Friday 22 March 2013

Bebelan Metal versi Teaser EP SUFFER REMAIN


Diatas adalah video teaser promo yang telah dibuat oleh label kami Celestial Frequency sdn bhd sempena EP kami yang bakal terbit tidak lama lagi, In Shaa Allah. Yaaa... ramai jugak yang menegur pasal grammar nama band kami nih...ada yang suruh tukar jadi suffer remains, suffering remains..haaa macam-macam.hehe Niat baik anda semua amat kami hargai kerana it show that people do care. In the first place, nama band ni bukanlah satu ayat seperti orang semua sangkakan. Ia hanyalah 2 perkataan yang diletakkan sebelah menyebelah. SUFFER dan REMAIN. Vokalis kami yang membuahkan nama ini dalam kepala otak beliau.hehehe. Anyway, kalo nak cerita kesalahan ejaan kat dalam flyers tak usah cakap laa..memang banyak kali salah. Memang takda huruf " S " kat hujung perkataan remain tuh okeh.Tapi kami tidak ambil pusing sangat perkara ini kerana pada kami muzikaliti adalah apa yang patut diletakkan dihadapan dahulu. Setakat ada ' S ' ke takde ' S ' ke itu belakang kira. Yang penting riffing kena menggila.hahahaha.

Berkenaan progress EP ni, ia sekarang berada diperingkat final mixing process dan kemungkinan akan dimaster oleh owner Celestial Frequency sendiri. Rakaman dan mixing dijalankan di Attack Digital Studio di Kota Bharu Kelantan oleh Mr. Izwary dan Ms. Baizura. Menggunakan DAW Logic Pro dan platform Apple computers memudahkan kerja-kerja rakaman dan editing trigger drum kami. Antara instrument yang diseksa, diguna dan didera dalam penghasilan EP ini diantaranya ialah Ibanez S670FM, BnW Bass, Sonor Drum and Percussion, AHEAD Lars Ulrich Signature Stick, Bugera 333 Amplifier, Marshall 4X12 Cab, Line6 FloorPod, MetalZone, Maxtone Twin Paddle, Paiste Cymbals and others. Drum tracking berakhir setelah 20 jam direct berada dalam studio dan diseksa oleh click track/metronome yang membuatkan kami mengigau di malam hari. Track guitar dan bass pula disiapkan seminggu selepas drum tracking dan mengambil masa 16 jam dikurung didalam studio. Engineer kami Ms. Baizura kekadang berbunyi seperti cikgu mathematik tambahan. "Sekali lagiii...sekali lagiii..sekaliii lagiiighhhhh !!! ". Pada mulanya kami tidak mahu menggunakan click track untuk menjimat masa tapi atas nasihat pakar, kami rela menggunakan click track dengan perasaan yang berdebar-debar.

Ep ini bakal memuatkan 4 lagu iaitu 3 lagu original dan 1 lagu cover dari salah sebuah band brutal death metal dari USA. Band apa? Beli EP ni nanti konfem tahu lah. Haha. EP kami diedarkan oleh Celestial Frequency Sdn Bhd. Terima kasih Kepada pihak Celestial kerana memberi kepercayaan yang tinggi kepada kami. Tarikh rilisan masih dalam perbincangan tetapi apa yang pasti sedikit masa lagi ia muncul dalam hidup anda semua. hahaha. Selepas EP ini, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan anda rilisan teknikal/brutal death metal yang lain sedikit dari apa yang ada diluar sana dengan kualiti yang lebih baik. Cewwah.

Oh ya! Sebelum terlupa, kalau ada kelapangan saksikanlah kami perform di dua gig berikut. Please support and headbang with us okeh.woohooo. One more thing, untuk gig 25/5 nih kemungkinan aku jadi session guitarist untuk band DYSGUSTED kerana gitarisnya mempunyai komitmen peribadi pada minggu itu.



12 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih saudara.blog anda adalah idola saya. \m/

      Delete
  2. berdarah saluran telinga... more moreeeee!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ateee...kate org bota, tak berdaroh tak soh leee.ahaha.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hurmmm!!! Great sound...but i need more foods!!

    ReplyDelete
  5. ok,cikgu matematik tambahan.. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang cikgu mendidik anak muridnya ke arah sound dan performance yg lebih baik.hahaha

      Delete