Sunday 29 December 2013

BEBELAN METAL versi DUNGUN DECIMATOR BERAT 666 , Masak Separuh

Yeahhh.... akhirnya gig yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dengan deretan band band yang amat awesome dan sokongan padu dari pendengar metal pantai timur event ini dirasakan antara yang terbaik pernah didadakan di Negeri Terengganu. Bermula lewat sejam dari yang dirancang tapi itu semua perkara biasa kerana pihak organizer menunggu kehadiran crowd untuk memenuhi venue.



Sesi sound check dimulakan dahulu oleh Suffer Remain kemudian Sapprah, Imperial dan 2 3 band lagi. Band band dan crowd crowd yang datang dari jauh masih merehatkan diri di chalet masing masing agaknya. Nama Modar (Original line-up plus sessionist, FOES guitarist, Mr. Asang ) dan INFECTIOUS MAGGOTS memang amat mengujakan bagi kami peminat metal dari pantai timur.



SAPPRAH menjadi pembuka selera bagi Event hari itu dan mereka memberikan pukulan yang betul betul padu dengan lagu lagu mereka yang heavy dan catchy. Mereka mengingatkan saya pada Langsuyr di zaman awal. Ada perisa thrash, death dan sedikit black metal secukup rasa. Mereka mengakhiri persembahan mereka dengan lagu cover dari band terulung britain iaitu Iron Maiden dengan lagu " Aces High ".

Tiba giliran SUFFER REMAIN pula untuk menyambung keberatan petang itu. Untuk gig kali ini ada satu eksperimen yang saya ingin lakukan keatas cara penggunaan distortion pedal saya. Dulu, saya hanya guna distortion direct dari pada pedal tapi kali ini saya menggunakan pedal sebagai booster sahaja, maknanya distortion utama adalah dari Amplifier Randall dan saya hanya " menggarangkan " lagi sound itu dengan pedal distortion saya. Ternyata memang berbeza dan pada saya overall sound live saya telah naik ke satu level lagi. hahaha. Saya berazam untuk menggunakan setting seperti ini di Gig Grundar Death Fest 2014 pada 01/03/2014 di Larkin, Johor Bahru dan juga di gig-gig lain dimasa akan datang. Petang itu Suffer Remain mempersembahkan lagu cover dari Disgorge iaitu " Womb Full Of Scab " sebagai pemula setlist . Ianya memang telah menggamatkan suasana di lantai studio dengan head banging dan moshing seperi orang sawan. Diteruskan dengan lagu dari EP yang bakal diterbitkan ( delay lagi... hehehe ) dan lagu baru yang dipetik dari Kompilasi GOE yang bakal rilis awal 2014 ini, lagu kaver dari Baphomet dan Dying Fetus didendangkan, crowds semakin menggila. Ditamatkan dengan encore lagu dari Morbid Angel iaitu " Day Of Suffering " crowd yang buas dilihatkan puas menghayun kepala dan badan masing masing. Jangan ada yang MC keesokan hari sudah laaa.









Band seterusnya adalah DROHONG, band yang berpaksikan grindcore brazil/amerika selatan memang tidak mengecewakan. Dengan barisan pemuzik old timer terengganu terutamanya Zam Neoroth yang bangkit dari persaraan, drohong menghempas crowds dengan lagu-lagu mereka yang ultra grinding.

Diteruskan dengan SAHAYA, band black metal dari Terengganu. Riffing gitaris mereka Lord Din memang mistik dan memanggil semangat dari Pesisir pantai beku Norway untuk merasuk Pesisir Pantai Terengganu yang hujan rintik rintik.

Kemudian tiba giliran band dari Kuala Lumpur iaitu IMPERIAL untuk meneruskan aksi. Memang tidak disangkal lagi kehebatan outfit melodik dari KL ini amat padu. Lagu " Dawn Of Deliverance " adalah lagu yang saya tunggu-tunggu sekali.Encik Fizan dari VISITANT turut menyumbangkan tenaga memainkan lagu-lagu Imperial dengan gitar Epiphone Explorer hitam beliau. Memang persis James Hetfield beliau pada hari tu. ooo yeahhh yeahhhh !!! (ala ala laungan James Hetfield )

Dan berita buruk melanda... Polis telah datang ke venue gig ini dan mengarahkan agar gig dihentikan kerana ada aduan dari penduduk (katanya...) dan permit telah ditarik balik serta-merta. Kami diberikan masa 15 minit untuk bersurai, jika tidak tindakan akan dikenakan (rush la kot ... ). Band yang tidak sempat membuat persembahan adalah Dysgusted, Tasyim, MODAR dan INFECTIOUS MAGGOTS. arghhh... what a waste. Kami peminat metal extreme terengganu  menunggu lama untuk meyaksikan Reunion Modar dan Infectious Maggots di Terengganu tetapi akhirnya semua pulang dengan sedikit kekecewaan tertusuk berdarah di hati. Pada saya metal kemungkinan selamanya dipandang serong di bumi Malaysia. Hurmmm....











Masak separuh je... hurmmm .



10 comments:

  1. [seperti yg aku komen kat blog adi] ada baiknya gambar2 diselitkan antara perenggan ayat... kalau tak, yg jenis malas membaca (macam aku) akan skip baca perenggan, terus tengok gambar

    tapi ini cuma cadangan

    ReplyDelete
  2. Aku pernah berada dalam situasi ni....sedang syok layan gig tetiba ada rush...last aku kena benda alah ni masa tahun 2002 di sebuah pub nama Factory kat Bukit Bintang dulu...gig title Tora Tora Tora headliningnya band grindcore dari Jepun Damage Digital...siap ada lori black maria lagi tersedia di luar pub...nasib baik la aku sempat cabut kalo x merasa la masok lokap...sedih

    ReplyDelete
  3. ijau: haha.slalunya mmg aku buat cam ya bro tp kali tok...entah sikda mood kot.hehe

    Adi: ooo...aku pnah denga psl gig damage digital ya. yup, zaman ya agik bahaya...black metal tengah panas. heh heh

    ReplyDelete
  4. unfair demands dorang kat pengunjung dan peminat yang datang

    ReplyDelete
  5. Kesian kat band yg bersemangat nak perform tapi tak dapat

    ReplyDelete
  6. deaf: yup. but what to do. the law is the saw. the fun always got decapitated. haha

    rafi: yup. kak Ani Devilri dari singapore pon turun semata-mata nak support her old friends from Modar and Infectious Maggots tapi apakan daya. kesian kak ani. hurrmmm. yg bebudak crowds lain jangan cerita lah..semua maki hamun .hahaha

    ReplyDelete
  7. Walau ape pn perjuangan harus di teruskan

    ReplyDelete
  8. Politik punye pasal .. ade permit ke takde permit ke .. dlm premis persendirian pun depa rempuh .. sungguh kesal smpai ke hari ini !

    ReplyDelete