Secara kronologi nya begini... aku sebenarnya tak nak hadir pada mulanya kerana merasakan hari Rabu itu hari yang agak letih bagi aku ( Gig metallica tahun lepas terkecuali ). Tapi setelah tarikh gig semakin hampir dan semangat membuak-buak dalam status penghuni FB jadi semangat aku untuk pergi tu semakin kuat kembali.aduih.
Aku menghubungi wakil penjual tiket yang berwajib dan menempah tiket presale pada isnin 21 april. So, tiket sudah secured dan akan dituntut ketika hari kejadian nanti. Aku pon buat rilek je lah sambil menanti hari. Pada hari selasa aku terperasan ada status yang membuatkan agak was-was tentang gig ini. Status apa tak payah cerita dengan lebih dalam lah malas aku.hahahaha. Hintnya berkaitan parti trance-dance yang ada kematian tu.hurmm.
So, petang tadi yakni hari rabu pukul 5 petang aku pon tenyeh jari kat thumb print dan keluar cabot dari office dengan segera kerana ada berita mengatakan terdapat kejadian tanah mendap di area bukit bintang dan ini menggusarkan aku kerana hari juga semakin gelap mendung dan hujan dah turun renyai renyai. Jadi perjalanan menaiki kereta Wira Speed Demon aku dimulakan. Keadaan tidaklah sesak panjang seperti yang aku jangka. Cuma jemm di jalan pinang (depan KLCC) menuju ke jalan Perak.Lama juga aku sangkut...aku lepak je dalam kereta sampai lah aku membaca Whatsapp mengatakan gig telah diserbu JAKIM dan DBKL dan diarah dibatalkan serta merta tanpa cerita panjang table talk.Aku seperti mahu mamah stereng kereta right on the spot.haharghhh!
Dengan kepala bengang dan perut lapar aku terus mencilok menjauhi area KLCC dan menuju ke restoran Dapur Sarawak di jalan pahang untuk menenangkan perut lapar aku yang buas ni. Aku ada menelefon wakil penjual tiket bertanya tentang refund dan beliau kata mungkin tak ada tetapi ada sesi meet and greet bersama KREATOR. Hurmmm menarik jugak. Selesai makan dalam pukul 7.30 aku terus menuju ke Campbell Complex Kedai Karung Guni untuk sesi MnG.
Kami dikhabarkan pihak management KREATOR hanya memperuntukkan masa 45 minit dari pukul 9 malam untuk sesi MnG dan aku bertuah jugak lah dapat sampai awal di Campbell. Dengar khabar ada jugak yang melepas sesi itu. Aku pergi sesi tu pon sebab memikirkan duit dah lebor rm120 so dari tak dapat apa-apa baik dapat salam dan sain otograpp dengan hero aku Mr. Mille Petrozza. Muahahaha.
Dan hasilnya...
And finally the one and only Mille Petrozza of KREATOR. Aku cakap kat dia sambil pegang tangan kanan dia ... " In my opinion your right hand is more powerful than James Hetfield " dan dia terus gelak besar. heh heh heh . Bodek...untung untung dia datang lagi kat Malaysia ni.
Dan seperti post terdahulu DI SINI, muzik Metal sekali lagi di diskriminasi dan dipandang serong oleh Kerajaan dan arus perdana.
Thats all folks. I'm still a little mad.
1:13 AM Thursday
ini macam RM120 pun berbaloi hahahaha!~
ReplyDeleteok la...kalau tak batal belum tentu dapat salam Mille Petrozza kan.....heheh...
ReplyDeletedorang nampak cool walaupun concert batal, apa la .. lenkali jgn bagi permit langsung la .. kensel camni tak bagus la ...
ReplyDeleteIjau: sapa yang sempat samapai sesi meet n greet selama 45 minit tu untunglah.sapa yang lambat, memang haru.
ReplyDeleteBerteromber: Kalo tak silap tahun 2005 ada juga diadakan sesi meet n greet before show. Dapat jumpak kreator, dapat tgk kreator main live. itu and aku mmg selalu datang awal setiap gig.punctual la katakan.hahahaha
TJ: Mana tak cool, duit show tetap dibayar pada diorang. Aku rasa diorang lagi suka kensel sebab jimat tenaga badan.
hajat aku nak kesana pun terhenti di pertengahan,bila mendapat kabar konsert dibatalkan..
ReplyDeleteTak dapat nak di bayangkan betapa kuciwanya ko di tengah2 jem tu bro..heheh..tapi takpalah,dapat jumpa depan mata dah kira terubat jugak la kecewa tu..
ReplyDeletebygkan yg dtg dari jauh (borneo) semata2 nak tgk kreator, book flight, etc...
DeleteTu lah..diorang lagi kesian.mungkin ada yg dah ambik cuti,save bajet semata2 nak dtg tgk kreator
DeleteRafi: tu lah. Like a Volcano, bro. hahaha
ReplyDeleteIjau: betul.ramai yang aku dengar tengah kecek bahase sarawak.aku tak sempat nak menyapa diorang dah hilang entah ke mana.
SedihTM
ReplyDeleteasam garam kehidupan peminat muzik rock yang sanggup tempuh segala dugaan nak gi tengok dan bagi sokongan tak berbelah bagi kat band rock kegemaraan dorang main.
ReplyDeleteadi: sedih pedih bro.
ReplyDeleteDeaf: so true bro.