Thursday, 25 November 2021

LATE 2021 Posting . . .

 Salam all. My life . . .What a turbulance it had been. Semestinya bersyukur pada Allah SWT masih lagi dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak membesar. Tak sangka previous post aku bertarikh Julai 2018. 3 tahun lebih tak menerjah ke sini. Kinda feel unnecessary to write anymore but sometimes the itch do visit. haha.

Anyway, wabak ni memang suck the souls lah. Dengan beraya kat rumah 2 tahun dah. \ini pun dengar ura-ura macam raya 2022 pon dirumah jugak. Total fuck off. Tapi kalau dah betul bilangan kes naik semula dan vaksin menunjukkan penurunan kemujarabban memang tak boleh buat apa.

Time PKP awal 2020 memang membuatkan aku jadi numb seketika. Aku tak rasa sangat seronok tidak bekerja di pejabat sebab rumah memang dekat dengan office. Cuma waktu curfew tuh dengan bermacam macam peraturannya aku rasa macam its the end of the world... and somehow, my world did end for a while, 2020 memang tahun musibah besar bagi aku. Mak aku , insan yang paling aku sayangi pergi meninggalkan aku sekeluarga. Hanya 12 hari sebelum harijadi arwah yang ke 61. Aku hilang punca untuk beberapa ketika. Dunia aku hilang padam. Beberapa hari dan minggu selepas arwah pergi, Aku pernah menangis rasa macam jantung aku direntap dari dalam. Tapi itulah, kehidupan perlu diteruskan.Keluarga aku kecil, aku perlu jaga. Arwah mak ada berpesan supaya aku jaga kesihatan sebab aku ni tak lah sihat mana pon. Dia takut aku padam waktu anak anak masih kecil. Macam macam penyakit slowly creeping in. I miss my mak so much. Hanya video, voice note dan gambar digital yang telah diupload ke cloud sahaja menjadi pengubat rindu.

3 bulan selepas itu adik bongsu aku pulak berkahwin. Dan kekosongan sewaktu majlis kecil itu memang dirasai. Hanya Allah saja yang tahu betapa lohongnya jiwa aku semasa majlis akad nikah tu. Dan aku kena pretend to be strong sewaktu majlis kenduri kecil dirumah arwah mak aku.2020 surely left a hole in my heart. Big bloody hole of emptiness.

2021 pula datang. Ingatkan kita bebas tapi masih dibelenggu rupanya. Tak boleh kata apa. Raya kali ke 2 dirumah. Kali ke 2 menjadi imam solat aidilfitri. Feels incomplete but yet try to cope with it. Salah satu caranya ialah berbelanja. hahaha. My god memang hancus poket sejak PKP nih. aduih. Gitar dah 20 biji kat rumah tu. Main nye tak rajin mana jugak. Ye lah hati tengah murung mana la ada mood..Tapi ada jugak la video video kolaborasi terhasil dengan kawan kawan pemuzik.Paling latest ialah kolaborasi dengan Sam CROMOK untuk lagu SLAYER-Black Magic. Ada aku share di FB aku. Ramai yang suka terutamanya so called "purist metal" Diorang suka abg Sam akhirnya menyayikan lagu metal yang betul betul brutal. Well, pada aku melodi cromok tu lah pemenangnya. Tapi tulah.... masing masing ada pendapat masing masing. 

 Kaset jangan cerita ah. Sampai lengkap lah discography DEATH. hahaha. Gadget gitar pon berketul ketul terkumpul. Aku masih bersyukur masih diberi rezeki untuk cari sesuap nasi untuk keluarga dan diri sendiri. Alhamdulillah.

Anyway, diharap tahun 2021 ini berlalu pergi dengan tenang dan aman digantikan tahun 2022 yang membawa lebih banyak sinar bahagia untuk merawat hati aku yang luka. Vaksin booster pon aku dah dapat. Diharap Covid19 ini betul betul akan menjadi endemik yang dapat kita kawal sepenuhnya. Inshaallah.

7 comments: