Monday 22 July 2013

BEBELAN METAL versi GAS ?

haaaa... perut sebu, pedih hulu hati? Ada gas berlebihan dalam perut kot? hahaha. Tapi bukan GAS tu yang aku nak cakap sebenarnye. GEAR/GUITAR/GADGET Acquiring Syndrome, pernah dengar? Terms ni banyak digunakan dalam dunia brother-brother dan sister-sister yang main alat muzik. GAS ni sebenarnye sesuatu yang berkait rapat juga dengan nafsu membeli, pada pandangan aku lah. GAS ni kadang-kadang aku observe dia nampak lebih banyak kehendak dari keperluan.

Well, aku pun tak terkecuali dari dijangkiti GAS ni. Berjangkit? Berjangkit dari mana? haaa.. Jamtank, Mudah, EBay, ESP Board Forum, LowYatt etc. GAS ni kalo kene time tengah lebat dalam poket, sakit dia kurang tapi kalo kene tengah poket rabak, dude... memang sentap, pedih, perit, sakit hati tambah tambah pulak ade offer yang boleh dikatakan murah tapi disebabkan poket sudah rabak, terlepas peluang nak mengubati GAS tu. Boleh termenung jugak 1-2 hari. Tapi nasib baik GAS aku ni tidak lah ditahap kronik. At least kalao tak dapat disebabkan poket rabak, aku boleh lagi bertenang...payah payah ambil je wudhu,inshaaAllah tenang.haha

GAS ni datang tak diduga, kadang-kadang engko rasa GAS tu dah diubati dan ko konfem itu GAS ko yang terakhir. well, aku dah cakap GAS ni macam nafsu, dah dapat....relax kejap...pastu ada pulak yang baru.  Sakit-sakit.

Personally, GAS memang merabakkan aku walaupon apa yang aku beli tak banyak but it still worth a lot of money to me at least. ESP tu je dah berpeluh aku dibuatnya.Kalao gaji aku RM10K or above maybe tadak hal kot. GAS ni boleh jadi penyakit ketagihan jugak last last nanti so memang kena jaga-jaga tambahan untuk orang yang dah berkeluarga. Extra perit.

list of my previous GAS:

Line6 FloorPod
BOSS MT2
Zoom TM01
Behringer GuitarLink
Johnson 20watt Amp.
CoffinCase
Harmony Acoustic
TGM Stratocaster
BC Rich Warlock
Ibanez S670FM
ESP KH-2

Adakah GAS aku dah berkurangan/diubati sepenuhnya?

Nahhhh.... Ini explorer versi James Hetfield era Ride The Lightning-Master Of Puppets-pre And Justice For all. Kalo simpan lama-lama, warna putih jadi white-cream fuhh that time memang superb laa.

Truckster? Snakebyte? EX?


Dont make me laugh, charlie.





http://www.mudah.my/Epiphone+1984+Explorer-21960645.htm
Mungkin untuk golongan macam aku ni ..perlu ada GAS Anonymous? Who knows. . .





So, are you guys suffering from GAS too? Check out this link.

http://theguitarbuzz.com/guitars/guitar-acquisition-syndrome/
http://theguitarbuzz.com/guitars/how-many-guitars-are-too-many/

Saturday 6 July 2013

Bebelan Metal versi Kenangan mengusik jiwa made of steel.

Hurmmm..aku sebelum ni kerja di kuala terengganu. wife pula mengajar di banting tapi tinggal dirumah mertua aku di klang.,jadi beliau ulang alik drive kereta ,perjalanan ambil masa lebey kurang 45 minit sehala.. kami kahwin awal 2010. oleh kerana itu aku berulang alik 2 minggu sekali ke klang dengan menaiki perkhidmatan bas express yang ada. syarikat pilihan aku adalah transnasional. sani express pon ok tapi mahal ckit. kalo naik kereta aku pulak, perbelanjaan lagilah extreme mau mau kena standby 2 ratus utk kos pergi balik .so bas expresss adalah jawapan yg logic.dalam sony mp4 player aku berkapasita 4gb padat dengan album2 thrash , brutal death dan death metal yang obscure dijadikan peneman perjalanan jika mata payah nak tidur.

awal tahun 2011 wife disahkan pregnant jadi aku nekad tukar jadual ulang alik dari 2 minggu sekali keada 1 minggu sekali. habis saja kerja pukul 5 petang hari khamis, aku terus ke perhentian bas kuala terengganu dan menunggu bas yang biasanya tiba pukul 11 malam (kadang-kadang ada juga lewat sampai pukul 1-2 pagi, memang gila).perjalanan pula ambil masa 7-8 jam dan aku biasanya tiba di klang pukul 5:30 pagi hari jumaat. wife aku yang amik dan lepas tu beliau ke sekolah pula.

memang aku tak selesa dan aku rasa hidup aku pada tempoh itu agak janggal dan pelik kerana aku dah kahwin tapi masih duduk berjauhan.memang aku tak nafi yg ada ramai lagi diluar sana duduk berjauhan dari keluarga but the thing is,hidup aku,minda aku tak sama macam sesiapa pun. kita ni kan unik setiap satu. jadi selepas anak aku lahir depressi aku semakin kuat bila mengenangkan nasib duduk berjauhan ni. bila anak lahir, lagi lah tekanan.baju anak memang sentiasa aku amik bawak balik ke terengganu.permohonan pertukaran isteri ke terengganu kerana mengikut suami sudah 6 kali ditolak. sampaikan yang terakhir tu aku dah jumpa pegawai tertinggi kementerian pendidikan dato' Mazlan tapi masih lagi hampa.kebetulan isteri aku baru sahaja eksiden dan ketika mengadap datuk misai tu tangan isteri aku masih bersimen.aku semakin depress . aku anti sekejap dengan orang bermisai tebal tapi skang dah tak laaa.hahaha

nampaknya aku lah yang terpaksa berpindah. jadi bermulalah proses melobi pengarah aku agar aku ditukarkan ke ibu pejabat di wangsa maju sehingga akhirnya permohonan aku diluluskan. aku mula bertugas di wangsa maju pada november 2012. aku duduk di banting kerana rumah disana masih murah dibandingkan dengan rumah di kuala lumpur dan suasana yang tenang. anak kami dijaga oleh saudara belah isteri dengan bayaran yang agak rendah aku suka susaana kat banting ni,peaceful.seafood pon sedap.tapi aku terpaksa berulang alik 150km sehari pergi balik banting-wangsa maju menaiki sang wira perkasa speed demon aku.haha.nak naik moto? perghhh...kalau pakai moto besar pon terasa inikan pulak moto aku berjenama honda ex5.lagipon jalan yang ada agak berliku,uphilll downhill,simpang siur,selekoh tajam,jalan licin diesel tumpah.disebabkan kereta wira aku milage nya agak jauh sebab kereta aku tahun 1999,aktiviti balik ke rumah mak ayah aku di temerloh atau balik kampung di bota kiri,perak dan kuala terengganu atau apa saja trip perjalanan jarak jauh  aku akan guna kereta isteri secara eksklusif kerana sekolah beliau di belakang rumah kami saja so kereta beliau hanya meliputi jarak yang amat dekat tiap-tiap hari.bagi can kereta aku rehat pulak.hahaha

jadi sekarang headspace aku agak tenang dari dulu alhamdulillah..well,physically maybe a little bit tired but hey, aku dapat tengok anak isteri hari-hari, dapat duduk dikawasan yang tenang dan jiran yang ramah.kat KL? belum tentu jiran ko kenal nama ko...haha.


P/s: tengah menunggu hari isteri bersalin anak ke 2 . Doakan semua selamat ye kawan-kawan. Amin.