On the way pergi kerja , layan laa 2-3 album metal yg ada dalam kereta aku nih . Salah satunya , Death Magnetic . Dah hampir 5 tahun sejak tarikh album ni release . Overall, dari segi tahap METAL yang terkandung dalam album ni agak dibanggakan jugak . Siapa sangka yang metallica boleh keluarkan album yang satu jenis dengan album legend mereka . Lepas keluar album nih Load, Reload , S&M, I Disappear(soundtrack mission impossible) dan St Anger macam tak pernah wujud . Dan Hetfield sendiri ada mengeluarkan kenyataan dalam interview yang penerimaan album ini hampir sama dengan vibe semasa The Black Abum . Tapi as a band named METALLICA , ada je diorang akan buat onar sikit dalam perjalanan karier mereka .Lepas album ni, diorang release LULU yang pada aku seperti lembu berak atas cake secret recipe. Damn, ada lagu yang boleh tahan catchy tapi dicemari dengan percakapan Lou Reed yang seperti mabuk dilanggar keretapi . Pokoknya , mereka ni memang suka memalitkan lumpur atas muka sendiri . . . Harapan aku , semoga album baru yang akan keluar dalam setahun lagi adalah kesinambungan Death Magnetic dan masih mempunya kandungan METAL yang banyak. Cross your fingers .
mungkin aku patut dengar semula Death Magnetic...semenjak beli...rasanya adalah 2,3 kali jer aku dengar...mungkin persepsi aku pada Metallica telah berubah...terutamanya selepas era AJFL membuatkan aku rasa kurang berminat dengan mereka lagi...
ReplyDeletehaha.betul tu bro.mcm aku mmg tak suka dengar load,reload n st anger. tapi kadang2, ada juga masa yang bila kita dengar album yg secara generalnya tak sedap , tiba-tiba sedap pulak.tapi biasanya tak lama laa feeling tu.haha. memang efforts mereka sekarang tak boleh lawan vibe 4 album terawal.tp DM ni close enuff i would say.hehe
ReplyDeleteLoad,Reload,St.Anger memang betul2 kena ignore dengan peminat nya,tapi macam kau cakap,aku dengar versi live 'Carpe Diem Baby' masa 30 anivessary Metallica tu best pulak,.mungkin versi live diorang main laju sikit tempo dia dari album kan..kalo dengar yang versi album punya ngantuk woo..heh..
ReplyDeleteyes. versi 30th anniversary tu agak menjadi jugak sbb satu sebab tempo dia dilajukan sedikit samaada sengaja atau tak.hilang feel doom metal nya.kalau lah production st anger tu sehebat black album atau garage inc punya sound, mesti gempak tp sayangnya sound snare tin kosong tu jugak yg diorang pakai.hahaduihh.
ReplyDelete