Friday, 25 April 2014

BEBELAN METAL versi Throwback Seek And Destroy Singapore


  1. The Ecstasy of Gold 
  2. One 
  3. Encore:






Dah 8 bulan berlalu sejak konsert Metallica di Singapura. Entah kenapa aku malas nak review selepas balik dari sana. Letih kot.... langsung tertangguh. Kalo ikutkan setlist nya takda lah banyak mana berbeza dari show di malaysia cuma untuk singapore nih ada lagu The Shortest Straw dan And Justice For All.



Selepas sampai di Changi Airport pada sabtu 24/8/2014 (Hari Konsert berlangsung) aku dan kawan 3 orang terus ke Arab Street untuk check-in hotel yang sudah ditempah. Lepas rehat dan minum sebentar, kami terus berkejar ke venue kerana masa dah suntuk. Memang dah lewat pon masa sampai venue sehingga kami terlepas persembahan Anvil. hahaha. Nasib baik aku tak minat. Member aku pulak telefon tertinggal dalam teksi. Dah la Samsung Tab 2 baru beli. Kesian member.What to do, sad but true.



Baru 5 minit di sana, ada booth vendor menjual hotdog dan coke n berr. Beli hotdog dan coke untuk alas perut.sebab sejak turun dari flight hanya makan roti 2 keping cicah air milo courtesy of the hotel (Hotel bajet je pon). Tak berapa lama lepas tu lagu intro Ecstacy Of Gold dimulakan dan on it goes straight into Hit the lights. Yang tak bestnya disini ialah ramai orang yang lagi tinggi dari aku. Hahaha. Memang agak sesak jugaklah pemandangan. Beer juga dijual terbuka untuk crowd yang sedang berdiri dan memang kena hati-hati tengah duduk mendongak mulut terngannga tengok metallica... audience lain main passing passing beer atas kepala. Takut tertumpah masuk mulut je. Ahahaha.Bahaya.

So on it goes until lagu One, aku dah start letih. Seriously letih sangat. Ye lah, dah la  penat show kat KL tak habes lagi dengan keadaan separa demam, perut lapar dan suara dah shot apa suma. Jadi dari lagu For Whom The Bell Tolls sehinggalah Creeping Death aku hanya melayan tanpa ada pergerakan yang agak fizikal dan kadang aku menumpang bahu sapa sapa dan yang best mereka tak kisah pon. Diorang tahu aku penat kot.hahaha.

Time lagu Battery barulah tenaga kembali sedikit untuk moshing dan headbanging ala kadar. Dan diakhiri dengan Seek and destroy dan ucapan pendek band pada crowd. Dapat juga guitar pick Robert Trujillo sebagai kenangan. Heh heh heh.

Roberto baling straight ke arah aku. Tq abang Rob.


Ni geng dari Kelantan Metal Army

with Rithan



Balik dari venue pula juga agak menjadi masalah. Entah kenapa kami beratur panjang samapai je giliran kami bas dah habes. I mean WTF ? last last amik jugak teksi dgn harga charge 50 sing dollar untuk balik ke Arab Street. Sampai hotel semua blackout pengsan keletihan. Haahahaha.

On the way ke airport



Bye Bye Singapore









So esoknya flight malam balik ke Kuala Lumpur. It was worth it. Kalau Metallica turun sekali lagi ke Singapore, aku akan turun juga ke Singapore. . .  sebab kat Malaysia macam dah tak boleh je. hehehe

6 comments:

  1. lagi sekali la... - asam garam kehidupan peminat muzik rock yang sanggup tempuh segala dugaan nak gi tengok dan bagi sokongan tak berbelah bagi kat band rock kegemaraan dorang main haha.

    ReplyDelete
  2. rasa malaysia boleh kot, sbb yang tak berpermit saja kena raid.. hehe

    ReplyDelete
  3. throw-terlampau-back-sangat

    selamat thank you~

    ReplyDelete
  4. Review jugak akhirnya..aku ingat dah malas buat entri dah..hehe

    ReplyDelete
  5. Deaf: yeah tapi saya takleh sampai tahap abg deaf pegi europe.respek habis beb !

    D arsil: Hmmm..kalo ada sokongan dari 'pembesar' negara boleh la. kalo takde backup tu maybe payah.

    Ijau: saja menggunakan mesin cahaya masa.muahaha. Selamat..errr...thank you

    Rafi: mungkin kesan daripada pembatalan konsert KREATOR kot ? eheheee

    ReplyDelete
  6. ok la ni dari tak ada.... hehehhe

    ReplyDelete