Monday, 16 June 2014

BEBELAN METAL versi BERTUKANG MALAM MALAM IV The Short Review

hurmmm . . . sampai ke venue di Raub lebih kurang pukul 4 petang kerana dijadualkan gig bermula pada 5 petang. Ingatkan boleh la sound check awal kerana Suffer Remain adalah band pembuka. Malangnya bassist dan drummer masih belum sampai. Jadi terpaksa band pembuka diganti dengan band dari Kemaman iaitu Slimout Litouk yang mengikut jadual mereka bermain no.4. Walaupon luaran agak berbaur Slipknot/Mushroom Head tetapi mereka ni pada aku memainkan metal/hard rock yang agak progressif ditambah pula ada diantara mereka ialah pelajar di akademi seni terengganu. Musicianship mereka bukan ditahap amatur. Memang power !





Giliran Suffer Remain telah bertukar kepada band no.2. Hahaha


Itu yang olskool tu tuan penganjur, Fandi dari band TORCH


Sesampai je drummer dan bassist yang telah drive lapan jam dari kuala terengganu ke raub, selesai mencari parking kereta maka  terus mereka naik ke studio untuk setting barang-barang dan on with our set.Tadak rehat atau sound check yang panjang. Nasib baik aku menggunakan Line6 FloorPod yang settingnya sudah diprogram dirumah jadi no hassle sangat. Amp yang digunakan untuk gig pon kecik aje tapi cukup untuk menampung keperluan projection bunyi untuk venue yang tak berapa besar ditambah pula ianya di miking masuk kedalam mixer dan keluar di speaker PA so tiada isu volume disini. Agak selesa juga penyaman udara di Studio Kecapi nih.Sejuk aje walaupon peluh jantan menitis jugak kadang kadang.hehe.

Memang aku respek blood brothers aku yang 2 orang ni kerana sanggup berpenat lelah disebabkan semangat extreme metal. Memang metal madness betul lahhh gig kali ni.
So bermain lah kami dengan formasi 3-piece ala ala Dying Fetus, Deed Of Flesh atau pon Green Day. Beberapa lagu aku main tak nyanyi pon sebab arrangement vokal tak berapa ingat.Hahahaha.

 Summoning the brutalness of us all


First time guna Jackson Star untuk bermain gig. Gitar paling selesa selepas ESP KH2 bagi aku.



Selesai saja bermain, aku terpaksa bergegas pula ke Temerloh sebab ada urusan keluarga yang tak dapat dielakkan tambah pula orang rumah dan anak-anak ada menunggu di dalam kereta jadi tak dapat la nak lepak lama pon. Heh heh heh..


Demi kepuasan bermain Brutal Death Metal, jarak tempat tinggal tiada masalah. Hehehe.





 Rambut yang berkilat bermula dari akar rambut yang sihat


 eh eh ehhhhh . . .  cewahhh



Bob Selayang dengan Helicopter Headbang dan Windmill Head Spin cukup cukup mengujakan





SETLIST:

Grotesque Impalement ( dying fetus )
Disorder Unleashed
Deceased Through Mutilation
Impaled Humanity
Womb Full Of Scab ( disgorge )
Streak of Blood ( baphomet )
Remnants Of Ruined World
Day Of Suffering ( morbid angel )



Harap-harap selepas raya nanti banyaklah undangan gig untuk kami bermain . . . inshaallah sebab 'buah tangan' nak keluar dah tu. hehehe.











Note: Semua foto kredit kepada Cik Eppie G-Han dan Slimout Litouk FB. \m/

11 comments:

  1. Replies
    1. takdelah, saja nak try jackson ni sbb tak pnah main gig lg dgn gita tu. washburn dah pakai masa gig kat JB bln Mac lepas.hehe

      Delete
    2. manalah tau grounded selagi bill lawrence blm masuk :)

      Delete
  2. saya teringin nak tengok SR beraksi depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor Ben tolong la ejas gig metal kat ipoh.komfem kami main. hahaha

      Delete
  3. bob janggut memang brutal klu banging.. hari tu kat mini gig klhb dia jadi mc

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.kira dia pelapis pada Ajun Benton.hahaha

      Delete
  4. brader oldskol memang steady..

    ReplyDelete
  5. Fandi, geng Raub, Temerloh memang happening habis... kami rindu nak bertukang malam-malam!!!

    ReplyDelete