Sunday 22 September 2013

Bebelan Metal Versi THE INTERNSHIP


Baru-baru ini aku berpeluang ke panggung wayang untuk menonton filem terbaru lakonan Vince Vaughn bertajuk The Internship. Kebetulan adik dari Pahang datang menziarah aku di ofis so aku 'terpaksa' mengulor sekejap menemankan beliau untuk tengok wayang di KLCC. haha. Jadi dengan had masa yang agak singkat,aku memilih untuk tonton saja apa cerita yang akan ditayangkan dalam waktu singkat kami berada di klcc jadi secara random aku pilih the internship kerana aku agak meminati cerita yang ada mamat Vince Vaughn nih.

Secara jujurnya, aku kurang minat menyaksikan filem selain filem aksi di pawagam kerana pada aku hanya filem aksi yang dapat memanfaatkan kehebatan sound system di pawagam yang menayangkan nya. Jadi ini kira acara tengok wayang tangkap muat untuk kill time la senang cerita.

Cerita ni mengisahkan pasal 2 orang middle-age salesman yang company nya sudah tutup dan terdesak untuk mencari kerja lain untuk menampung hidup. Jadi bila Google ( yes, the one and only ' Google ' ) membuka tawaran untuk summer internship dan mungkin berpeluang untuk mendapat jawatan tetap di Google, mereka mencuba nasib. Memang lawak ketika mereka ditemu bual oleh panel dari google melalui sesi video conference dan yang ajaib nya walaupon mereka tiada langsung skill dan pengetahuan dalam bidang IT tapi mereka diterima masuk untuk program internship tu.

Sesudah mereka mendaftar dan diberi taklimat, didapati jurang umur dan pemikiran antara mereka dan calon lain amatlah besar. Para calon dikehendaki membuat kumpulan masing-masing dan 2 orang mamat ni mendapat ahli kumpulan yang betul-betul freaky, weird dan anti-social dan amat contrast dengan perangai mamat 2 orang ni. Memang hillarious babak-babak dimana hubungan mereka semakin rapat dan ada satu scene di night club memang super kelakar dan kecoh habis. Tak kena potong pon oleh LPF.

So guys, go check out this movie . At least part scene kat night club tu muzik dia boleh tahan dentum-dentum. haha



P/s: Will Ferrell ada buat cameo dlm filem ni, entah kenapa rupa beliau ada iras James Hetfield pasca DVD The Big Four. haha











7 comments:

  1. "hanya filem aksi yang dapat memanfaatkan kehebatan sound system di pawagam yang menayangkannya"

    +1

    ReplyDelete
  2. adik ko tu .. laki ke pompuan?

    ReplyDelete
  3. adik bongsu aku,lelaki. aih lain macam soalan... hahaha

    ReplyDelete
  4. Owen wilson memang aku suka jugak filem2 dia..thanks for the review bro,nanti aku free time nak gi tengok la cite ni

    ReplyDelete
  5. Kalau ada peluang nanti aku nak tengok. Ye la dunia pekrjaan tak stabil

    ReplyDelete
  6. Vince Vaughn ni aku suka lakonan dia dlm The Cell dgn Psycho (remake)....some non-comedy films from him

    ReplyDelete
  7. rafi: owen wilson rules.
    tp takla gila-gila sangat mcm will ferrell.haha
    deaf: haha.apa yang penting semangat juang jangan pernah padam. \m/
    adi: yup . tp tak pnah tgk dia dlm filem genre serius.

    ReplyDelete