abg Chot menggunakan Hamer Sustaniac dan Haseesa double cutaway.

Maka 23/11/2022 bermulah rehearsal cromok. Setelah sampai dan  bersalaman di luar bilik studio, aku pun masuk kedalam dan mula setting up peralatan yang berkaitan.Setup agak simple cuma perlu berhati ketika mengendalikan power amp sebab ianya berat dan ada tube didalam. Aku boleh kata ianya adalah satu fragile device. Abg Chot menggunakan power amp jenis Marshall EL34 100/100. Kedua dua power amp ni memang berat namatey. Bayangkan kena angkat ke tingkat dua dimana studio berada. Memang beratttt. Tapi digagahkan juga. 



Hari pertama rehearsal hanya abg Chot dan Shah saja yang hadir. Abg miji dan abg sam tak join lagi kerana hari pertama adalah hari untuk setting sound kedua dua gitaris. So everything went smooth in term of sound cuma masih tak berapa pasti jika ia akan berkesan bila semua ahli band dah lengkap. Mungkin perlu ada minor tweak yang perlu dilakukan. Apabila mereka berdua bermula memetik gitar, perghhhh. Sound memang sebijik dalam kaset. hahaha. Mmg goosebump la. Abg Chot waktu ni menggunakan Fractal Axe-Fx II+ keluaran akhir tahun 2011 rasanya



OK lah. Itu sahaja untuk entry kali ini. Stay tune untuk hari kedua pula. yeaaahh!