1. Mereka penah debut 2 lagu baru pre-death magnetic dalam tahun 2006. Aku tak suka 2 lagu tuh dan frankly speaking aku agak keciwa . Tapi nasib baik album Death Magnetic agak mengubat luka jugaklah.
2. Album LULU. Aku takut mereka akan ambil jalan mudah macam album LULU. Lagu dan riff tak solid. Apa yang aku maksudkan solid ialah dari segi teknik, arrangement dan penyampaian lagu tu. Album LULU ni untuk part Metallica aku rasa terlampau loose longgar lembik walaupon ada jugak diterapkan sedikit elemen thrash metal seperti dalam lagu Dragon dan Mistress Dread. So disebabkan LULU dah membusukkan sedikit nama metallica jadi aku agak skeptikal tentang lagu baru TLOS ini. Dan sekali lagi nasib baik mereka release Beyond Magnetic pada Januari 2012 tapi itu lagu leftover 2008 so tak la fresh..hurmmm
Dan akhirnyaa . . . .
Aku dengar pertama kali, intro drum menyerupai lagu Phantom Lord dan riff yang mengringi pon agak sedap juga pada aku lahh. Riffing staccato palm mute dari James Hetfield agak menjadi . Sebelum masuk vokal untuk verse ada drum fill fast double bass....walaupun ramai yang masih mengutuk kualiti permainan double bass Lars tapi nak buat macammana memang beliau tak akan jadi seperti Dave Lombardo atau Charlie Benante atau George Kollias atau Tim Yeung atau Mike Portnoy atau Mike Mangini atatu sesiapa saja yang tersohor dalam arena drumming lagu metal. Hahaha. Memang takkan dapat capai ke tahap itu. Mungkin sebab duit dah berlambak dan bayaran show yang mewah jadi flaw teknik bermain drum beliau tidak pedulikan sangat. Pity.
Riffing Hetfield boleh tahan dan solo kirk agak sedap dan berstruktur kali ini. Tak seperti debut 2 lagu baru pada tahun 2006 pre-death magnetic dimana nampak macam beliau main tibai saja note note yang ada dalam kotak blues box pentatonic dengan sedikit hammer on pull off tahap amateur. James dan Kirk ada jugak memainkan line guitar harmony yang dirasakan agak menjadi. Robert seperti biasa dengan kangkangan ala ala ketam berjalan menyusur pantai pulau perhentian tapi nampak gaya beliau ada menggunakan pick jugak untuk part riffing yang laju. Semasa dalam Ozzy dan Black Label Society dia memang ada jugak hybrid antara guna pick dan finger picking.
Tajuk dan lirik lagu pulak mungkin mengambil cerita dan semangat bermain di festival festival ketika musim panas. Tajuknya pada aku tak la brape metal...andai kata letak The Lords of winter ke atau The Lords of Fire ke maybe lebih " menacing " lg kot. Untuk siri tour By Request ni aku sebenarnya menunggu mereka memainkan The Frayed End Of Sanity yang bakal dimainkan di Helsinki pada bulan May nanti.
So thats it. Secara total lagu baru ni kiranya giving metallica fans high hope for the new album to be a good one.
Macam death magnetic pon, versi album yang aku beli mixing nya terlampau kuat ( audio clipping ) jadi aku download versi Moderus III yang telah di remix semula oleh somebody. Bagaimana? aku tak tahu tapi memang sound kualiti lebih sedap dari versi Original. Baru la dengar setiap double bass Lars Ulrich terutamanya ketika lagu That was just your life, All Nightmare Long dan My Apocalypse.Untuk versi review oleh sahabat blog lain sila klik xyruszone
Metal Up Your Ass !
patut ada sebuah lagu agak ballad ala2 "nothing else matters", bertajuk "selamat, thank you"
ReplyDeletehahahahah. time tu memang klakar bro. awkward pon ada jugak.hahahah
DeletePenah dengar yg versi moderus..betul memang sedap sound nya..
ReplyDeleteTry dengar album justice for all yg ada bunyi bass jason bro,yg tu pun best
Wow! Ini baru betul2 review....terperinci siot....salute!
ReplyDeletemasih was-was...tunggu dan lihat...heheh...
ReplyDeleteRafi: ok nanti aku sedut. hehehe
ReplyDeleteAdi: thanx bro
Berteromber: aku pon was was mereka datang kat malaysia lagi ke tak. ahaha
Aku rasa peminat2 rugi peluang by request ni.
ReplyDeleteMasalahnye ramai agaknye peminat mainstream yang nak dengar enter sandman, one etc.. kalau aku frayed end, jump in the fire, bleeding me, trapped under ice, prowler hahahaa
betul bang. Banyak lagu yang obscure dari Garage Rerevisited dan garage inc yang diorang tak pernah main live atau hanya main sekali. Tapi nak buat macammana,yang pegi konsert ni pon rata rata semua orang yang mempunyai duit (kaya) dan bukan peminat tegar metallica mahupun peminat thrash metal sebenar.hahahaha. apa apa pon, The Frayed Of Sanity konfem derang main kat Helsinko 28th May nanti.yahuu!
Delete