Wednesday 29 May 2013

BEBELAN METAL versi The show must go on?

Hahaha. Sabtu baru nih 25/5/2013 telah berlangsung gig The Beast Gathering di Heart Shaped Studio ,Pandan Indah. Waaa... tajuk gig macam perhimpunan raksaksa berekor dalam cerita Naruto pulak. hahaha. Anyway, band dari terengganu yang dijadualkan beraksi pada gig itu adalah Suffer Remain dan Dysgusted. Nak dijadikan cerita gitaris Dysgusted ,Inchek Syed Alwi Al Kaff terpaksa membatalkan hasrat utk travel ke KL kerana memfokuskan diri kepada hal peribadi yang lebih penting. Maybe nak kahwen dah kut.. hahaha. Jadi aku telah diamanahkan untuk menjadi gitaris pengganti bagi slot Dysgusted. Mula lah aku dirumah prektis sorang-sorang lagu Dysgusted dan beberapa lagu cover pilihan mereka. Tak lama lepas tu, tiba satu panggilan telefon mengatakan Mohamad Azmil, vokalis Dysgusted pula terpaksa pergi ke Langkawi, ada seminar katanya. bala...balaa... Aku pun diamanahkan sekali lagi memikul tugas sebagai Growler pulak utk band ini disamping bantuan dari vokalis Bahajang untuk dua lagu iaitu bloodcum festal dan fear of napalm (cover dari terrorizer)


with Dysgusted

2 hari sebelum gig berlangsung, aku mendapat panggilan telefon yang paling aku takuti sekali dalam arena hubungan band jarak jauh ni. Vokalis aku Inchek Khairul Nizzam pula memberitahu tidak dapat nak commit last minute tugas sebagai vokali pada 25/5 kerana ada lawatan dari boss besar Kementerian Hal Ehwal Pengguna dari KL. Ahhh sudahh, doh tu guane? Takkan nak kensel slot Suffer Remain? Sebenarnye kes vokalis aku nih kes teraniaya, memang boss dia boleh terjun gaung lah senang cerita. Kesian vokalis aku nih. Jadi mahu tak mahu tugas Growler untuk Suffer Remain jatuh atas bahu aku juga nampak gaya. Aku agak nervous,cuak dan gugup sebab ini first time aku beraksi depan orang ramai main gitar sambil growling. Aku takut aku muntah je atas stage sebab sebelum-sebelum ni aku ada juga try growling sekali-sekala, habis je growling perut aku rasa sebu. Adoih. Memang  kes naya dah ni tapi tiada siapa lagi yang boleh diminta bantuan selain diri sendiri. Berbekalkan sokongan dari Isteri,kawan-kawan dan mentaliti yakin boleh (cewaahhh...) aku harungi jugak gig tu dengan jaya nya. heh heh heh. Not a single drop of vomit was spilled. Penerimaan crowds aku tengok memang menggila, kekadang takut aku dibuatnya. Mungkin ada pengaruh substances? Who knows...haha. Aku tak tahu laa ganaz ke idak vocal aku nih tapi yang penting aku tak amik peduli pon.hahaha. Memang perit tapi gula-gula hacks amat membantu. Menggalas ESP KH-2 aku buat pertama kalinya untuk bermain gig ini dipadankan dengan efek Zoom Tri Metal dan amp/cabs Laney memang brutal sounding lah. At least brutal sikit dari sound gitar gig-gig sebelum nih. Mcm biasa aku memang pakai 2 cabinets kalau disediakan untuk kesan stereo. Moral of the story: Jika anda mempunyai hubungan band jarak jauh, pertukaran posisi itu kadang kala akan jadi penyelamat. The show must go on. hehehehehe. Cheerz !



with SUFFER REMAIN

Wednesday 22 May 2013

BEBELAN METAL versi Selamat Terbang Ke Sabah Negeri Dibawah Bayu




Its hard to say goodbye. heh heh heh. Well, finally kaset-kaset yang aku iklankan disini dan FB telah ada pembelinya. Walaupun dijual dengan rege yang agak murah tapi ok lah dari aku campak masuk dalam api. hehe. Gotta make some room for second child due this coming 30th July. Ada lagi baki tinggal kat rumah, aku tak tau nak jual ke tidak sebab ada antaranya mempunyai sentiMetal value yang agak tinggi pada aku. Kalau simpan buat kenangan je lah... hurmmmm.Takpe, kalau ada kesempatan aku iklan kan lagi. Keep listening to metal hokkeyy! hahahaha

Thursday 9 May 2013

BEBELAN METAL Versi GITAR ESP IDAMAN KALBU



Dengan post ini, maka diisyhtiharkan bahawa aku punya GAS (Gear/Guitar Acquiring Syndrome) telah berjaya disembuhkan... untuk waktu ni je lah. Hahaha. Rabak juga poket tapi berbaloi-baloi.
Mengidam gitar ni semenjak tahun 1997/1998 lagi. So, memang terharu jugak lah. hahaha. This is a genuine ESP KH-2, not LTD, edwards,grassroot what so ever and the sound is definitely METAL. Cume yang slack nya COA nye dah hilang tak tau owner lama letak kat mana. Sad But True.

Thursday 2 May 2013

BEBELAN METAL versi RIP Jeff Hanneman (sedih)


Jeff Hanneman 1964 -2013

This is truly a shocking news for me, heck, my brain still digesting this news. Now Slayer will be like Megadeth, with only 2 original members. Hahaha. My personal opinion, all the best slayer songs were Jeff. I mean Kerry is ok but sometimes can be a bit to straight, simple, predictable etc. Even Mustaine himself admit that Jeff is better at guitar solo than Kerry . Dunno what else to say . . . a great riff meister, he's sure gonna be missed a lot by the metal world. Angelll Off Deaattthhhhh ! ! !