Friday, 25 April 2014

BEBELAN METAL versi Throwback Seek And Destroy Singapore


  1. The Ecstasy of Gold 
  2. One 
  3. Encore:






Dah 8 bulan berlalu sejak konsert Metallica di Singapura. Entah kenapa aku malas nak review selepas balik dari sana. Letih kot.... langsung tertangguh. Kalo ikutkan setlist nya takda lah banyak mana berbeza dari show di malaysia cuma untuk singapore nih ada lagu The Shortest Straw dan And Justice For All.



Selepas sampai di Changi Airport pada sabtu 24/8/2014 (Hari Konsert berlangsung) aku dan kawan 3 orang terus ke Arab Street untuk check-in hotel yang sudah ditempah. Lepas rehat dan minum sebentar, kami terus berkejar ke venue kerana masa dah suntuk. Memang dah lewat pon masa sampai venue sehingga kami terlepas persembahan Anvil. hahaha. Nasib baik aku tak minat. Member aku pulak telefon tertinggal dalam teksi. Dah la Samsung Tab 2 baru beli. Kesian member.What to do, sad but true.



Baru 5 minit di sana, ada booth vendor menjual hotdog dan coke n berr. Beli hotdog dan coke untuk alas perut.sebab sejak turun dari flight hanya makan roti 2 keping cicah air milo courtesy of the hotel (Hotel bajet je pon). Tak berapa lama lepas tu lagu intro Ecstacy Of Gold dimulakan dan on it goes straight into Hit the lights. Yang tak bestnya disini ialah ramai orang yang lagi tinggi dari aku. Hahaha. Memang agak sesak jugaklah pemandangan. Beer juga dijual terbuka untuk crowd yang sedang berdiri dan memang kena hati-hati tengah duduk mendongak mulut terngannga tengok metallica... audience lain main passing passing beer atas kepala. Takut tertumpah masuk mulut je. Ahahaha.Bahaya.

So on it goes until lagu One, aku dah start letih. Seriously letih sangat. Ye lah, dah la  penat show kat KL tak habes lagi dengan keadaan separa demam, perut lapar dan suara dah shot apa suma. Jadi dari lagu For Whom The Bell Tolls sehinggalah Creeping Death aku hanya melayan tanpa ada pergerakan yang agak fizikal dan kadang aku menumpang bahu sapa sapa dan yang best mereka tak kisah pon. Diorang tahu aku penat kot.hahaha.

Time lagu Battery barulah tenaga kembali sedikit untuk moshing dan headbanging ala kadar. Dan diakhiri dengan Seek and destroy dan ucapan pendek band pada crowd. Dapat juga guitar pick Robert Trujillo sebagai kenangan. Heh heh heh.

Roberto baling straight ke arah aku. Tq abang Rob.


Ni geng dari Kelantan Metal Army

with Rithan



Balik dari venue pula juga agak menjadi masalah. Entah kenapa kami beratur panjang samapai je giliran kami bas dah habes. I mean WTF ? last last amik jugak teksi dgn harga charge 50 sing dollar untuk balik ke Arab Street. Sampai hotel semua blackout pengsan keletihan. Haahahaha.

On the way ke airport



Bye Bye Singapore









So esoknya flight malam balik ke Kuala Lumpur. It was worth it. Kalau Metallica turun sekali lagi ke Singapore, aku akan turun juga ke Singapore. . .  sebab kat Malaysia macam dah tak boleh je. hehehe

Wednesday, 23 April 2014

BEBELAN METAL versi KREATOR PUNAH RANAH HANCUR BERDERAI

Urghhhh...thinking about this makes me cringe and mad all at the same time. Peluang untuk menyaksikan Kreator live didepan mata hancur berderai begitu sahaja...ianya hancur berderai ketika aku tersangkut dalam kesesakan trafik diantara jalan pinang ke jalan perak menuju ke Scandals Club. arghhhh !!!!

Secara kronologi nya begini... aku sebenarnya tak nak hadir pada mulanya kerana merasakan hari Rabu itu hari yang agak letih bagi aku ( Gig metallica tahun lepas terkecuali ). Tapi setelah tarikh gig semakin hampir dan semangat membuak-buak dalam status penghuni FB jadi semangat aku untuk pergi tu semakin kuat kembali.aduih.

Aku menghubungi wakil penjual tiket yang berwajib dan menempah tiket presale pada isnin 21 april. So, tiket sudah secured dan akan dituntut ketika hari kejadian nanti. Aku pon buat rilek je lah sambil menanti hari. Pada hari selasa aku terperasan ada status yang membuatkan agak was-was tentang gig ini. Status apa tak payah cerita dengan lebih dalam lah malas aku.hahahaha. Hintnya berkaitan parti trance-dance yang ada kematian tu.hurmm.

So, petang tadi yakni hari rabu pukul 5 petang aku pon tenyeh jari kat thumb print dan keluar cabot dari office dengan segera kerana ada berita mengatakan terdapat kejadian tanah mendap di area bukit bintang dan ini menggusarkan aku kerana hari juga semakin gelap mendung dan hujan dah turun renyai renyai. Jadi perjalanan menaiki kereta Wira Speed Demon aku dimulakan. Keadaan tidaklah sesak panjang seperti yang aku jangka. Cuma jemm di jalan pinang (depan KLCC) menuju ke jalan Perak.Lama juga aku sangkut...aku lepak je dalam kereta sampai lah aku membaca Whatsapp  mengatakan gig telah diserbu JAKIM dan DBKL dan diarah dibatalkan serta merta tanpa cerita panjang table talk.Aku seperti mahu mamah stereng kereta right on the spot.haharghhh!

Dengan kepala bengang dan perut lapar aku terus mencilok menjauhi area KLCC dan menuju ke restoran Dapur Sarawak di jalan pahang untuk menenangkan perut lapar aku yang buas ni. Aku ada menelefon wakil penjual tiket bertanya tentang refund dan beliau kata mungkin tak ada tetapi ada sesi meet and greet bersama KREATOR. Hurmmm menarik jugak. Selesai makan dalam pukul 7.30 aku terus menuju ke Campbell Complex Kedai Karung Guni untuk sesi MnG.

Kami dikhabarkan pihak management KREATOR hanya memperuntukkan masa 45 minit dari pukul 9 malam untuk sesi MnG dan aku bertuah jugak lah dapat sampai awal di Campbell. Dengar khabar ada jugak yang melepas sesi itu. Aku pergi sesi tu pon sebab memikirkan duit dah lebor rm120 so dari tak dapat apa-apa baik dapat salam dan sain otograpp dengan hero aku Mr. Mille Petrozza. Muahahaha.

Dan hasilnya...







And finally the one and only Mille Petrozza of KREATOR. Aku cakap kat dia sambil pegang tangan kanan dia ... " In my opinion your right hand is more powerful than James Hetfield " dan dia terus gelak besar. heh heh heh . Bodek...untung untung dia datang lagi kat Malaysia ni. 

Dan seperti post terdahulu DI SINI, muzik Metal sekali lagi di diskriminasi dan dipandang serong oleh Kerajaan dan arus perdana.


Thats all folks. I'm still a little mad.


1:13 AM Thursday

Tuesday, 22 April 2014

WORDLESS WEDNESDAY . . . IKLAN SHAMPOO



Note: rambut pendek kerinting   T_T

BEBELAN METAL versi KREATOR ! ! !

Yeah. Akhirnya salah satu dari gergasi thrash metal dunia iaitu Kreator akan sekali lagi beraksi di bumi Malaysia yang makmur ini. Ini merupakan kali ke 2 Kreator berkunjung ke Malaysia. Kali pertama ialah pada 2005 dan aku tidak sempat menyaksikan mereka waktu itu kerana final exam.

Kreator pada aku boleh disifatkan sebagai Metallica versi Teutonic Thrash Metal kerana mereka juga pernah melalui fasa perubahan hala tuju muzik. Bermula dengan album Renewal 1992 mereka mula memperlahankan tempo, meninggalkan unsur thrash dan menyuntik elemen Industrial ke dalam karya mereka dan ianya berakhir roughly dengan album Endorama pada tahun 1999.

Bermula dengan album Violent Revolution 2001 mereka mula mengembalikan unsur thrash metal dan tempo yang laju dan ini amat mengembirakan aku semestinya. Album mereka yang terkini iaitu Phantom Anti***ist 2012 pada aku agak menarik kerana album sebelumya iaitu Hordes Of Chaos pada aku personally agak hambar.heh heh.

Jadi jom ramai-ramai ke KREATOR Live In Malaysia 2014 esok. Semoga semuanya berjalan tanpa ada masalah. Inshaallah.