Wednesday 29 May 2013

BEBELAN METAL versi The show must go on?

Hahaha. Sabtu baru nih 25/5/2013 telah berlangsung gig The Beast Gathering di Heart Shaped Studio ,Pandan Indah. Waaa... tajuk gig macam perhimpunan raksaksa berekor dalam cerita Naruto pulak. hahaha. Anyway, band dari terengganu yang dijadualkan beraksi pada gig itu adalah Suffer Remain dan Dysgusted. Nak dijadikan cerita gitaris Dysgusted ,Inchek Syed Alwi Al Kaff terpaksa membatalkan hasrat utk travel ke KL kerana memfokuskan diri kepada hal peribadi yang lebih penting. Maybe nak kahwen dah kut.. hahaha. Jadi aku telah diamanahkan untuk menjadi gitaris pengganti bagi slot Dysgusted. Mula lah aku dirumah prektis sorang-sorang lagu Dysgusted dan beberapa lagu cover pilihan mereka. Tak lama lepas tu, tiba satu panggilan telefon mengatakan Mohamad Azmil, vokalis Dysgusted pula terpaksa pergi ke Langkawi, ada seminar katanya. bala...balaa... Aku pun diamanahkan sekali lagi memikul tugas sebagai Growler pulak utk band ini disamping bantuan dari vokalis Bahajang untuk dua lagu iaitu bloodcum festal dan fear of napalm (cover dari terrorizer)


with Dysgusted

2 hari sebelum gig berlangsung, aku mendapat panggilan telefon yang paling aku takuti sekali dalam arena hubungan band jarak jauh ni. Vokalis aku Inchek Khairul Nizzam pula memberitahu tidak dapat nak commit last minute tugas sebagai vokali pada 25/5 kerana ada lawatan dari boss besar Kementerian Hal Ehwal Pengguna dari KL. Ahhh sudahh, doh tu guane? Takkan nak kensel slot Suffer Remain? Sebenarnye kes vokalis aku nih kes teraniaya, memang boss dia boleh terjun gaung lah senang cerita. Kesian vokalis aku nih. Jadi mahu tak mahu tugas Growler untuk Suffer Remain jatuh atas bahu aku juga nampak gaya. Aku agak nervous,cuak dan gugup sebab ini first time aku beraksi depan orang ramai main gitar sambil growling. Aku takut aku muntah je atas stage sebab sebelum-sebelum ni aku ada juga try growling sekali-sekala, habis je growling perut aku rasa sebu. Adoih. Memang  kes naya dah ni tapi tiada siapa lagi yang boleh diminta bantuan selain diri sendiri. Berbekalkan sokongan dari Isteri,kawan-kawan dan mentaliti yakin boleh (cewaahhh...) aku harungi jugak gig tu dengan jaya nya. heh heh heh. Not a single drop of vomit was spilled. Penerimaan crowds aku tengok memang menggila, kekadang takut aku dibuatnya. Mungkin ada pengaruh substances? Who knows...haha. Aku tak tahu laa ganaz ke idak vocal aku nih tapi yang penting aku tak amik peduli pon.hahaha. Memang perit tapi gula-gula hacks amat membantu. Menggalas ESP KH-2 aku buat pertama kalinya untuk bermain gig ini dipadankan dengan efek Zoom Tri Metal dan amp/cabs Laney memang brutal sounding lah. At least brutal sikit dari sound gitar gig-gig sebelum nih. Mcm biasa aku memang pakai 2 cabinets kalau disediakan untuk kesan stereo. Moral of the story: Jika anda mempunyai hubungan band jarak jauh, pertukaran posisi itu kadang kala akan jadi penyelamat. The show must go on. hehehehehe. Cheerz !



with SUFFER REMAIN

8 comments:

  1. wahh..first time beraksi guna KH-2?takpa bro,at least lu jadi penyelamat untuk rakan2 yang lain..hope Suffer Remain trus sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaa... first time sbb baru dapat. thanx bradah. kami slow-slow je, gig pon tak kerap mana.hehehe

      Delete
  2. malas bergarit perut perit
    terpaksa growling tekak perit

    ReplyDelete
    Replies
    1. nang menar madah kau ya.hehehe.still recovering.heh

      Delete
  3. Dont think many can do what you did at last minute. Well done.

    ReplyDelete