Friday, 12 April 2013

BEBELAN METAL versi Jual Murah-Murah Je . . .

Yahhh.. inilah dia kaset yang aku nak let-go. Untuk set ini, semuanya rilisan Valentines Production kecuali Iron Maiden No Prayer For The Dying dari EMI. Kaset semuanya functional, ada sikit kulat sebab lama tak running dlm player but once sekali main and the dirt stuck on the player head pastu bersihkan head and then mesti sound ok balik. sekeping RM5 sahaja. Kalu interested kena beli by set lah ye.Dan yang paling penting semuanya adalah ORIGINAL .

Item: CORONER Grin
         MESHUGGAH Destroy Erase Improve
         MASTER On the 7th Day God Created Master
         GOREFEST Soul Survivor
         BENEDICTION The dreams you dread
         IRON MAIDEN No Prayer For The Dying
         CROMOK Image Of Purity & LIVE
         D'CROMOK VII Years VII days





Ok set ni pula mengandungi rilisan dari band death metal lagenda iaitu DEATH. Ada first album Scream Bloody Gore, Second album Leprosy, Third album Spiritual Healing and the final masterpiece, The Sound Of Perseverance. The first 3 dari Century Media records dan yg last tu dari Nuclear Blast. Sekeping RM6 sahaja.Pon jual by set jugak.






The last bunch. Rm 5 sekeping.

Item: MORBID ANGEL Heretic
        HEATHEN Breaking The Silence
        DEICIDE Scars Of The Crucifix
        SLAYER Divine Intervention
        SILENT DEATH  Harbinger Of Devastation
        KONKHRA Come Down Cold
        POSSESSED Seven Churches
        METALLICA Some Kind Of Monster EP
        METALLICA Ride The Lightning
        SUFFOCATION Souls To Deny
        LANGSUYR Riusgnal
        SIL-KHANNAZ Darah Muda      



PM dalam FB atau komen disini jika berminat yek. Kalo ikut sayang memang sayang tapi nk clearkan bilik sikit so mari-mariiiiii !!!!!! hahahaha.

Thursday, 11 April 2013

BEBELAN METAL Versi Kaset Tape? Masih Ada Yang Peduli?


Aku tau korang sume mesti kenal apa itu kaset tape kan? pita magnetic yang terkandung lagu didalamnya? Kalo korang lahir tahun 2000 keatas mungkin tak kenal kot (zaman Napster/Online Sharing bermula)Yaaa...kali terakhir aku membeli kaset adalah pada tahun 2008 ,Death Magnetic.haha.

Persoalannya, masih adakah yang ambil kisah pasal tape? Masih ada buyers? Aku dulu pon beli death magnetic versi tape sbb kereta kancil aku pakai tape player, blom ada modal nak tukar cd/mp3 player.Aku memang ada banyak koleksi tape kaset kat rumah (DEATH, Obituary,Silent Death, Pantera, Konkhra, Suffercation etc semua original) tapi sekarang sedang mengumpul habuk kerana lama tak dimainkan.Player kaset kat rumah pon dah rosak.

Agak-agak kalo nak let-go rilisan-rilisan contohnya dari label Valentines Production, Psychic Screams Production, ada tak orang nak beli? Sekeping Rm ??? . . . Hurrmm . . .

Tuesday, 2 April 2013

Bebelan Metal 3:53pm Versi Berbelah Bagi

Suffer Remain, Kota Bharu 2011



Pernah tak korang (sapa yang terlibat dalam aktiviti gigging) berasa serba salah samaada nak main gig atau lepak kat rumah dengan family? Hahaha.Memang kadang-kadang benda ni berlaku kat aku. Masa bujang mungkin free sedikit tetapi bila dah berkeluarga memang agak mencabar lah. Nasib baik band aku ni jarang main gig.Ada lah 5-6 kali je setahun.hahaha.Sedih dalam gembira. Tapi demi semangat METAL yang agakkk kental dan dorongan dari yang tersayang, aku redah aje perasaan berbelah bahagi nih.

Biasanya kalau tiba-tiba timbul perasaan cam gini, aku akan bukak video-video live konsert macam Slayer, Metallica, Testament, Mountain Of Death 2009, 2010, 2011 (konsert dimana semuanya adalah band grindcore dan brutal death metal,amat awesome). Ini semua nak seru tambah balik semangat metal kental yang kadang-kadang berkurangan sedikit akibat pencemaran lubang telinga dengan lagu-lagu leleh pop radio yang dipenuhi dengan auto-tune. Sad But True. Anyway, jumpa Sabtu ini di Penny Lane Studio, Sunway Mutiara jam 3pm hingga habis,okehh.

 Cheerz !

Friday, 22 March 2013

Bebelan Metal versi Teaser EP SUFFER REMAIN


Diatas adalah video teaser promo yang telah dibuat oleh label kami Celestial Frequency sdn bhd sempena EP kami yang bakal terbit tidak lama lagi, In Shaa Allah. Yaaa... ramai jugak yang menegur pasal grammar nama band kami nih...ada yang suruh tukar jadi suffer remains, suffering remains..haaa macam-macam.hehe Niat baik anda semua amat kami hargai kerana it show that people do care. In the first place, nama band ni bukanlah satu ayat seperti orang semua sangkakan. Ia hanyalah 2 perkataan yang diletakkan sebelah menyebelah. SUFFER dan REMAIN. Vokalis kami yang membuahkan nama ini dalam kepala otak beliau.hehehe. Anyway, kalo nak cerita kesalahan ejaan kat dalam flyers tak usah cakap laa..memang banyak kali salah. Memang takda huruf " S " kat hujung perkataan remain tuh okeh.Tapi kami tidak ambil pusing sangat perkara ini kerana pada kami muzikaliti adalah apa yang patut diletakkan dihadapan dahulu. Setakat ada ' S ' ke takde ' S ' ke itu belakang kira. Yang penting riffing kena menggila.hahahaha.

Berkenaan progress EP ni, ia sekarang berada diperingkat final mixing process dan kemungkinan akan dimaster oleh owner Celestial Frequency sendiri. Rakaman dan mixing dijalankan di Attack Digital Studio di Kota Bharu Kelantan oleh Mr. Izwary dan Ms. Baizura. Menggunakan DAW Logic Pro dan platform Apple computers memudahkan kerja-kerja rakaman dan editing trigger drum kami. Antara instrument yang diseksa, diguna dan didera dalam penghasilan EP ini diantaranya ialah Ibanez S670FM, BnW Bass, Sonor Drum and Percussion, AHEAD Lars Ulrich Signature Stick, Bugera 333 Amplifier, Marshall 4X12 Cab, Line6 FloorPod, MetalZone, Maxtone Twin Paddle, Paiste Cymbals and others. Drum tracking berakhir setelah 20 jam direct berada dalam studio dan diseksa oleh click track/metronome yang membuatkan kami mengigau di malam hari. Track guitar dan bass pula disiapkan seminggu selepas drum tracking dan mengambil masa 16 jam dikurung didalam studio. Engineer kami Ms. Baizura kekadang berbunyi seperti cikgu mathematik tambahan. "Sekali lagiii...sekali lagiii..sekaliii lagiiighhhhh !!! ". Pada mulanya kami tidak mahu menggunakan click track untuk menjimat masa tapi atas nasihat pakar, kami rela menggunakan click track dengan perasaan yang berdebar-debar.

Ep ini bakal memuatkan 4 lagu iaitu 3 lagu original dan 1 lagu cover dari salah sebuah band brutal death metal dari USA. Band apa? Beli EP ni nanti konfem tahu lah. Haha. EP kami diedarkan oleh Celestial Frequency Sdn Bhd. Terima kasih Kepada pihak Celestial kerana memberi kepercayaan yang tinggi kepada kami. Tarikh rilisan masih dalam perbincangan tetapi apa yang pasti sedikit masa lagi ia muncul dalam hidup anda semua. hahaha. Selepas EP ini, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan anda rilisan teknikal/brutal death metal yang lain sedikit dari apa yang ada diluar sana dengan kualiti yang lebih baik. Cewwah.

Oh ya! Sebelum terlupa, kalau ada kelapangan saksikanlah kami perform di dua gig berikut. Please support and headbang with us okeh.woohooo. One more thing, untuk gig 25/5 nih kemungkinan aku jadi session guitarist untuk band DYSGUSTED kerana gitarisnya mempunyai komitmen peribadi pada minggu itu.



Wednesday, 13 March 2013

CLIVE BURR 1957 - 2013


Clive Burr , i like his style a little bit more than Nicko McBrain. His grooves and hi-hat work is definitely a touch of sweetness to Iron Maiden early repertoire . Farewell Mr. Clive Burr.

Thursday, 7 March 2013

Bebelan Metal (Thrash) 9:50pm





Perkenalan aku dengan muzik metal terjadi pada tahun 1997 di usia aku 13 tahun, tahun release nya album metallica reload ketika itu. Sebelum pada itu, aku hanya mendengar muzik rock yang keluar dicorong-corong radio dan memang tidak dinafikan aku memang tertarik dengan bunyi distorsi gitar sejak kecil lagi. Sepupu-sepupu aku kata aku minat sangat sangat dengan Search dan medicine. Tapi sekarang takde la pulak. hahaha. Selepas mengumpul sikit-sikit duit belanja akhirnya aku dapat juga akhirnya membeli kaset metallica reload dan dengan terujanya pada malam itu aku mendengar setiap lagu penuh dengan rasa takjub. Ye lah, waktu tu  tengah hangat video Memory remain dan Fuel ditayangkan di NTV7 (masa tu stesen ni baru je launching). Memang aku suka gila dengan crunch gita mereka (masa ni aku tak tahu yang ada banyak lagi band yang mempunyai Mega Crunch lagi sedap dr metallica zaman reload). Aku semasa itu bersekolah di Kuching, Sarawak dan aku masih ingat Metallica memang tidak popular dikalangan member-member melayu sarawak aku ketika itu. Memang selalu kena kutuk la sebab minat metallica. Mereka lebih kepada Sepultura, Nailbomb, Korn etc ketika itu.Selang dua minggu selepas beli kaset reload, aku nekad untuk beli satu lagi kaset Metallica iaitu And justice for all...  Lepas dapat kaset tu and have a listen aku amat lahhh terkejut, seolah-olah dua band yang berbeza. Ada jugak aku kaji pasal mereka di majalah terutamanya melalui majalah KONSERT.dan bermula dari situlah eksplorasi aku terhadap band-band berdistortion hi-gain tepu bermula

Dalam tahun 1998, aku pulang ke kampung di Kuala terengganu dan semasa jalan-jalan kat Stesen Bus di bandar KT, ada kedai kaset bukak kat tepi busstand tuh. Ada kaset inlay berwarna biru gambo Unicorn atas kavernya. dengan perasaan ingin tahu, aku pon beli dari brader kedai tu. Semasa baru berjinak jinak bermain gita kapok, lagu yang selalu disebut-sebut untuk dimainkan dengan gita kapok ialah lagu ala-ala classical Another You. So, bila sumbat je dalam walkman, wahhhh. memang dahsyat. Maksud aku, dari segi solo, distortorsi rhythm gitar dan vokal growl Encik Shamsudin Ali memang merentap jiwa. Dan yang membanggakan, ia adalah hasil tangan band Malaysia.Eksplorasi band berdistortion semakin meninggi. Kemudian, dengan sedikit kajian melalui majalah-majalah baru aku tahu yang muzik aku suka dengar ni adalah salah satu sub genre metal yang digelar THRASH METAL .

Ya, memang aku tahu thrash banyak cabang nya pulak seperti Teutonic Thrash, Brazillian Thrash, Asian Thrash tapi yang paling melekat pada aku adalah American Thrash. Metallica, Megadeth, Anthrax dan Slayer adalah pendukung utama cabang ini dan band-band second wave macam Testament, Overkill, Vio-Lence, Death Angel, Forbidden, Whipslash dan Dark Angel tidak kurang hebatnya. Walaupun sekarang rutin pendengaran metal aku lebih kepada Death Metal dan Brutal Death Metal tapi tidak dinafikan asas aku adalah thrash metal dan jika berkaitan gig,aku lebih enjoy menyaksikan band thrash perform because of the upbeat energy i guess. I never really understand punk music, but when you mix it with heavy metal it became Nuclear and i sure dig it a lot. Haha.

Band-band seperti inilah yang bertanggungjawab memberi sedikit input pada aku tentang  bagaimana untuk bermain gitar berdistortion tinggi. Bagaimana nak palm mute dan rhythm chugging like nobodies business. Macammana nak solo fast as lightning and effective like a cyanide. Pada masa kini, banyak benda telah berubah luar dari sangkaan aku at least. The big four shows(metallica,slayer,megadeth,anthrax in one DVD), lombardo pulang ke pangkuan slayer, metallica balik ke roots thrash(sort of) dan penerbitan album album thrash metal baru yang lazat dari Forbidden, Testament,Overkill, Death Angel. Aku rasa tiada apa yang boleh menghalang muzik thrash metal... mungkin ia akan menjadi kurang popular kembali seperti zaman Grunge Invasion tapi ianya tidak akan lenyap, ia hanya mengambuskan dirinya ke dalam bawah tanah dan menanti masa untuk kembali muncul dari bawah tanah.

Thursday, 28 February 2013

INFARCTION Rehearsal Demo 2012



This is my Grindcore project band named INFARCTION , based in Kuala Terengganu . A combination of members from different local bands in terengganu . Feel free to grab our rehearsal tape...err... rehearsal mp3. We usually play small show in terengganu . Listen to it and let your body move . heh heh .

Ezzie (On Your Side ) - Drum
Yoe (Suffer Remain ) - Growl
Azmil (Dysgusted ) - Guttural/Screeching
Nuar ( Foes ) - Bass
Aku (Suffer Remain ) - Distortion


http://www.mediafire.com/?96xkcr1nbb8xocp








enjoy ! ! !

Wednesday, 27 February 2013

Bebelan Metal 7:51 AM

On the way pergi kerja , layan laa 2-3 album metal yg ada dalam kereta aku nih . Salah satunya , Death Magnetic . Dah hampir 5 tahun sejak tarikh album ni release . Overall, dari segi tahap METAL yang terkandung dalam album ni agak dibanggakan jugak . Siapa sangka yang metallica boleh keluarkan album yang satu jenis dengan album legend mereka . Lepas keluar album nih  Load, Reload , S&M, I Disappear(soundtrack mission impossible) dan St Anger macam tak pernah wujud . Dan Hetfield sendiri ada mengeluarkan kenyataan dalam interview yang penerimaan album ini hampir sama dengan vibe semasa The Black Abum . Tapi as a band named METALLICA , ada je diorang akan buat onar sikit dalam perjalanan karier mereka .Lepas album ni, diorang release LULU yang pada aku seperti lembu berak atas cake secret recipe. Damn, ada lagu yang boleh tahan catchy tapi dicemari dengan percakapan Lou Reed yang seperti mabuk dilanggar keretapi . Pokoknya , mereka ni memang suka memalitkan lumpur atas muka sendiri . . . Harapan aku , semoga album baru yang akan keluar dalam setahun lagi adalah kesinambungan Death Magnetic dan masih mempunya kandungan METAL yang banyak. Cross your fingers .

Sunday, 24 February 2013

An introduction of some sort .

Hi ,

This is my first attempt at blogging activity . I really love metal music and play guitar and shredding , create songs using my sonar and all but now i wanted to try this blog medium to errrmm.... hurrmmmm... wait , ok , I'll be back .

P/s : This blog is gonna be in Bi-Lingual meaning its in Bahasa Malaysia and English. Rojak Malaysian Style . Go easy on me . haha