Friday, 22 January 2016

BEBELAN METAL versi FANTASI


Akhirnya. Sampai jugak magazine nih, seller kat TTDI je rupenye.kalo tau baik gi amik sendiri. 5 hari baru sampai. haihh. Receptionist kt lobby style blur2 plak tu.adoihhh. Ni isu keluaran Julai 1994. Kat Amcorp Mall isu yang sama dijual RM300 senaskah. Yang ini aku dapat harga marhaen. Kondisi super tiptop. Haha.



Pada tahun 2008, aku dan seorang lagi rakan berpeluang menimba ilmu (more to internship) dengan the one and only Jaafar Taib, pemilik magazine Gila-Gila dan Fantasi. Bila berus lukisan berada di tangan, he is a badass. Pada aku dia ni macam grand master Jedi sebab apa saja yang dilukis beliau amatlah cantik. Memang besar bakat yang Allah SWT pinjamkan pada beliau tapi itu juga adalah hasil usaha beliau menajamkan skill sendiri. 

Kami diberi sebuah bilik di stor lukisan beliau di salah sebuah rumah kedai di Jalan Kuching. Di dalam rumah kedai itu ibarat simpanan khazanah illustrasi yang tidak ternilai harganya. Dan didalam timbunan berharga itu, disitu tersadainya mastercopy untuk semua majalah Fantasi yang pernah dicetak. Encik Jaafar ada memberitahu aku yang dia berharap untuk scan semua isu Fantasi dan merilis semula dalam bentuk digital. Diharap impian beliau tercapai juga akhirnya.

Magazine Fantasi ini antara pencetus bagi aku untuk belajar melukis dan menjadi animator dulu. Antara pelukis yang aku minat ialah saudara Aedes sebab karya beliau sangat heavy metal.hehehe.Ahhhh the memories. huhuhu.


Wednesday, 13 January 2016

WORDLESS WEDNESDAY . . . GRUNDAR DEATH FEST 2016



p/s:  Jemput datang kawan-kawan semua memeriahkan acara. Band SUFFER REMAIN untuk kali keduanya diundang untuk mecairkan wajah wajah penonton yang datang nanti. Haha. Keep it brutal !



26 03 2016
EMBRACE HALL, TAMPOI UTAMA, JB
RM 30