Saturday 11 November 2017

BEBELAN METAL versi PORTABLE CASSETTE PLAYER ?

Ahoy matey ! I'm back !

Lama jugak rasanya tak memblogkan diri ini. Pressure dari hidup semasa sedikit sebanyak berjaya memperlahankan rentak hidup aku 2 3 4 menjak ini. Well life goes on i guess. Tapi kalo tak pressure bukan normal la nampak gaya nye, kan ? Haha.

Well, since my last post bulan februari lepas tiada apa yang luar biasa terjadi. Jual gitar, beli gitar, tunggu anak baru, berkenalan dengan group bitcoin, tak pegi kuliah dream theater dannnn..... Keinginan untuk berkaset kasetan semula. Yeah u heard it right.

Kenapa aku yang banyak jual koleksi nak dengar kembali kaset ni? Maybe sebab seru tu datang balik kot. Lantak aku browse di mudah.my in hope for cheap working portable cassette player. Dan maybe rezeki ade hamba allah nak jual model panasonic CW01 murah murah. New old stock. Tapi agak pelik kerana tiada fungsi radio FM. Memang semata mata untuk memainkan kaset sahaja. Cool.

So, dengan tanggungjawab menyiapkan poster untuk subjek computer forensic, aku bawa keluar kembali kaset kaset keramat aku untuk menemani menyiapkan assignment ini.

Cuma satu je yang baru iaitu dari Sil Khannaz Thunder Roar. Yang lain semua dah season yop. Ehehe.