Saturday 6 July 2013

Bebelan Metal versi Kenangan mengusik jiwa made of steel.

Hurmmm..aku sebelum ni kerja di kuala terengganu. wife pula mengajar di banting tapi tinggal dirumah mertua aku di klang.,jadi beliau ulang alik drive kereta ,perjalanan ambil masa lebey kurang 45 minit sehala.. kami kahwin awal 2010. oleh kerana itu aku berulang alik 2 minggu sekali ke klang dengan menaiki perkhidmatan bas express yang ada. syarikat pilihan aku adalah transnasional. sani express pon ok tapi mahal ckit. kalo naik kereta aku pulak, perbelanjaan lagilah extreme mau mau kena standby 2 ratus utk kos pergi balik .so bas expresss adalah jawapan yg logic.dalam sony mp4 player aku berkapasita 4gb padat dengan album2 thrash , brutal death dan death metal yang obscure dijadikan peneman perjalanan jika mata payah nak tidur.

awal tahun 2011 wife disahkan pregnant jadi aku nekad tukar jadual ulang alik dari 2 minggu sekali keada 1 minggu sekali. habis saja kerja pukul 5 petang hari khamis, aku terus ke perhentian bas kuala terengganu dan menunggu bas yang biasanya tiba pukul 11 malam (kadang-kadang ada juga lewat sampai pukul 1-2 pagi, memang gila).perjalanan pula ambil masa 7-8 jam dan aku biasanya tiba di klang pukul 5:30 pagi hari jumaat. wife aku yang amik dan lepas tu beliau ke sekolah pula.

memang aku tak selesa dan aku rasa hidup aku pada tempoh itu agak janggal dan pelik kerana aku dah kahwin tapi masih duduk berjauhan.memang aku tak nafi yg ada ramai lagi diluar sana duduk berjauhan dari keluarga but the thing is,hidup aku,minda aku tak sama macam sesiapa pun. kita ni kan unik setiap satu. jadi selepas anak aku lahir depressi aku semakin kuat bila mengenangkan nasib duduk berjauhan ni. bila anak lahir, lagi lah tekanan.baju anak memang sentiasa aku amik bawak balik ke terengganu.permohonan pertukaran isteri ke terengganu kerana mengikut suami sudah 6 kali ditolak. sampaikan yang terakhir tu aku dah jumpa pegawai tertinggi kementerian pendidikan dato' Mazlan tapi masih lagi hampa.kebetulan isteri aku baru sahaja eksiden dan ketika mengadap datuk misai tu tangan isteri aku masih bersimen.aku semakin depress . aku anti sekejap dengan orang bermisai tebal tapi skang dah tak laaa.hahaha

nampaknya aku lah yang terpaksa berpindah. jadi bermulalah proses melobi pengarah aku agar aku ditukarkan ke ibu pejabat di wangsa maju sehingga akhirnya permohonan aku diluluskan. aku mula bertugas di wangsa maju pada november 2012. aku duduk di banting kerana rumah disana masih murah dibandingkan dengan rumah di kuala lumpur dan suasana yang tenang. anak kami dijaga oleh saudara belah isteri dengan bayaran yang agak rendah aku suka susaana kat banting ni,peaceful.seafood pon sedap.tapi aku terpaksa berulang alik 150km sehari pergi balik banting-wangsa maju menaiki sang wira perkasa speed demon aku.haha.nak naik moto? perghhh...kalau pakai moto besar pon terasa inikan pulak moto aku berjenama honda ex5.lagipon jalan yang ada agak berliku,uphilll downhill,simpang siur,selekoh tajam,jalan licin diesel tumpah.disebabkan kereta wira aku milage nya agak jauh sebab kereta aku tahun 1999,aktiviti balik ke rumah mak ayah aku di temerloh atau balik kampung di bota kiri,perak dan kuala terengganu atau apa saja trip perjalanan jarak jauh  aku akan guna kereta isteri secara eksklusif kerana sekolah beliau di belakang rumah kami saja so kereta beliau hanya meliputi jarak yang amat dekat tiap-tiap hari.bagi can kereta aku rehat pulak.hahaha

jadi sekarang headspace aku agak tenang dari dulu alhamdulillah..well,physically maybe a little bit tired but hey, aku dapat tengok anak isteri hari-hari, dapat duduk dikawasan yang tenang dan jiran yang ramah.kat KL? belum tentu jiran ko kenal nama ko...haha.


P/s: tengah menunggu hari isteri bersalin anak ke 2 . Doakan semua selamat ye kawan-kawan. Amin.


9 comments:

  1. 150km sehari? .. perghhhh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.darab pula dgm 22 hari kerja? takpe demi ketenangan minda,i rela.wahahaha.

      Delete
    2. Janji happy, moga segalanya berjalan dgn baik untuk kedatangan anak ke 2. Amin.

      Delete
  2. Tempat keja wangsa maju kat mana bro?area rumah aku tu..jauh tu banting ke wangsa maju..apa pun respek kat ko bro,berkorban demi keluarga..moga makin murah rezeki dengan kelahiran anak kedua ni..

    ReplyDelete
  3. Aku pernah mengalaminya...dulu masa anak 1st baru lahir...aku duk KL...wife duk JB....memang terasa sengsaranya...paling sedih...bila dukung anak...dia nangis tak nak...tak cam..pasal jarang jumpa abahnya...walaupun masa tu tiap2 minggu aku berulang KL-JB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro.aku kalo weekend masa duk jauh memang untuk aku dan anak aku je.org lain takleh pegang anak aku.hihihihi

      Delete
  4. Sabar bro, moga isteri u beranak dengan bagus, Allah akan permudahkan segala urusan inshaAllah...btw, kitak orang sarawak ka? Belah nei? Ataupun sebaliknya haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.biarlah rahsia....wahahahaha..anyway,isteri kmek selamat udah bersalin anak no2.baby girl,2.8 kg.

      Delete