Wednesday 20 November 2013

BEBELAN METAL versi 1 5 0

Haha. semalam tak sempat nak ber 'wordless wednesday ' sebab dapat anak saudara baru, well the first anak saudara belah aku. Adik aku selamat melahirkan baby girl petang semalam. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Nya.

Berbalik pada tajuk diatas . . .




yaaa . . . inilah penangan perjalanan 150KM sehari. Botak hingga menampak kan urat kepala...eh urat benang. heheheh . Inipun terjadi sebab kesilapan aku jugak iaitu jarang buat allignment. Steering dah ada rasa gegar pon aku bantai jugak . Tapi syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Ye lah semua benda dah naik zaman sekarang so perbelanjaan kene kawal jugak (tapi Jackson STAR japan domestic model tu bole plak angkat . . .ape cer ? errr.. kes terlanjur kot .. haha)

Anyway, lepas ni memang aku kena periksa allignment sebulan sekali nampaknya. Jalan dari Banting ke Wangsa Maju memang agak teruk jugak di beberapa tempat. Jalan berlobang besar, lobang tersembunyi, Jalan berbatu . . semua menyumbang kearah larinya talaan allignment tayar keta aku. Kalau cepat botak kat tepi memang bahaya lah terutama kalau jalan basah dan ada lopak air. Memang melilau lah kereta bila langgar air. Tambah pulak botak sampai nampak benang/dawai kat dalam. Memang horror .

Aku cadang nak letak buku log kecik untuk catat bila last tukar minyak hitam, oil filter, air filter, tukar tayar, allignment tayar etc supaya senang nak pantau. Ini kalo tak catit payah nak ingat . Solo Megadeth 'Tornado of soul ' pon boleh lupa. inikan menda yang tak best mcm ni sebab aku tak la mahir sangat bab-bab kereta ni. Tapi this is important la kan, untuk safety, tapi ini bukan family car. Ini kereta untuk pergi kerja saja, my speed demon . Kalo dengar SLAYER dalam kereta ni asyik nak tekan je . Tapi keselamatan tetap kena jaga . Safety first .

7 comments:

  1. Hampir botak mcm kerry king dah..betul bro,safety first..lagi pulak perjalanan hari2 dari banting le wangsa maju tu memang jauh..n memang patut pun kena ada buku log senang nak pantau..n tahniah dah bertambah ahli keluarga..

    ReplyDelete
  2. congrats dapat niece beb.
    Setuju, safety paling penting...

    ReplyDelete
  3. pergh~ alignment sebulan sekali?
    aku setahun sekali baru buat alignment... tu pun sbb imago aku travel short distant je sehari (rumah-opis tak sampai 5km hehehe)

    ReplyDelete
  4. rafi: thanx bro. hehe

    deaf: thanx bro. safety first, duit pun licin.hehe.

    hijau: a small trouble for an ultimate peace of mind. hehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah dapat anak sedara...

    aku pun baru 3 bln lepas ganti tayar 4 biji sekaligus...jenis makan sebelah tak pernah buat rotate tayar....terduduk sekejap nak cari duit...adus....

    ReplyDelete
  6. Perghhh sampai nampak urat tayar tu...memang speed demon la ni hahha...utamakan keselamatan bro

    ReplyDelete
  7. berteromber: haha thnx . fuh parah tu tambah2 4-4 tayar baru. aku kadang2 pakai tayar seken hen je.

    adi: speed demon thrash metal. haha

    ReplyDelete