with Dysgusted
2 hari sebelum gig berlangsung, aku mendapat panggilan telefon yang paling aku takuti sekali dalam arena hubungan band jarak jauh ni. Vokalis aku Inchek Khairul Nizzam pula memberitahu tidak dapat nak commit last minute tugas sebagai vokali pada 25/5 kerana ada lawatan dari boss besar Kementerian Hal Ehwal Pengguna dari KL. Ahhh sudahh, doh tu guane? Takkan nak kensel slot Suffer Remain? Sebenarnye kes vokalis aku nih kes teraniaya, memang boss dia boleh terjun gaung lah senang cerita. Kesian vokalis aku nih. Jadi mahu tak mahu tugas Growler untuk Suffer Remain jatuh atas bahu aku juga nampak gaya. Aku agak nervous,cuak dan gugup sebab ini first time aku beraksi depan orang ramai main gitar sambil growling. Aku takut aku muntah je atas stage sebab sebelum-sebelum ni aku ada juga try growling sekali-sekala, habis je growling perut aku rasa sebu. Adoih. Memang kes naya dah ni tapi tiada siapa lagi yang boleh diminta bantuan selain diri sendiri. Berbekalkan sokongan dari Isteri,kawan-kawan dan mentaliti yakin boleh (cewaahhh...) aku harungi jugak gig tu dengan jaya nya. heh heh heh. Not a single drop of vomit was spilled. Penerimaan crowds aku tengok memang menggila, kekadang takut aku dibuatnya. Mungkin ada pengaruh substances? Who knows...haha. Aku tak tahu laa ganaz ke idak vocal aku nih tapi yang penting aku tak amik peduli pon.hahaha. Memang perit tapi gula-gula hacks amat membantu. Menggalas ESP KH-2 aku buat pertama kalinya untuk bermain gig ini dipadankan dengan efek Zoom Tri Metal dan amp/cabs Laney memang brutal sounding lah. At least brutal sikit dari sound gitar gig-gig sebelum nih. Mcm biasa aku memang pakai 2 cabinets kalau disediakan untuk kesan stereo. Moral of the story: Jika anda mempunyai hubungan band jarak jauh, pertukaran posisi itu kadang kala akan jadi penyelamat. The show must go on. hehehehehe. Cheerz !
with SUFFER REMAIN
wahh..first time beraksi guna KH-2?takpa bro,at least lu jadi penyelamat untuk rakan2 yang lain..hope Suffer Remain trus sukses.
ReplyDeleteahahaa... first time sbb baru dapat. thanx bradah. kami slow-slow je, gig pon tak kerap mana.hehehe
Deletemalas bergarit perut perit
ReplyDeleteterpaksa growling tekak perit
nang menar madah kau ya.hehehe.still recovering.heh
DeleteDont think many can do what you did at last minute. Well done.
ReplyDeletethanx brother
Deletesteady geng....
ReplyDeletethanx. \m/
Delete