Thursday 7 March 2013

Bebelan Metal (Thrash) 9:50pm





Perkenalan aku dengan muzik metal terjadi pada tahun 1997 di usia aku 13 tahun, tahun release nya album metallica reload ketika itu. Sebelum pada itu, aku hanya mendengar muzik rock yang keluar dicorong-corong radio dan memang tidak dinafikan aku memang tertarik dengan bunyi distorsi gitar sejak kecil lagi. Sepupu-sepupu aku kata aku minat sangat sangat dengan Search dan medicine. Tapi sekarang takde la pulak. hahaha. Selepas mengumpul sikit-sikit duit belanja akhirnya aku dapat juga akhirnya membeli kaset metallica reload dan dengan terujanya pada malam itu aku mendengar setiap lagu penuh dengan rasa takjub. Ye lah, waktu tu  tengah hangat video Memory remain dan Fuel ditayangkan di NTV7 (masa tu stesen ni baru je launching). Memang aku suka gila dengan crunch gita mereka (masa ni aku tak tahu yang ada banyak lagi band yang mempunyai Mega Crunch lagi sedap dr metallica zaman reload). Aku semasa itu bersekolah di Kuching, Sarawak dan aku masih ingat Metallica memang tidak popular dikalangan member-member melayu sarawak aku ketika itu. Memang selalu kena kutuk la sebab minat metallica. Mereka lebih kepada Sepultura, Nailbomb, Korn etc ketika itu.Selang dua minggu selepas beli kaset reload, aku nekad untuk beli satu lagi kaset Metallica iaitu And justice for all...  Lepas dapat kaset tu and have a listen aku amat lahhh terkejut, seolah-olah dua band yang berbeza. Ada jugak aku kaji pasal mereka di majalah terutamanya melalui majalah KONSERT.dan bermula dari situlah eksplorasi aku terhadap band-band berdistortion hi-gain tepu bermula

Dalam tahun 1998, aku pulang ke kampung di Kuala terengganu dan semasa jalan-jalan kat Stesen Bus di bandar KT, ada kedai kaset bukak kat tepi busstand tuh. Ada kaset inlay berwarna biru gambo Unicorn atas kavernya. dengan perasaan ingin tahu, aku pon beli dari brader kedai tu. Semasa baru berjinak jinak bermain gita kapok, lagu yang selalu disebut-sebut untuk dimainkan dengan gita kapok ialah lagu ala-ala classical Another You. So, bila sumbat je dalam walkman, wahhhh. memang dahsyat. Maksud aku, dari segi solo, distortorsi rhythm gitar dan vokal growl Encik Shamsudin Ali memang merentap jiwa. Dan yang membanggakan, ia adalah hasil tangan band Malaysia.Eksplorasi band berdistortion semakin meninggi. Kemudian, dengan sedikit kajian melalui majalah-majalah baru aku tahu yang muzik aku suka dengar ni adalah salah satu sub genre metal yang digelar THRASH METAL .

Ya, memang aku tahu thrash banyak cabang nya pulak seperti Teutonic Thrash, Brazillian Thrash, Asian Thrash tapi yang paling melekat pada aku adalah American Thrash. Metallica, Megadeth, Anthrax dan Slayer adalah pendukung utama cabang ini dan band-band second wave macam Testament, Overkill, Vio-Lence, Death Angel, Forbidden, Whipslash dan Dark Angel tidak kurang hebatnya. Walaupun sekarang rutin pendengaran metal aku lebih kepada Death Metal dan Brutal Death Metal tapi tidak dinafikan asas aku adalah thrash metal dan jika berkaitan gig,aku lebih enjoy menyaksikan band thrash perform because of the upbeat energy i guess. I never really understand punk music, but when you mix it with heavy metal it became Nuclear and i sure dig it a lot. Haha.

Band-band seperti inilah yang bertanggungjawab memberi sedikit input pada aku tentang  bagaimana untuk bermain gitar berdistortion tinggi. Bagaimana nak palm mute dan rhythm chugging like nobodies business. Macammana nak solo fast as lightning and effective like a cyanide. Pada masa kini, banyak benda telah berubah luar dari sangkaan aku at least. The big four shows(metallica,slayer,megadeth,anthrax in one DVD), lombardo pulang ke pangkuan slayer, metallica balik ke roots thrash(sort of) dan penerbitan album album thrash metal baru yang lazat dari Forbidden, Testament,Overkill, Death Angel. Aku rasa tiada apa yang boleh menghalang muzik thrash metal... mungkin ia akan menjadi kurang popular kembali seperti zaman Grunge Invasion tapi ianya tidak akan lenyap, ia hanya mengambuskan dirinya ke dalam bawah tanah dan menanti masa untuk kembali muncul dari bawah tanah.

8 comments:

  1. respek kepada sesiapa yg meminati sesuatu ketika bukan pada zamannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx bro. dulu masa aku minat metallica dlm tahun 1996-1999 memang kene kutuk kaw-kaw dengan kawan2 melayu sarawak aku masa tu. diorang kate yang minat metallica ni org dayak je.well,i dont give a damn.hahaaha

      Delete
  2. Satu band je yang kasi aku penat tengok.

    SLAYER.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.ko dapat tgk derang mase derang singgah singapore kan?

      Delete
  3. tabik geng.... 1997 zaman hip hop ... ko boleh layan metal....steady!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. too phat ,teh tarik crew baru nak naik time tuh agaknye. aku asyik kena kutuk sebab dengar metal. redahh jee.hahaha

      Delete
  4. Respek kat ko bro..zaman tu muzik alternative,grunge,hip hop n r&b tapi ko memilih thrash..pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq brother. kita dengar apa yang kita suka ye tak. asalkan tak memudaratkan, peduli apa org lain.haha

      Delete