Tuesday, 25 February 2025

TWO ZERO TWO FIVE

Hello. Dah nak habis bulan Februari 2025 dah rupanya.Selepas 2 Tahun 2 Bulan aku kembali lagi. hahaha. HAancor. Mmm Whats new? Takde apa pun. Keje makin banyak di ofis. Umur makin meningkat. Mata makin rabun (Tapi degil tanak pakai glasses) Badan pon makin banyak yang sakit sakit sengal sengal hahaha. Rasa macam nak lari dari dunia IT. hampir 20 tahun terjerumus. NAk buat benda lain pulak tapi mengenangkan komitmen tak berani ah aku. Ada kawan yang ajak busking style gitar-karok tapi tempat jauh pulak di Shah Alam. hmmmmnn pon kene on hold jugak. Nak jamming pon kadang-kadang takde semangat. Apatah lagi nak aktif dengan band tetap. Diharap 2025 ni ada lah benda yang bole kasi aku ceria sikit. most of the time aku gloomy je. but i try to hide it the best i can. Kalo ECRL siap, aku nak berulang je Wangsa Maju - Temerloh. 37 minit je tengok kat iklan dia. hehe. Pencen buat rumah rakit or bela patin sangkar tepi sungai Pahang. to pass the time . . .