Monday 30 June 2014

BEBELAN METAL versi Transformers 4: Age Of Extinction



Aku berkesempatan menyaksikan the latest installment of the transformers saga pada hari pembukaannya di TGV Wangsa Walk. Tiket berharga rm16, agak mahal. Mungkin sebab hari pembukaan dan aku dapat seat row kedua dari dapan. memang mendongak la jawabnye...nak buat macammane itu je yang ade. hehe

Pada aku Mark Wahlberg penyelamat cerita ni... dan anaknya yang agak hot tu. Ceritanya macam tak ada plot dan pada aku lebih kepada video klip.Memang fast pace punya jalan cerita (memang trademark M.Bay kot). T4 aku rasakan kurang kesinambungan dengan filem sebelumnya dengan kemasukan Lockdown sebagai antagonis utama, penjenamaan semula Megatron dan asal usul Optimus Prime, Autobots dan Decepticons.

Apa yang terjadi pada megatron dalam cerita ni adalah homage kepada filem asal Transformers The Movie 1986 (versi ni yang terbaik) yang aku rasakan agak best walaupon sepatutnya ia perlu lagi awesome tapi kira boleh lah. Lagi satu elemen yang menarik ialah pada awal filem bermula, Optimus Prime menggunakan samaran bentuk lori Kenworth K100 Truck (kalo tak silap model la)



Elemen mainan "Transformers Kreo" juga ada diterapkan dalam filem terbaru ni yang in my opinion mengurangkan sengatan cerita ini. Kami mahu lebih mechanical parts moving, not a bunch of  small bricks attach together.Dah macam lego pulak.

Anyway, masa tengok filem ni, 3 kali screen cinema blackout gamba tadak bunyi je yang ade. Apehell nye la wahai TGV cinema. Tempat canggih pon ade small errors macam ni. Hari pembukaan pulak tuh? haihhh. yang dok menjerit memaki hamun usah kata laa.Manakan tidak sedang syok tengok Optimus dengan Megatron bergomol bole pulak hilang gamba.hahahahaha.

Maka start dari situ kuranglah sikit excitement aku nak tengok filem ni sampai habis sebab dah tertinggal 2, 3 scene yang penting. Konklusinya, Transformers 5 patut diarahkan oleh orang lain tapi dengar cerita M.Bay dan Marky Mark(hehehe..) dah sain kontrak untuk T4,T5 dan T6. T5 maybe akan keluar 2016. So deal with it je lah. Apa yang pasti semua filem Transformers bukanlah untuk peminat filem tetapi untuk peminat legasi Transformers itu sendiri. hehe.




6/10

7 comments:

  1. tiba2 optimus prime boleh terbang tanpa sbrg upgrade (tak mcm T2 dia gabung dgn jetfire), lps tu siap pi space pulak, sdgkan lockdown yg canggih pun guna spaceship... fuh! waktu tu mmg aku kata apakehe?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part ni pun aku rasa hampeh, kenapa dia x lari dgn kuasa terbang dia tu dari mula lagi? Ermmmm....susah nak hadam la hahaha

      Delete
  2. yes bro.itulah maksud aku. boleh plak terbang keluar api cinonet bawah tapak kaki n boleh cross space.hihi. Tapi awal cerita ada pulak kisah battle of chicago. Keluarga Witwicky pon tadak padahal dlm transformers universe keluarga witwicky tu elemen penting. Jalan cerita macam kena reboot je?

    ReplyDelete
  3. dan kereta2 kat hongkong dlm filem ni semua kereta2 mainland china (sbb stereng sblh kiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.safe budget kot shoot kat china n hongkong

      Delete
  4. Kalo kata ikut dari animation tahun 86 tu..adakah watak Galvatron tu ada?aku lum kesempatan nak tgk

    ReplyDelete