Friday 7 March 2014

BEBELAN METAL versi THE AFTERMATH OF GRUNDAR DEATH FEST 2014

Well, finally its over. A bit sad really because this is by far one of my favourite gigs to play because of the awesome band lineup. Lagipun band aku hanya main gig setahun dalam 4-5 kali sahaja so every time we play i always cherish it. Backline gig ini adalah terdiri dari Amp Laney dan Marshall half stack. Alhamdulillah gig ini berjalan lancar dari awal hingga ke hujung tanpa berlakunya insiden yang tidak diingini sepertimana gig di Dungun last year. Tetapi ada juga beberapa kejadian yang agak memberi kesan kepada kami yang memang tidak dapat dielakkan. Aku terpaksa menggalas kembali tugas sebagai vokalis kerana vokalis kami tidak dapat hadir sama kerana komitmen kerja dan aku juga terpaksa menggalas tugas sebagai gitaris gantian untuk DYSGUSTED kerana gitarisnya terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan keluarga. Episod di Gig Beast Gathering 2013 berulang kembali. hehehe.



Band pertama yang memulakan langkah ialah Grind the Saw. Bermain muzik grindcore yang super-laju bagaikan VTEC Turbo digabung dengan enjin Locomotive...yahhh..mereka memang loco dengan muzik grind mereka.









Giliran band kami SUFFER REMAIN meneruskan acara keganasan yang terkawal didalam dewan studio Stopzone Larkin ini. Gitar Washburn Dime Signature Model menjadi pilihan sebagai senjata untuk gig kali ini. Suasana sudah cukup panas yang bisa membuatkan beberapa hadirin menaggalkan baju (lelaki ye) menyemarakkan lagi semangat muzik metal extreme dalam jiwa kami. Lagu cover dari band Disgorge menjadi pilihan untuk membuka set kami. Beberapa lagu dari EP dan kompilasi yang bakal terbit tidak lama lagi dimainkan dan ditutupi dengan lagu cover dari Morbid Angel. Kami menjemput vokalis Dysgusted untuk berduet dengan aku untuk 2 lagu pertama.It was super fun and a blast. Yang penting crowd juga enjoy sehingga terpelanting orang dibarisan hadapan akibat moshing berpusing yang mereka lakukan. Those crazy happy people. hahaha.



Band seterusnya adalah Chelation Of Intoxication. Memang best band ni. Sound gitarisnya memang tight. I really like this band.





Band seterusnya Purge The Arbitrator dari kedah. Technical death metal yang dimainkan amat mendamaikan jiwa penonton. Kelajuan riffing gitaris mereka dan menyampaikan lagu cover dari Origin memang aku respek habes. jyeahh!



Giliran GoreSluts pula menerus kegilaan petang itu. Aku tak sempat untuk melihat mereka perform sebab terpaksa balik ke hotel ada urusan yang harus diselesaikan.




Selepas solat Maghrib, ARGON meneruskan acara dengan lagu mereka yang amat death metal. Dianggotai oleh tuan organizer gig iaitu encik Prop, ARGON menghamburkan riff riff death metal yang amat kejam sekali.








DYSGUSTED menyambung acara dengan hanya membawakan 3 lagu sahaja kerana aku terpaksa menggantikan gitaris mereka, awie last minute so no rehearse, no plan and no remorse. hahaha. just wing it and go with the flow. As long as the crowd movin' , you know you are winning. heh heh heh. Bob Damokis juga menyumbangkan growl saktinya untuk lagu Fear Of Napalm dan Suffer the children.

TOOLS OF THE TRADE beraksi selepas itu dan aku tak dapat menyaksikan mereka kerana pergi membeli makanan untuk keluarga di hotel. Tanggungjawab tetap diutamakan. haha



UNVEILED meneruskan kebrutalan malam itu dengan lagu mereka yang amat hebat. Aku amat respek pada mereka kerana sound mereka aku rasakan adalah yang terbaik pada hari itu. Dari bahagian belakang sound mereka seperti dalam kaset. Amat hebat ! Drummernya iaitu encik Ah Fad menggunakan trigger dengan kemas untuk sound drum beliau dan aku amat menghayati setiap ketukan beliau. Memang tahap Suffocation malaysia ! Salute !





Band terakhir menamatkan persembahan pada malam itu adalah band grind yang didatangkan khas dari Sabah iaitu PERPETUAL. Grinding to the maxxx !!! Puas hati aku pada malam itu walaupon setelah habis dysgusted perform, aku tiba-tiba sakit kepala. Tapi demi extreme metal aku tahan juga. Barulah extreme kan? hahahah.

Gig berakhir dalam 11:30 malam dan kami semua amat puas hati dengan gig ini. Pihak penganjur GRUNDAR PRODUCTION begitu murah hati menjemput kami perform di JB dasn ini satu pengalaman yang aku tak dapat lupakan.Nasi goreng, Mee goreng dan Meehoon goreng berlaukkan keropok lekor asli dari terengganu courtesy of the boys from pantai timur amat menyelerakan sekali.hahaha.Diharap pihak penganjur Encik Prop dapat menganjurkan lagi gig seperti ini ditahun hadapan. Inshaallah. Jyeahh !!


See you again GDF.

8 comments:

  1. Kira 1st time beraksi guna DD punya gitar ke ni?
    +10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah bro. Wlaopon bentuknya begitu tp sebenarnya amat selesa.

      Delete
  2. venue yg nmpk sempit (drp gambar) dan crowded mcm ni pasti best tanpa asap rokok, kan?

    jyeaah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya agak luas juga n the crowd behave well...semua mrokok kt luar.drang takot organizer marah.hahaha

      Delete
  3. Perghhhh! Ada band2 favourite gua mcm Tools Of The Trade, Goresluts dgn Perpetual...nampaknya kita berdua sama taste bro....more to extreme death metal.....cuma aku pun minat grindcore/crust jugak hahaha....

    ReplyDelete
  4. Yeah bro.ada can sik kmek perform kt sawak? Hahaha.

    ReplyDelete
  5. nice report, love the pixs..

    ReplyDelete