Wednesday 21 August 2013

BEBELAN METAL versi Review METALLICA Live In Kuala Lumpur 2013

1.Hit the Lights
2.Master of Puppets
3.Fuel
4.Harvester of Sorrow
5.Fade to Black
6.Ride the Lightning
7.Cyanide
8.Welcome Home (Sanitarium)
9.Sad But True
10.Orion
11.One
12.For Whom the Bell Tolls
13.Blackened
14.Nothing Else Matters
15.Enter Sandman
ENCORE
16.Creeping Death
17.Battery
18.Seek & Destroy


hurmm... where to start... ok, ditch work early. Amik member kat SAPURA wangsa maju dalam pukul 3:30 petang ,sampai venue dalam pukul 4:00 PM. Orang dah agak ramai dan jalan dari balai polis HS Lee menuju ke stadium memang agak jemm dah masa tu. Cari Parking, dapat laa parking harga RM20. perghhh... entah tanah sape la yang dia guna tu (kawasan tu bertutup dengan zing tapi ade 2-3 orang pakcik kasi bukak zink tu.) ahh ...lantak laa.janji kereta ade tempat nak parking. Dengar cerita ade juga adik sahabat yang kena charge sampai Rm60. tak tau laa kot2 dia sertakan sekali pakej basuh kereta.hahaha.

Selesai park kereta, aku ngn membe pergi la jalan-jalan depan pintu stadium nak amik feel sket. terserempak dengan 4-5 orang kenalan facebook dan bertegur sapa dengan mereka. Yang menariknya, bassist band brutal death metal DISGORGE Diego Soria (yang baru sudah beraksi di blackbox,publika Dutamas Ahad lalu) pon ade sekali di venue dan menurut laman FB nya, inilah pertama kali beliau menyaksikan metallica. Agak hairann juga sebab beliau sendiri berasal dari San Diego, California tapi last2 tengok metallica kat negara asing. A bit bizarre to me. hehe.

Perut dah lapar, go to the nearest kebab booth. Kebab ala kadar, roti keras macam dah tamat tarikh je tapi telan jugak sebab perut dah main blast beat tahap laparnya. Selesai makan , aku pun bertindak menelefon kenalan blog iaitu Mr. ijau . Haahahaha. It was a blast hanging out with you, brother. So lepas berkenal-kenalan beliau meminta diri untuk check in di hotel. Again ,seen a few familiar faces, say Hi and what not. Gate dijangka dibuka pukul 6 petang.

Fast forward, its 6 pm already. Aku dah start beratur. Tak crowded mana pon sebenarnye kat entrance tiket rm 198 tapi saja je sebab excited. Bag-bag penonton semua digeledah untuk mencari barang terlarang dan segala botol air dan makanan tidak dibenarkan dibawa masuk. Maybe untuk menjamin kebersihan stadium kot. Tapi kat dalam stadium,ada pulak orang ual air, konspirasi ke? heh heh .Selepas mengambil a nice spot for me, aku lepak je la sambil melihat manusia lalu lalang memenuhi venue. Opening band iaitu cromok dijangka bermain pukul 7:45 pm.

Muzik latar dari pelbagai band hard rock sehingga thrash metal dimainkan untuk mengisi kebosanan penonton menunggu lagenda metal dunia beraksi.  Tiba-tiba beberapa kelompok crowd menjerit, ooo rupanya cromok bermain awal... maybe dalam pukul 7:20 mcm tu, memang awal la. Mereka bermula dengan lagu Misty (tiada intro lagu ulik mayang dan gambar mereka tidak disiarkan di skrin besar...double standard? ), kemudian disambung dengan Journey, Memories dan diakhiri dengan I dont belong here. Seriously, buat apa akhir dengan lagu instrumental slow? haih, patut end la dengan something yang hard hitting. hurmm, takpa lantak la. hahaha.

Habis je set cromok, muzik latar dimainkan kembali dari band-band metal terkenal. Kemudian lagu ACDC (long way to the top if you wanna rock n roll ? ) dimainkan dan aku tahu metallica akan beraksi tak lama lagi. Habis ja lagu tu, intro ecstacy of gold dimainkan dan aku dah mula rasa lain macam. This is something that i never thought that i could ever experience. Wow, the feeling for me is heavy at that time and i feel well, sebak. hahaha shit.

And then Lars came out at they staright goes into Hit the lights and all hell broke loose. hahaha. everybody is headbanging like a maniac and ada sorang brader depan aku siap pegang bahu bini sebab dia headbanging macam orang kene rasuk hantu raya. nasik baik akak tu undersanding kalo tak konfem kene hempuk dengan handbag dah sambil suruh laki dia mengucap.hahaha. Lagi satu geng yang  lompat pagar memang aku respek atas keberanian dan semangat korang semua. Aku memang bersorak untuk korang masa korang berjaya melintasi pagar dan pegawai rela. Korang memang tegar !!! hehehe. Cheerz !

Sound-wise, hurmmm . . . gitar james dan kirk terlampau bright almost wranggy (is this a correct term? haha) and aku tak berape gemar sound mcm ni.memang lain la dari tone diorang zaman 80s and 90s (berdasarkan comparison dengan video bootlegs mereka di youtube)  tak tau la sebab aku duduk jauh sangat dari stage ke hape tapi mmg too bright sampai cucuk telinga. Drum ok lah, cuma kick drum tak jelas sangat hanya boomy yang kuat kedengaran. maybe faktor tempat duduk aku jauh dari stage kot ,who knows. Bass, memang ok lah. Robert dari segi technical memang lagi advance dari Cliff dan Jason tapi stage persona dia terlampau funky.haha.

Dari segi setlist lagu pulak, aku harap kan mereka main battery, and justice for all dan orion... luckily hanya and justice for all je yang mereka tak main so its a winner lah for me. Inshaallah kat singapore kot derang akan main and justice for all.hahaha. Aku memang head banging gila-gila tapi semasa lagu dari black album tidak le. hehe. Interaksi james hetfield dengan crowd taklah banyak mana. they just kill and less talk. tapi dapat dengar james sebut " kuala lumpur, KL dan malaysia " memang bangga la. tapi takleh celen lagi Dave Mustaine cakapa bahasa indonesia  masa konsert di indonesia tahun 2001.itu lagi surreal.haha.

Last mereka tutup dengan seek and destroy dan masa tu aku terfikir " nasib baik aku dah beli tiket Pen A kat singapore " sebab memang tak puas langsung duduk tempat belakang. metallica nampak macam semut je. haha. temgok ikut skrin tak best sebab mcm tengok DVD je. Metallica baling goodies mcm pick dan drumstick memang jeles la tengok penonton front row dapat peluang sambar. AKu rasa ini bukan kali terakhir Metallica bermain di Malaysia. Well, new album gonna be out maybe 2014 or 2015 dan aku harap sangat mereka akan bermain di Malaysia lagi. James sendiri mengakui yang penonton Malaysia is extra loud. Aku pon rasa macam tu. hahaha. Habis konsert, gi kat kereta dan jemm nak keluar dari kawasan stadium jangan ceritalah. Nightmare .





Thank you metallica . See you guys in Singapore this Saturday .

11 comments:

  1. Nice review bro..tengkiu..mamat omputih tu 1st time tgk metallica?biar betul

    ReplyDelete
  2. nice one bro....sayang tak dapat jumpa eh, sama Ijau sekali

    ReplyDelete
  3. rafi: ha ah. pelik kan? hehe

    portdy: aku rasa aku ada nampak ko tp tak tau plak kau la incek Portdy.hehehe.tak ade rezeki bro nak wat mcm ne kan. haha

    berteromber: sama-sama bro. \m/

    ReplyDelete
  4. Review konsert yang sungguh menyentuh perasaan bagi fan yang x dpt pergi nengok mcm aku ni...huhuhu sedih™....at least baca review pun jadi la...wait,sempat pulak jumpa brader Ijau yer? Haha nice

    ReplyDelete
  5. Review terbaik macam boleh imejin kat sana gitu haha.
    Aku excited anvil ada sabtu ni, lagi excited dari nak tengok metalika haha

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Best review ive read abt the concert. U boleh jadi novelis , memang baca ni rasa macam ada kat konsert tu. the concert was 2hours 20min long.... Sebab diorang first time kat sini. I hope kat sgpore nnti skejap je concert dia (dengki! Haha) sbb diorg dh penah pegi in 1993. Gd review kp it up. Ps. I was there too, n mmg byk head bangers mcm kna rasuk hantu raya haha

    ReplyDelete
  8. konsert metaliCCa? bila? waktu taip komen ni aku tgh layan cd "super collider" muahahah~

    lawak mencari member "hello bro, cari aku kat bawah ni, yg pakai baju metalika hitam"

    akhir ucapan "selamat... thank you!"

    ReplyDelete