Sunday, 7 December 2014

BEBELAN METAL versi SUDAH SURATAN

Seperti biasa, aku bertolak pada pukul 6:30 pagi dari rumah di Banting menuju ke pejabat di Wangsa Maju yang berjarak 75 KM. Biasanya setiap hari pemanduan aku alhamdulillah tiada masalah. Tetapi pada pagi itu aku rasa ada kelainan pada sistem brek kereta aku. Kena tekan jauh baru brek berfungsi.  Keadaan ini amat berbahaya pada aku sebab jalan alternatif dari Banting ke Wangsa Maju agak berliku dan memerlukan sistem brek yang mantop.haha. "Hurmm mungkin minyak brek kurang nih.." ujarku separa monolog di dalam minda. Aku nekad,  Pukul 10 pagi aku terpaksa juga keluar sekejap ke bengkel kereta untuk mencari masalah brek kereta aku.

Dan akhirnya terjawab juga persoalan. Kering habis minyak brek rupanya. Master pump dan pump untuk brek belakang semua sudah bocor. Arrghhhh pertama. 




Biasalah adat sebagai pomen kereta , segenap pelusuk sistem kereta akan di periksa untuk mencari apa-apa permasalahan agar dapat menjana pendapatan untuk bengkel. Rupanya mounting absorber depan pon sudah hampir mahu pecah dan penuh dengan rekahan. Kalau tidak diganti, kemungkinan akan pecah dan absorber akan tersembul keluar lantas melubangkan bonet depan kereta aku. Argghhh kedua.




Setelah habis dana aku, maka sedap semulalah brek dan absorber depan Sang Wira ini. Tetapi ku harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Dua minggu selepas kejadia pertama, berlaku pula kejadian kedua. On the way ke tempat kerja, turun saja dari jambatan Banting , tiba-tiba enjin kereta mati. Peliknya tapi taklah panik sebab kereta manual. Free gear saja, kereta menggelongsor terus ke tepi bahu jalan. Jam menunjukkan pukul 6:40 pagi, mana ada kedai bukak. Terus aku telefon orang rumah minta diambil. Kemudian pada pukul 9 pagi aku pergi ke bengkel dan membawa mekanik ke tempat kejadian. Rupanya distributor sudah kong. Setelah 16 tahun berkhidmat akhirnya rosak juga. ingatkan tahan 100 tahun *sarcasm*. Setelah ditukar dengan distributor baru, maka hidup semulah enjin Sang Wira ni. 0.25K jugak lah. Arghhhh ketiga.






Memang lumrah masalah-masalah begini akan datang juga akhirnya cuma kita tak tahu bila. Ajal maut pun begitu juga kan.




Adios.   :-)

4 comments:

  1. akupun kena tapau jugak minggu lepas, bateri king kong... kopak 0.19K jugakla~

    (fuh letak K nmpk mcm byk je kan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. inilah nasib namanya.we never know kan. Penggunaan K ialah untuk menampakkan kereta kita sama tahap dengan BMW, Mercedes dan LEXUS. hahaha

      Delete
  2. Apa pun safety first bro..dengan pemanduan jarak jauh dari Banting ke wangsa maju tu.dana hiburan kena tolak tepi dulu la..heheh

    ReplyDelete
  3. ni ialah asam garam menggunakan kenderaan peribadi la ye.

    ReplyDelete