Sabtu lalu berlangsungnya sebuah gig charity yang diberi nama Bertukang Malam Malam 5. Lokasi nya adalah di sebuah dusun deroyan di Kg. Janda Baik, Pahang. Dusun tu bersebelahan dengan rumah agam Rosnani Jamil, Din Wahab dan Tamam Idris. Memang amat mendamaikan tempat tu. Patut lah artis-artis banyak membeli tanah area situ , mungkin suasananya yang permai memudahkan mereka untuk berkarya kot. Kalau aku dapat bina sebuah rumah kat situ memang banyak lah idea mencurah curah nak buat lagu. Tapi mungkin bukan lagu metal laaaa.Etnik pop atau irama malaysia barangkali. hahaha
Ada jugak pihak yang merasakan gig ini patut ditangguhkan/dibatalkan kerana beranggapan tak sesuai waktunya dengan bencana alam yang sedang berlaku sekarang. Tapi gig ini adalah gig amal. Tidak mengambil keuntungan se sen pun kerana tiada caj tiket dikenakan. Gig ini diadakan untuk mengutip derma yang akan disumbangkan kepada mangsa bencana alam. Tak salah kan ? Nak kata hiburan melampau tuh...hurmmm. Bukan nye ade yang terkinja kinja pon. Semua pakat menikmati muzik metal yang dihidang dengan bersederhana dan santai. Macam dengar LP/kaset.mp3 lebih kurang begitu.
Banjir di KFC Temerloh
Banjir di TNB Temerloh
Banjir di Exit Highway temerloh.
Ada jugak band yang menarik diri dari acara ini disebabkan masalah banjir. Nak buat macammana. Memang takde rezeki. Vokalis band Suffer Remain pon hanya berjaya sampai ke Maran sahaja dan terpaksa berpatah balik ke Kuala Terengganu. Memang berat dugaan banjir kali ini kerana parents aku menetap di Temerloh yang sekarang ini terjejas teruk. Mujur pada hari Jumaat sebelumnya mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal dirumah adik di Cheras. Rumah di Temerloh tidak terjejas cuma terkepung disebabkan kawasan perumahan diatas bukit dan kawasan sekitar dinaiki air. Aku sendiri pernah menghadapi situasi terperangkap di rumah selama seminggu disebabkan banjir besar pada tahun 2007 di Bera, Pahang dan kebetulan rumah lama aku juga terletak dikawasan bukit. Makanan dan keperluan lain dicampak dari helikopter di padang sekolah berhampiran. Memang sadis and i've already tasted it first-hand.
So, layan je la gambar ini ye. Ada band yang aku sempat amik gamba. Ada yang tak sempat. Sorry. Hahahahaha.
ANTHOLOGY dan CATARRH
ANTHOLOGY dari Singapura
Nosferiel
Nosferiel
Nosferiel
Nosferiel
Danyel Ov Nosferiel
Depan stage memang lecah berlumpur. Ada jugak yg jatuh tambah time malam hujan turun. Mcm Wacken Festival pon ade. Hahaha.
Tanda yang selesa
VISITANT
VISITANT
Soundman yang old timer. First time denga irama extreme metal rasenye...
SUFFER REMAIN
Budak kacamata saksi utama
Menggalas tugas vokalis untuk 3 lagu pertama.
Bassist berasal dari Kelantan, negeri yang teruk dilanda banjir
Budak kacamata seorang engineer di Firma Civil Engineering
Drummer kami demam tapi masih bertenaga seperti super saiya.
Terasa seperti Wacken but even better sebab suasana damai, permai dan dingin.
Jadi, sama-samalah kita menjaga keselamatan di musim banjir ini. Jangan minum air banjir. Jangan main air banjir. Makan roti banjir jangan gelojoh tercekik nanti susah.
Sekiyannn