a) Makan Steak with Rosemarry, Thymes, Garlic and Butter.
b) Nak masak style Gordon Ramsay.
c) Teringin nak makan daging Wagyu
Hahaha.
Orite. So hari Sabtu baru ni kami segerombolan 4 beranak pergi la shopping barang barang yang diperlukan macam Daging, Olive Oil, Thymes dan Rosemarry herbs ( serius shit ini first time aku beli mendalah ni, bila dihidu memang patut lah sedap ), butter etc di pasaraya Giant Gombak. Pada mulanya macam nak kensel sebab bila hari minggu melanda mulalah badan rasa nak baringgggg aje (...dan bermain shredding gitar sampai melupakan perkara lain....haihh...laghooo.). Tapi atas desakan isteri dan dorongan Chef Gordon Ramsay (cheyyy hehehe ) aku menggagahkan juga badan ni untuk memasak ala ala Hell's Kitchen.
So , potongan daging Sirloin steak dan potongan yg gagal dikenalpasti (haha) dipilih sebagai eksperimen. Agak berdebar juga nak buat sebab kalo tak jadi memang rugi aa sebab harga boleh tahan. Basically aku memang ikut nasihat Chef Gordon yakni sebelum masak, make sure daging di letak di luar peti ais at least 20 minit to get it to room temperature as kalo main masuk je dari peti ais, luar rentung dalam sejuk. Tak ke naya kalo jadi macam gitu.
Preparation untuk daging agak senang, Aku pakai 2 cara untuk aktiviti ini. Potongan Sirloin aku guna kuali sahaja dan potongan besar tu aku pakai oven and then baru pakai kuali. Untuk potongan Sirloin, macam yang diajar dalam Youtube oleh Gordon Ramsay, aku amik lada hitam, hancurkan dalam lesung batu. Tabur dan lempangkan atas daging. Amik garam masakan, Tabur dan lempangkan juga pada daging. Letak Olive Oil atas kuali, guna high heat jadi smokey sikit dan letak daging Sirloin atas tu dan make sure ade bunyi sizzle. If it aint sizzle, its not right... kata Wak Gordon.
Untuk Sirloin ni, masak approx 1 minute each side for about 8 minutes.
First time aku masak pakai herba mat salleh. ehehehehehe.
Bila agak agak nak masak, masukkan butter, thymes dan rosemarry . Ini lah point dimana rasa steak ni diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi.
mmmmmmm . . . . baju tour Metallica/Guns n Roses 1992 .
Jiruskan butter cair yang telah bercampur dengan herba thymes dan rosemarry tadi ke atas daging tu.
Bila dah komfem masak, letak atas pinggan dan jiruskan butter tadi atas daging dan biar daging tu rehat selama 5 minit macam tu. Kesian daging tu, penat dia kena goreng.
Potongan yang besar.
Ok untuk potongan daging yang besaq macam ni, aku tabur lada hitam, garam, thymes dan rosemarry lalu aku lempangkan keatas daging itu hingga termasuk ke celah celah agar rasa nya sekata dan aku letakkan dalam oven dalam 50 minit dengan kepanasan 190 celcius kalo tak silap. Kemudian lepas 50 minit aku masukkan kedalam kuali dan ulang proses yang sama menggunakan butter dan herba thymes and rosemarry tadi untuk mengangkat rasanya ke tahap yang tinggi setingkat.
Inilah hasilnya, ini bahagian anak - anak .
Ini bahagian Ayah dan Ibu.
Maka berakhirlah adventure memasak ala Gordon Ramsay ni. Isteri puji sedap jugak, kira OK lah. Nak harapkan memasak betul betul teliti, aku pandai main gitar aje dengan teliti . Hahaha. Memang tak susah resipi ni. Dalam youtube ade step by step preparation. Paling aku suka tengok matsalleh makan Wagyu beef. Fuuuhhhhhh . . . depa kata daging tu cair dalam mulut. Entahlah,aku pon tak penah rasa. Maybe one day.
Nampak sedap...teringin pulak nak cuba...err..suruh bini cuba...aku takat buat jemput2 dan nasi goreng pandai la...haha...
ReplyDeleteaik.camne terdelete reply aku nih? hehe . nasi goreng rules bro. hehehe
Deletetapi kan, ikut pengalaman aku masak2 western ni... at the end of the day lepas dah kenyang (kalau tak muak), pikir balik kosnya macam tak berbaloi kan? kah kah kah...
ReplyDeletebtw, mana nak cari wagyu kat m'sia ni? paling2 sapi ostorlia je banyak
haha. ya betul.kalo masak setahun 2 kali kira ok lah. mmm,kalo kat KL ni, kat Me'Nate Steak House ada jual wagyu mentah utk masak sendiri. Tapi bukan dari jepun but ostolia.Maknanya baka wagyu jepun ni dah dibela oleh peladang di ostolia.
Deleteingat salah masuk blog... tetiba ada masak lak..heheh
ReplyDeletehahahahaha. Jangan tukar siaran anda. hahaha
Deletewow teringin nak masak macam ni nanti..
ReplyDeletesila bro. bole la buat sesekali nak impress isteri.hehehe
Deletewah,,lapar la pulak aku bila jenguk sini..heheh..kalau dah wife puji sedap tu memang sedap dah tu,lepas ni aku nak try juga la..heheh
ReplyDeletebtw,masih berulang dari banting ke wangsa maju lagi ke bro?
ahaha. try bro.kasi impress isteri sekali sekale.hehe. haaa.. aku dh pindah dah. duduk gombak bermula 1/12/2016. wife dapat tukar tempat mengajar.alhamdulillah. taklah terasa sangat dengan kenaikan harga minyak .20 sen baru nih.hahaha
DeleteBro lagi satu daging ialah Angus beef. Angus young acdc nye daging haha. Apa pun terbaik la aksi anda di dapo.
ReplyDeleteRosemary and thyme, dari aku kecik sampai sekarang, aku suka lagu Scarborough fair versi simon and garfunkel. Dari lagu tu aku belajar perkataan rosemary and thyme.
Bila aku baca post kau ni, aku ada teringat lagu tu, then bila tengok ada sajian untuk parents, terus aku sebak. Tersentuh hati,
hahaha. Thank u, bro Deaf. \m/
Deleteشركة المثالية للتنظيف بالدمام
ReplyDeleteشركة المثالية لتنظيف المنازل بالدمام
شركة المثالية لتنظيف الفلل بالدمام
شركة المثالية لتنظيف الشقق بالدمام
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالدمام
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالدمام
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة المثالية لمكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالدمام