Tuesday 18 March 2014

WORDLESS WEDNESDAY . . . Still Praying



Note: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

BEBELAN METAL versi THE LORDS OF SUMMER ? Siapa mereka tu ?

Haha. Actually thats the new working song title by metallica. Aku sebenarnya dah dengar pasal ura-ura lagu baru metallica agak lama, semenjak keluarnya berita pasal gig metallicabyrequest bermula. So sebagai peminat Metallica (walaupon kadang-kadang disappointed jugak) aku tak lah teruja sangat bila dapat tau yang mereka akan reveal lagu baru dalam masa terdekat ini sebab:

1. Mereka penah debut 2 lagu baru pre-death magnetic dalam tahun 2006. Aku tak suka 2 lagu tuh dan frankly speaking aku agak keciwa . Tapi nasib baik album Death Magnetic agak mengubat luka jugaklah.

2.  Album LULU. Aku takut mereka akan ambil jalan mudah macam album LULU. Lagu dan riff tak solid. Apa yang aku maksudkan solid ialah dari segi teknik, arrangement dan penyampaian lagu tu. Album LULU ni untuk part Metallica aku rasa terlampau loose longgar lembik walaupon ada jugak diterapkan sedikit elemen thrash metal seperti dalam lagu Dragon dan Mistress Dread. So disebabkan LULU dah membusukkan sedikit nama metallica jadi aku agak skeptikal tentang lagu baru TLOS ini. Dan sekali lagi nasib baik mereka release Beyond Magnetic pada Januari 2012 tapi itu lagu leftover 2008 so tak la fresh..hurmmm

Dan akhirnyaa . . . .




Aku dengar pertama kali, intro drum menyerupai lagu Phantom Lord dan riff yang mengringi pon agak sedap juga pada aku lahh. Riffing staccato palm mute dari James Hetfield agak menjadi . Sebelum masuk vokal untuk verse ada drum fill fast double bass....walaupun ramai yang masih mengutuk kualiti permainan double bass Lars tapi nak buat macammana memang beliau tak akan jadi seperti Dave Lombardo atau Charlie Benante atau George Kollias atau Tim Yeung atau Mike Portnoy atau Mike Mangini atatu sesiapa saja yang tersohor dalam arena drumming lagu metal. Hahaha. Memang takkan dapat capai ke tahap itu. Mungkin sebab duit dah berlambak dan bayaran show yang mewah jadi flaw teknik bermain drum beliau tidak pedulikan sangat. Pity.

Riffing Hetfield boleh tahan dan solo kirk agak sedap dan berstruktur kali ini. Tak seperti debut 2 lagu baru pada tahun 2006 pre-death magnetic dimana nampak macam beliau main tibai saja note note yang ada dalam kotak blues box pentatonic dengan sedikit hammer on pull off tahap amateur. James dan Kirk ada jugak memainkan line guitar harmony yang dirasakan agak menjadi. Robert seperti biasa dengan kangkangan ala ala ketam berjalan menyusur pantai pulau perhentian tapi nampak gaya beliau ada menggunakan pick jugak untuk part riffing yang laju. Semasa dalam Ozzy dan Black Label Society dia memang ada jugak hybrid antara guna pick dan finger picking.

Tajuk dan lirik lagu pulak mungkin mengambil cerita dan semangat bermain di festival festival ketika musim panas. Tajuknya pada aku tak la brape metal...andai kata letak The Lords of winter ke atau The Lords of Fire ke maybe lebih " menacing " lg kot. Untuk siri tour By Request ni aku sebenarnya menunggu mereka memainkan The Frayed End Of Sanity yang bakal dimainkan di Helsinki pada bulan May nanti.

So thats it. Secara total lagu baru ni kiranya giving metallica fans high hope for the new album to be a good one.

Macam death magnetic pon, versi album yang aku beli mixing nya terlampau kuat ( audio clipping ) jadi aku download versi Moderus III yang telah di remix semula oleh somebody. Bagaimana? aku tak tahu tapi memang sound kualiti lebih sedap dari versi Original. Baru la dengar setiap double bass Lars Ulrich terutamanya ketika lagu That was just your life, All Nightmare Long dan My Apocalypse.Untuk versi review oleh sahabat blog lain sila klik xyruszone

Metal Up Your Ass !


Friday 7 March 2014

BEBELAN METAL versi THE AFTERMATH OF GRUNDAR DEATH FEST 2014

Well, finally its over. A bit sad really because this is by far one of my favourite gigs to play because of the awesome band lineup. Lagipun band aku hanya main gig setahun dalam 4-5 kali sahaja so every time we play i always cherish it. Backline gig ini adalah terdiri dari Amp Laney dan Marshall half stack. Alhamdulillah gig ini berjalan lancar dari awal hingga ke hujung tanpa berlakunya insiden yang tidak diingini sepertimana gig di Dungun last year. Tetapi ada juga beberapa kejadian yang agak memberi kesan kepada kami yang memang tidak dapat dielakkan. Aku terpaksa menggalas kembali tugas sebagai vokalis kerana vokalis kami tidak dapat hadir sama kerana komitmen kerja dan aku juga terpaksa menggalas tugas sebagai gitaris gantian untuk DYSGUSTED kerana gitarisnya terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan keluarga. Episod di Gig Beast Gathering 2013 berulang kembali. hehehe.



Band pertama yang memulakan langkah ialah Grind the Saw. Bermain muzik grindcore yang super-laju bagaikan VTEC Turbo digabung dengan enjin Locomotive...yahhh..mereka memang loco dengan muzik grind mereka.









Giliran band kami SUFFER REMAIN meneruskan acara keganasan yang terkawal didalam dewan studio Stopzone Larkin ini. Gitar Washburn Dime Signature Model menjadi pilihan sebagai senjata untuk gig kali ini. Suasana sudah cukup panas yang bisa membuatkan beberapa hadirin menaggalkan baju (lelaki ye) menyemarakkan lagi semangat muzik metal extreme dalam jiwa kami. Lagu cover dari band Disgorge menjadi pilihan untuk membuka set kami. Beberapa lagu dari EP dan kompilasi yang bakal terbit tidak lama lagi dimainkan dan ditutupi dengan lagu cover dari Morbid Angel. Kami menjemput vokalis Dysgusted untuk berduet dengan aku untuk 2 lagu pertama.It was super fun and a blast. Yang penting crowd juga enjoy sehingga terpelanting orang dibarisan hadapan akibat moshing berpusing yang mereka lakukan. Those crazy happy people. hahaha.



Band seterusnya adalah Chelation Of Intoxication. Memang best band ni. Sound gitarisnya memang tight. I really like this band.





Band seterusnya Purge The Arbitrator dari kedah. Technical death metal yang dimainkan amat mendamaikan jiwa penonton. Kelajuan riffing gitaris mereka dan menyampaikan lagu cover dari Origin memang aku respek habes. jyeahh!



Giliran GoreSluts pula menerus kegilaan petang itu. Aku tak sempat untuk melihat mereka perform sebab terpaksa balik ke hotel ada urusan yang harus diselesaikan.




Selepas solat Maghrib, ARGON meneruskan acara dengan lagu mereka yang amat death metal. Dianggotai oleh tuan organizer gig iaitu encik Prop, ARGON menghamburkan riff riff death metal yang amat kejam sekali.








DYSGUSTED menyambung acara dengan hanya membawakan 3 lagu sahaja kerana aku terpaksa menggantikan gitaris mereka, awie last minute so no rehearse, no plan and no remorse. hahaha. just wing it and go with the flow. As long as the crowd movin' , you know you are winning. heh heh heh. Bob Damokis juga menyumbangkan growl saktinya untuk lagu Fear Of Napalm dan Suffer the children.

TOOLS OF THE TRADE beraksi selepas itu dan aku tak dapat menyaksikan mereka kerana pergi membeli makanan untuk keluarga di hotel. Tanggungjawab tetap diutamakan. haha



UNVEILED meneruskan kebrutalan malam itu dengan lagu mereka yang amat hebat. Aku amat respek pada mereka kerana sound mereka aku rasakan adalah yang terbaik pada hari itu. Dari bahagian belakang sound mereka seperti dalam kaset. Amat hebat ! Drummernya iaitu encik Ah Fad menggunakan trigger dengan kemas untuk sound drum beliau dan aku amat menghayati setiap ketukan beliau. Memang tahap Suffocation malaysia ! Salute !





Band terakhir menamatkan persembahan pada malam itu adalah band grind yang didatangkan khas dari Sabah iaitu PERPETUAL. Grinding to the maxxx !!! Puas hati aku pada malam itu walaupon setelah habis dysgusted perform, aku tiba-tiba sakit kepala. Tapi demi extreme metal aku tahan juga. Barulah extreme kan? hahahah.

Gig berakhir dalam 11:30 malam dan kami semua amat puas hati dengan gig ini. Pihak penganjur GRUNDAR PRODUCTION begitu murah hati menjemput kami perform di JB dasn ini satu pengalaman yang aku tak dapat lupakan.Nasi goreng, Mee goreng dan Meehoon goreng berlaukkan keropok lekor asli dari terengganu courtesy of the boys from pantai timur amat menyelerakan sekali.hahaha.Diharap pihak penganjur Encik Prop dapat menganjurkan lagi gig seperti ini ditahun hadapan. Inshaallah. Jyeahh !!


See you again GDF.