Saturday 11 November 2017

BEBELAN METAL versi PORTABLE CASSETTE PLAYER ?

Ahoy matey ! I'm back !

Lama jugak rasanya tak memblogkan diri ini. Pressure dari hidup semasa sedikit sebanyak berjaya memperlahankan rentak hidup aku 2 3 4 menjak ini. Well life goes on i guess. Tapi kalo tak pressure bukan normal la nampak gaya nye, kan ? Haha.

Well, since my last post bulan februari lepas tiada apa yang luar biasa terjadi. Jual gitar, beli gitar, tunggu anak baru, berkenalan dengan group bitcoin, tak pegi kuliah dream theater dannnn..... Keinginan untuk berkaset kasetan semula. Yeah u heard it right.

Kenapa aku yang banyak jual koleksi nak dengar kembali kaset ni? Maybe sebab seru tu datang balik kot. Lantak aku browse di mudah.my in hope for cheap working portable cassette player. Dan maybe rezeki ade hamba allah nak jual model panasonic CW01 murah murah. New old stock. Tapi agak pelik kerana tiada fungsi radio FM. Memang semata mata untuk memainkan kaset sahaja. Cool.

So, dengan tanggungjawab menyiapkan poster untuk subjek computer forensic, aku bawa keluar kembali kaset kaset keramat aku untuk menemani menyiapkan assignment ini.

Cuma satu je yang baru iaitu dari Sil Khannaz Thunder Roar. Yang lain semua dah season yop. Ehehe.

Sunday 5 February 2017

BEBELAN METAL versi NASI DAGANG

Assalamualaikum.

Baru baru nih satu urge yang kuat telah melanda diri aku. Urge yang selalunya aku lunaskan setiap pagi sebelum aku pergi ke pejabat semasa aku bekerja di Terengganu 5 tahun lepas (...i cant believe its 5 years already since I left Terengganu ) Kali ini urge tu teramat sangat maybe disebabkan aku dah setahun setengah tak balik kesana.

Baru baru ni Tok aku ajak balik ke kampung di sana ada kenduri doa selamat tapi disebabkan anak aku tiba tiba demam dan doktor tidak sarankan untuk travel jauh, jadi secara spontan aku membatalkan rancangan aku. Tapi disebabkan aku sudah rancang dalam otak aku untuk bedal semua makanan yang sedap sedap di Terengganu, jadi ia ada sedikit mengganggu fikiran aku lah. hahaha. Selepas menggoogle di mana nasi dagang paling top meletop di area Kuala Lumpur ni maka muncullah nama warung makcik ni didalam list tersebut.


WARUNG KAK ZAI RULESSS !!!



Ok. Pada aku, nasi dagang point paling penting adalah kuah dan ikan nya. Spesis ikan yang digunakan biasanya ada 2 jenis. Ikan Aye (Tongkol) Hitam dan Ikan Aye (Tongkol) Kurik.Ikan yang paling sesuai hendaklah pakai Ikan Aye Hitam. Ikan Aye Kurik ni isi nye keras so tak brape best dibanding dengan cousin yang sekor lagi tu. Nasi dagang ada 3 versi yang berbeza. Nasi Dagang Terengganu, Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Dagang Pahang. Pada aku jika terdesak, Nasi Dagang Kelantan masih boleh diterima. Tapi Nasi Dagang Pahang memang aku tak boleh nak go lah sebab kuahnye seakan masak lemak kuning. Memang out lah. Sori orang pahang.Hahaha.



Pada mualanya aku agak skeptik, entah lah , mungkin sebab banyak kali kecewa dengan Nasi Dagang saduran Kuala Lumpur nih. Tapi ... aku ... silap ....

Nasi superb. Acar superb. Yang paling penting, kuah dan ikan which is awesome. Kuah dia sedap sebab pakai rempah yang authentic untuk buat kuah nasi dagang ni (maybe import dari Terengganu kot). Kedai ni terletak di Jalan AU 3/1, off DUKE highway. Google map je, konfem jumpa. Kalo taknak travel jauh jauh beratus kilometer sampai ke Pantai Timur, hidupkan Google Map dan carilah warung ini, gerenti puas hati. I do.


Tuesday 31 January 2017

BEBELAN METAL versi JOM MASAK STEAK

Assalamualaikum. Haaaaa . .  ini bukanlah cubaan aku untuk menjadi Chef Wan Two Three. Cuma lebih pada kegianan yang teramat sangat untuk :

a) Makan Steak with Rosemarry, Thymes, Garlic and Butter.

b) Nak masak style Gordon Ramsay.

c) Teringin nak makan daging Wagyu

Hahaha.

Orite. So hari Sabtu baru ni kami segerombolan  4 beranak pergi la shopping barang barang yang diperlukan macam Daging, Olive Oil, Thymes dan Rosemarry herbs ( serius shit ini first time aku beli mendalah ni, bila dihidu memang patut lah sedap ), butter etc di pasaraya Giant Gombak. Pada mulanya macam nak kensel sebab bila hari minggu melanda mulalah badan rasa nak baringgggg aje (...dan bermain shredding gitar sampai melupakan perkara lain....haihh...laghooo.). Tapi atas desakan isteri dan dorongan Chef Gordon Ramsay (cheyyy hehehe ) aku menggagahkan juga badan ni untuk memasak ala ala Hell's Kitchen.

So , potongan daging Sirloin steak dan potongan yg gagal dikenalpasti (haha) dipilih sebagai eksperimen. Agak berdebar juga nak buat  sebab kalo tak jadi memang rugi aa sebab harga boleh tahan. Basically aku memang ikut nasihat Chef Gordon yakni sebelum masak, make sure daging di letak di luar peti ais at least 20  minit to get it to room temperature as kalo main masuk je dari peti ais, luar rentung dalam sejuk. Tak ke naya kalo jadi macam gitu.

Preparation untuk daging agak senang, Aku pakai 2 cara untuk aktiviti ini. Potongan Sirloin aku guna kuali sahaja dan potongan besar tu aku pakai oven and then baru pakai kuali. Untuk potongan Sirloin, macam yang diajar dalam Youtube oleh Gordon Ramsay, aku amik lada hitam, hancurkan dalam lesung batu. Tabur dan lempangkan atas daging. Amik garam masakan, Tabur dan lempangkan juga pada daging. Letak Olive Oil atas kuali, guna high heat jadi smokey sikit dan letak daging Sirloin atas tu dan make sure ade bunyi sizzle. If it aint sizzle, its not right... kata Wak Gordon.


Untuk Sirloin ni, masak approx 1 minute each side for about 8 minutes.





First time aku masak pakai herba mat salleh. ehehehehehe.




Bila agak agak nak masak, masukkan butter, thymes dan rosemarry . Ini lah point dimana rasa steak ni diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi.





mmmmmmm . . . . baju tour Metallica/Guns n Roses 1992 .






Jiruskan butter cair yang telah bercampur dengan herba thymes dan rosemarry tadi ke atas daging tu.




Bila dah komfem masak, letak atas pinggan dan jiruskan butter tadi atas daging dan biar daging tu rehat selama 5 minit macam tu. Kesian daging tu, penat dia kena goreng.





Potongan yang besar.






Ok untuk potongan daging yang besaq macam ni, aku tabur lada hitam, garam, thymes dan rosemarry lalu aku lempangkan keatas daging itu hingga termasuk ke celah celah agar rasa nya sekata dan aku letakkan dalam oven dalam 50 minit dengan kepanasan 190 celcius kalo tak silap. Kemudian lepas 50 minit aku masukkan kedalam kuali dan ulang proses yang sama menggunakan butter dan herba thymes and rosemarry tadi untuk mengangkat rasanya ke tahap yang tinggi setingkat.




Inilah hasilnya, ini bahagian anak - anak .






Ini bahagian Ayah dan Ibu.


Maka berakhirlah adventure memasak ala Gordon Ramsay ni. Isteri puji sedap jugak, kira OK lah. Nak harapkan memasak betul betul teliti, aku pandai main gitar aje dengan teliti . Hahaha. Memang tak susah resipi ni. Dalam youtube ade step by step preparation. Paling aku suka tengok matsalleh makan Wagyu beef. Fuuuhhhhhh . . . depa kata daging tu cair dalam mulut. Entahlah,aku pon tak penah rasa. Maybe one day.








Monday 23 January 2017

HELLO 2017



It seems that the greatest metalband on the planet once again played near our shore for the third time. I do feel a bit of a regret of not going to Singapore to see them live. Just a little bit of bitter painful sour taste of regret. But hey, responsibility first, right ?

But when i compared the setlist of the two shows i went in 2013 versus the recent show next door, i guess the old setlist is way better to my ears (Ride The Lightning, Orion, The Shortest Straw,And Justice For All, Blackened, Creeping Death etc). With the new album, ermm  i still havent digest it throughly enough, Kirks solo definitely can be better, theres 1 or 2 songs thats cringe worthy,at least to me. The fact that  ol' Lars gettin' under the par with the fast double bass parts (according to official and unofficial live video on youtube) also reducing my interest to go.

But if they somehow decided to eventually play in KL, heck, I'll definitely go...if, i got extra dough, of course.

Oyeah.


Happy New Year . A kind of mellow beginning for me.