Friday, 28 February 2014

BEBELAN METAL versi GRUNDAR DEATH FEST 2014, LARKIN, JB



Lupa pulak nak promote kat sini. Berlaku hari ini di Stopzone studio, Larkin Idaman, JB. Bersebelahan dengan Stadium Larkin. Jom Jom Jom !!!!

Jadi vokalis bidan terjun lagi kali ini... hahahduihh

https://www.facebook.com/events/563307123757295/

Tuesday, 25 February 2014

BEBELAN METAL versi PANTERA HAMMER

Semenjak dua menjak ni aku amat suka dengar semua lagu dari band SLAYER dan juga PANTERA which the guitarist from both bands already passed away. Sad but true.

Cadangnya aku ke Kinokuniya hari ini nak pegi survey kot kot metal hammer terbaru Thrash Metal edition gamba kaver encik Kerry King dah ada dekat sana tapi isu ini pulak yang atas bookshelf. Aku tak tau samaada isu thrash metal tu edisi terhad atau tidak tapi yang gamba Phillip Anselmo ni pon macam menarik juga dan kebetulan dua tiga menjak ni tengah bersemangat PANTERA jadi sambar je lah.



Didatangkan dengan envelope cover, 1 CD band british dan 12 keping poster, salah satunya adalah poster dari band thrash baru yang aku agak minat jugak iaitu GAMA BOMB.




Dimebag Darrell, Vince Paul, Philip Anselmo dan Rex Brown. Dari Glam Metal ke Thrash/Groove metal. Satu transasi yang perlu dan mereka kekal dengan format itu hinggalah ke akhir hayat PANTERA. Dalam majalah Decibel pernah dikeluarkan kenyataan yang reason penukaran genre oleh PANTERA pada tahun 1990 melalui album Cowboys From Hell mungkin berkait rapat dengan terbitnya album ...And Justice For All pada tahun 1988 oleh METALLICA. Pada aku mungkin ada kebenarannya sebab sound drum Vince Paul dari album Cowboys hampir sama dengan sound drum Lars Ulrich era Justice. Ditambah pula dengan sound gitar yang dry dan to-the-face Cowboys hampir sama dengan tone James dan Kirk era Justice. Well, change for the better aku setuju je. hahahha. Bila mengingatkan PANTERA pada zaman glamnya agak weird. ha ha ha ha.




Hahaha. Part metallica yang hujung tu macam kelakar pulak.





Ni CD yang diberikan percuma sekali dengan pembelian Metal Hammer ni. Semua band aku tak pernah dengar, boleh try pasang dalam kereta balik kerja petang nanti. jyeah.

Sunday, 23 February 2014

BEBELAN METAL versi Damage Done 150KM again .

yahhh . . . akhirnya dia buat hal lagi. Hahaha. Anyway memang ini akan berlaku juga lambat laun...wear and tear kan dah 5 tahun pakai. Dalam tempoh itu pernah tukar waterpump, radiator, kipas aircond, absorber depan, Gearbox Oil Seal dan buat top overhaul. Kali ini dia meminta "pitih" lagi.



1.skru chamber   2. steering arm kanan   3. bearing.




4. break pad




5. kipas radiator



ooyeahh dan semuanya terjadi dalam masa yang sama. hehehehe   *facepalm*




Wednesday, 1 January 2014

WORDLESS WEDNESDAY . . . KORG





Note: New tool for 2014 idea. Dum Dum Tak. Meja yang buruk...mujur la harga kangkung dah turun bole beli yg baru ...kot.

Sunday, 29 December 2013

BEBELAN METAL versi DUNGUN DECIMATOR BERAT 666 , Masak Separuh

Yeahhh.... akhirnya gig yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dengan deretan band band yang amat awesome dan sokongan padu dari pendengar metal pantai timur event ini dirasakan antara yang terbaik pernah didadakan di Negeri Terengganu. Bermula lewat sejam dari yang dirancang tapi itu semua perkara biasa kerana pihak organizer menunggu kehadiran crowd untuk memenuhi venue.



Sesi sound check dimulakan dahulu oleh Suffer Remain kemudian Sapprah, Imperial dan 2 3 band lagi. Band band dan crowd crowd yang datang dari jauh masih merehatkan diri di chalet masing masing agaknya. Nama Modar (Original line-up plus sessionist, FOES guitarist, Mr. Asang ) dan INFECTIOUS MAGGOTS memang amat mengujakan bagi kami peminat metal dari pantai timur.



SAPPRAH menjadi pembuka selera bagi Event hari itu dan mereka memberikan pukulan yang betul betul padu dengan lagu lagu mereka yang heavy dan catchy. Mereka mengingatkan saya pada Langsuyr di zaman awal. Ada perisa thrash, death dan sedikit black metal secukup rasa. Mereka mengakhiri persembahan mereka dengan lagu cover dari band terulung britain iaitu Iron Maiden dengan lagu " Aces High ".

Tiba giliran SUFFER REMAIN pula untuk menyambung keberatan petang itu. Untuk gig kali ini ada satu eksperimen yang saya ingin lakukan keatas cara penggunaan distortion pedal saya. Dulu, saya hanya guna distortion direct dari pada pedal tapi kali ini saya menggunakan pedal sebagai booster sahaja, maknanya distortion utama adalah dari Amplifier Randall dan saya hanya " menggarangkan " lagi sound itu dengan pedal distortion saya. Ternyata memang berbeza dan pada saya overall sound live saya telah naik ke satu level lagi. hahaha. Saya berazam untuk menggunakan setting seperti ini di Gig Grundar Death Fest 2014 pada 01/03/2014 di Larkin, Johor Bahru dan juga di gig-gig lain dimasa akan datang. Petang itu Suffer Remain mempersembahkan lagu cover dari Disgorge iaitu " Womb Full Of Scab " sebagai pemula setlist . Ianya memang telah menggamatkan suasana di lantai studio dengan head banging dan moshing seperi orang sawan. Diteruskan dengan lagu dari EP yang bakal diterbitkan ( delay lagi... hehehe ) dan lagu baru yang dipetik dari Kompilasi GOE yang bakal rilis awal 2014 ini, lagu kaver dari Baphomet dan Dying Fetus didendangkan, crowds semakin menggila. Ditamatkan dengan encore lagu dari Morbid Angel iaitu " Day Of Suffering " crowd yang buas dilihatkan puas menghayun kepala dan badan masing masing. Jangan ada yang MC keesokan hari sudah laaa.









Band seterusnya adalah DROHONG, band yang berpaksikan grindcore brazil/amerika selatan memang tidak mengecewakan. Dengan barisan pemuzik old timer terengganu terutamanya Zam Neoroth yang bangkit dari persaraan, drohong menghempas crowds dengan lagu-lagu mereka yang ultra grinding.

Diteruskan dengan SAHAYA, band black metal dari Terengganu. Riffing gitaris mereka Lord Din memang mistik dan memanggil semangat dari Pesisir pantai beku Norway untuk merasuk Pesisir Pantai Terengganu yang hujan rintik rintik.

Kemudian tiba giliran band dari Kuala Lumpur iaitu IMPERIAL untuk meneruskan aksi. Memang tidak disangkal lagi kehebatan outfit melodik dari KL ini amat padu. Lagu " Dawn Of Deliverance " adalah lagu yang saya tunggu-tunggu sekali.Encik Fizan dari VISITANT turut menyumbangkan tenaga memainkan lagu-lagu Imperial dengan gitar Epiphone Explorer hitam beliau. Memang persis James Hetfield beliau pada hari tu. ooo yeahhh yeahhhh !!! (ala ala laungan James Hetfield )

Dan berita buruk melanda... Polis telah datang ke venue gig ini dan mengarahkan agar gig dihentikan kerana ada aduan dari penduduk (katanya...) dan permit telah ditarik balik serta-merta. Kami diberikan masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan dikenakan (rush la kot ... ). Band yang tidak sempat membuat persembahan adalah Dysgusted, Tasyim, MODAR dan INFECTIOUS MAGGOTS. arghhh... what a waste. Kami peminat metal extreme terengganu  menunggu lama untuk meyaksikan Reunion Modar dan Infectious Maggots di Terengganu tetapi akhirnya semua pulang dengan sedikit kekecewaan tertusuk berdarah di hati. Pada saya metal kemungkinan selamanya dipandang serong di bumi Malaysia. Hurmmm....











Masak separuh je... hurmmm .



Tuesday, 17 December 2013

Wednesday, 20 November 2013

BEBELAN METAL versi 1 5 0

Haha. semalam tak sempat nak ber 'wordless wednesday ' sebab dapat anak saudara baru, well the first anak saudara belah aku. Adik aku selamat melahirkan baby girl petang semalam. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Nya.

Berbalik pada tajuk diatas . . .




yaaa . . . inilah penangan perjalanan 150KM sehari. Botak hingga menampak kan urat kepala...eh urat benang. heheheh . Inipun terjadi sebab kesilapan aku jugak iaitu jarang buat allignment. Steering dah ada rasa gegar pon aku bantai jugak . Tapi syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Ye lah semua benda dah naik zaman sekarang so perbelanjaan kene kawal jugak (tapi Jackson STAR japan domestic model tu bole plak angkat . . .ape cer ? errr.. kes terlanjur kot .. haha)

Anyway, lepas ni memang aku kena periksa allignment sebulan sekali nampaknya. Jalan dari Banting ke Wangsa Maju memang agak teruk jugak di beberapa tempat. Jalan berlobang besar, lobang tersembunyi, Jalan berbatu . . semua menyumbang kearah larinya talaan allignment tayar keta aku. Kalau cepat botak kat tepi memang bahaya lah terutama kalau jalan basah dan ada lopak air. Memang melilau lah kereta bila langgar air. Tambah pulak botak sampai nampak benang/dawai kat dalam. Memang horror .

Aku cadang nak letak buku log kecik untuk catat bila last tukar minyak hitam, oil filter, air filter, tukar tayar, allignment tayar etc supaya senang nak pantau. Ini kalo tak catit payah nak ingat . Solo Megadeth 'Tornado of soul ' pon boleh lupa. inikan menda yang tak best mcm ni sebab aku tak la mahir sangat bab-bab kereta ni. Tapi this is important la kan, untuk safety, tapi ini bukan family car. Ini kereta untuk pergi kerja saja, my speed demon . Kalo dengar SLAYER dalam kereta ni asyik nak tekan je . Tapi keselamatan tetap kena jaga . Safety first .