Tuesday 22 April 2014

BEBELAN METAL versi KREATOR ! ! !

Yeah. Akhirnya salah satu dari gergasi thrash metal dunia iaitu Kreator akan sekali lagi beraksi di bumi Malaysia yang makmur ini. Ini merupakan kali ke 2 Kreator berkunjung ke Malaysia. Kali pertama ialah pada 2005 dan aku tidak sempat menyaksikan mereka waktu itu kerana final exam.

Kreator pada aku boleh disifatkan sebagai Metallica versi Teutonic Thrash Metal kerana mereka juga pernah melalui fasa perubahan hala tuju muzik. Bermula dengan album Renewal 1992 mereka mula memperlahankan tempo, meninggalkan unsur thrash dan menyuntik elemen Industrial ke dalam karya mereka dan ianya berakhir roughly dengan album Endorama pada tahun 1999.

Bermula dengan album Violent Revolution 2001 mereka mula mengembalikan unsur thrash metal dan tempo yang laju dan ini amat mengembirakan aku semestinya. Album mereka yang terkini iaitu Phantom Anti***ist 2012 pada aku agak menarik kerana album sebelumya iaitu Hordes Of Chaos pada aku personally agak hambar.heh heh.

Jadi jom ramai-ramai ke KREATOR Live In Malaysia 2014 esok. Semoga semuanya berjalan tanpa ada masalah. Inshaallah.





10 comments:

  1. event kecik mcm ni senang lepas... klu dipromosikan besar2an kompom tak lepas, lagi2 lps kes budak overdosed aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.lagipon no opening acts what so ever. cepat start cepat habis.

      Delete
  2. aku trun ni nanti.. lepak luar saja mau jumpa kawan2 dari sabah datang sini... jejeje

    ReplyDelete
  3. Uwaaaaaaaa aku tak gi, gigit jari.. baca review ko je la

    ReplyDelete
  4. nak pg tp hjg bln daa, dah pokai..hehe..anyway xterkilan sgt sbb dah tgk thn 2005, best walopon sound kureng, hrp2 kali ni sound best

    ReplyDelete
  5. Kreator zaman thrash diorang yg paling aku suka sama mcm Sodom

    ReplyDelete
  6. harap kasi review ...tak dapat pergi... tengah bulan..dan hari bekerja...huhuhu

    ReplyDelete
  7. D'arsil: Ok bro.Aku pakai baju Megadeth Dr. Vic.Kalo terjumpa tegur tegurlah . heheh

    Deaf: Ok bang, nanti review akan menyusul inshaallah.

    Hisham: haha.harap harap best supaya duit tiket rasa berbaloi.

    Rafi: tu zaman first and second album tu.yup mmg best zaman tu .aku baru umur 1 tahun hahaha.

    faizal abd fathi: ok bro. aku pegi pon sebab tak pnah tgk kreator dan venue dekat dgn office.hehe.

    ReplyDelete
  8. Oic takde opening act rupanya....ok la tu

    ReplyDelete
  9. selamat berhibur...tunggu review ajer la..

    ReplyDelete