Monday 3 November 2014

BEBELAN METAL versi REVIEW MUAR METAL FEST 2

Selesai sudah gig metal yang telah menggegarkan Muar pada 01 11 2014 sabtu baru baru ini. Dengan barisan band band yang hebat dan headliner SAMURAI semestinya membawakan sinar baru dalam scene metal Muar inshaallah. Aku bertolak dari Klang pada pukul 7:30 pagi. Disepanjang perjalanan semuanya tenang tiada masalah cuma temperature kereta naik 3/4 setelah dilenjan 160-170km/sejam selama 2 jam straight. Barang dah season. Jadi aku berhenti di RNR Ayer Keroh sekejap kasi sejuk ekjin. Hahaha. " Perlu tukar kipas 12 bilah sebab sekarang  pakai hanya 4 bilah" kata drummer aku yang merangkap car enthusiast.




Yeah. Alhamdulillah. Sampai jugek aku ke bandor Muorr dalam pukul 10 pagi gitu. haha. Pretty small town but with a rich cultural history. Aku terus ke hotel untuk berehat sekejap. Dah rehat kejap aku n the gang terus ke Dewan persatuan India Muar untuk sesi soundcheck. Selesai souncheck, kami ke Addin Studio untuk warm up dan rehearse sikit apa yang patut. Studio agak besar dan drumnya menggunakan double bass. Ini baru betul metal drum. \m/

 metal !



Gitaris jadi kemeraman

Gig bermula pada pukul 3 petang. Kehadiran memang memberangsangkan. Sound system juga agak memuaskan. Backline pon ok. Memang berbaloi kami main di Muar. yearghhhh !!!

Jom kita mula.



Karrak memulakan set mereka dengan begitu selamba. Maaf tiada gambar kerana tak dan nak snap lagu dah habis. Diteruskan pula dengan RIGORE yang membawakan irama Grindcore.



Diteruskan lagi oleh band LYING KISSES yang membawakan genre Melodic Metal. Memang catchy lagu-lagu mereka. Pengaruh Killswitch Engage amat kental jugak dalam muzik mereka.





Selesai sesi rehat untuk menghormati dan menunaikan Solat Asar, show diteruskan lagi dengan kemunculan band MALAPETAKA. Thrash metal/death metal menjadi paksi utama acuan muzik mereka. Ramai menggelarkan mereka band satu Malaysia. Vokalis band ini amat bertenaga sekali.









Tiba giliran kami SUFFER REMAIN menyambung legasi kekejaman aturcara hari itu. Memainkan 7 buah lagu. 3 dari full length, 1 dari kompilasi dan 3 lagu cover. Crowd dilihat amat enjoy dan itu satu petanda yang baik.hahaha. Muar dapat menerima muzik genre Brutal Death dengan baik. Kalau ada jemputan ke Muar inshaallah kami akan penuhi lagi.








Giliran TORCH dari Raub, Pahang menghangatkan suasana. Membawakan irama proto-thrash ala Motorhead TORCH sememangnya original digabung dengan penggunaan dialek Raub yang pekat oleh abarr Pandi. Memang macam Dave Mustaine la abarr Pandi malam tu. Powerghhhh !!!!


Acara dihentikan seketika untuk menghormati dan menunaikan Solat Maghrib. Selepas disambung semula, 3 band aku tertinggal persembahan mereka iaitu BLOODY SITUATION, ANTABOGA dan SCENT OF CARNAGE kerana pergi mengisi perut dengan makanan dan berehat sebentar di bilik hotel.




Band DEMORFORESSUS yang memainkan irama ala ala Nu Metal mengajak crowd untuk lompat lompat bersama muzik mereka. Siap dengan didgeridoo apa semua memang happeningg sangat lah pendek cerita.




GORESLUTS Ruless !!! Memang energetik sekali dengan vokalis mereka yang hyper active dan penuh ekspressi. Guitarist utama mereka mencuri pandangan aku dengan gitar LTD KH-203 milik beliau. Bahaya . . . aku tak boleh tenung lama lama kang balik KL poket rabak.hahaha.




Akhirnya band yang ditunggu ramai muncul jua. SAMURAI !!! Gig ini merupakan comeback pada mereka setelah agak lama menyepi ( aku rasalah...). Mereka muncul dengan line up original. Bassist mereka menggunakan Fender Jazz bass manakala guitarist mereka (yang agak iras iras Pat O' Brian dari Cannibal Corpse. hahaha) menggunakan Edwards Flying V sebelum talinya putus setelah 4 lagu lalu ditukar dengan ESP Alexi Laiho. Pada aku persembahan mereka  memang power dari segi sound. Balance dan clear. Old timer bro, mesti ilmu penuh di dada. Hahahaha.

Itu sajalah short report dari aku. Berjumpa lagi di Bertukang Malam Malam 5 di DUSUN LAZIM, Janda Baik, Pahang pada 27 12 2014 nanti. Entrance is FREE. 28 metal bands from all over Malaysia will be performing. Rugi kalo tak datang sebab free weih. Acara bermula 11 pagi hingga 12 malam. Habis gig boleh camping di situ jadi bawaklah kelengkapan berkhemah. Ini memang betul betul Metal Fest...macam Wacken versi Malaysia.


 Stay brutal, see ya !

6 comments:

  1. Nice report.

    Welcome to Bandar Maharani Muorr...tak try asam pedas ataupun mee bandung muo ker bro?....



    ReplyDelete
  2. Sampai jugak akhirnya muor eh..great gig.nice report bro

    ReplyDelete
  3. sempat pekena mee bandung muar dan sup gearbox yg supersub!!

    ReplyDelete
  4. hajat mmg nak ke muar, disebabkan kawan tak pegi aku pun tak jadi pegi.. haha

    ReplyDelete
  5. Aku baca post dahsyat ni ngan mulut terngangah. Teruja tornado abis.
    Insyallah nanti kita jumpa, tup2 ada orang mintak ko sign autogrqph, mngkin aku tu hahaha

    ReplyDelete