Sunday 28 December 2014

BEBELAN METAL versi BERTUKANG MALAM MALAM 5 DAN BANJIR

Sabtu lalu berlangsungnya sebuah gig charity yang diberi nama Bertukang Malam Malam 5. Lokasi nya adalah di sebuah dusun deroyan di Kg. Janda Baik, Pahang. Dusun tu bersebelahan dengan rumah agam Rosnani Jamil, Din Wahab dan Tamam Idris. Memang amat mendamaikan tempat tu. Patut lah artis-artis banyak membeli tanah area situ , mungkin suasananya yang permai memudahkan mereka untuk berkarya kot. Kalau aku dapat bina sebuah rumah kat situ memang banyak lah idea mencurah curah nak buat lagu. Tapi mungkin bukan lagu metal laaaa.Etnik pop atau irama malaysia barangkali. hahaha

Ada jugak pihak yang merasakan gig ini patut ditangguhkan/dibatalkan kerana beranggapan tak sesuai waktunya dengan bencana alam yang sedang berlaku sekarang. Tapi gig ini adalah gig amal. Tidak mengambil keuntungan se sen pun kerana tiada caj tiket dikenakan. Gig ini diadakan untuk mengutip derma yang akan disumbangkan kepada mangsa bencana alam. Tak salah kan ? Nak kata hiburan melampau tuh...hurmmm. Bukan nye ade yang terkinja kinja pon. Semua pakat menikmati muzik metal yang dihidang dengan bersederhana dan santai. Macam dengar LP/kaset.mp3 lebih kurang begitu.



Banjir di KFC Temerloh

Banjir di TNB Temerloh

Banjir di Exit Highway temerloh.


Ada jugak band yang menarik diri dari acara ini disebabkan masalah banjir. Nak buat macammana. Memang takde rezeki. Vokalis band Suffer Remain pon hanya berjaya sampai ke Maran sahaja dan terpaksa berpatah balik ke Kuala Terengganu. Memang berat dugaan banjir kali ini kerana parents aku menetap di Temerloh yang sekarang ini terjejas teruk. Mujur pada hari Jumaat sebelumnya mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal dirumah adik di Cheras. Rumah di Temerloh tidak terjejas cuma terkepung disebabkan kawasan perumahan diatas bukit dan kawasan sekitar dinaiki air. Aku sendiri pernah menghadapi situasi terperangkap di rumah selama seminggu disebabkan banjir besar pada tahun 2007 di Bera, Pahang dan kebetulan rumah lama aku juga terletak dikawasan bukit. Makanan dan keperluan lain dicampak dari helikopter di padang sekolah berhampiran. Memang sadis and i've already tasted it first-hand.

So, layan je la gambar ini ye. Ada band yang aku sempat amik gamba. Ada yang tak sempat. Sorry. Hahahahaha.




 ANTHOLOGY dan CATARRH

 ANTHOLOGY dari Singapura

 Nosferiel

Nosferiel

Nosferiel

Nosferiel

Danyel Ov Nosferiel


Depan stage memang lecah berlumpur. Ada jugak yg jatuh tambah time malam hujan turun. Mcm Wacken Festival pon ade. Hahaha.


Tanda yang selesa

 VISITANT
 VISITANT




Soundman yang old timer. First time denga irama extreme metal rasenye...





SUFFER REMAIN


 Budak kacamata saksi utama


 Menggalas tugas vokalis untuk 3 lagu pertama.



 Bassist berasal dari Kelantan, negeri yang teruk dilanda banjir


 Budak kacamata seorang engineer di Firma Civil Engineering


 Drummer kami demam tapi masih bertenaga seperti super saiya.



Terasa seperti Wacken but even better sebab suasana damai, permai dan dingin.



Jadi, sama-samalah kita menjaga keselamatan di musim banjir ini. Jangan minum air banjir. Jangan main air banjir. Makan roti banjir jangan gelojoh tercekik nanti susah.




Sekiyannn

18 comments:

  1. Suasana kt sempat gig lawa.mendamaikan je.sedap mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro. mmg best. depan dusun ada air terjun/jeram yang memanjang sehingga sampai jalan utama. Tapi takut nak mandi sebab kes kencing tikus byk terjadi skang ni.haha

      Delete
  2. stail macam main kat kenduri kawin...best!

    btw...aku singgah temerloh, jerantut dan jengka ngam 2,3 hari sebelum banjir melanda...kalau lambat sikit mungkin aku pun terperangkap kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.btul tuh mmg rase mcm main time kenduri tapi muzik extreme metal.hehe. nasib baik tuh bro. kalo stuck kt temerloh, haru laaa.

      Delete
  3. wow tempat macam yang aku bayangkan, sayangnya aku tak jadi pergi. harap bertukang 6 nanti buat kat sini juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. takpa bro. there will be next time tp dengar crita mungkin di tempat lain.

      Delete
  4. Replies
    1. memang best bro. pacat pon kurang. kalo dusun tok aku kat terengganu, letak je kaki dah ada 4-5 ekor yang menunggu.heheehe

      Delete
  5. love every photo, love your story, love your banjir personal experience...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx abg deaf. Band dari singapura pon ade. Anthology. Main mcm style heavy metal xpdc tp lebih teknikal.

      Delete
  6. hahaha lokasi... mmg epik!
    tahun dpn geng2 UG bintulu pun dgr2 nak buat gig kat local beach resort, entahla~ baru di peringkat perancangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. wahhh beach resort best woo klo buat gig. Kat sini ada jugak yg buat kat cherating, tok bali etc. mmg sempoi la.

      Delete
  7. Anthology gerek... aku ada cd dorang...

    anyway,
    Yang Jerung tu memang masa aku pergi tengok Iron Maiden main kat Brisbane Soundwave, Bruce Dickinson tengah kasi ucapan pasal banjir melanda Brisbane dan dia cakap pasal jerung tu masuk kawasan perumahan....

    Pasal memang ada gossip pasal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak anthology tu. Gitaris dia pakai gita Kirk Hammett.hehe
      aaaa yg pasal jerung tu, mesti spesis Bullshark sbb jerung bullshark ni boleh survive dlm air tawar. Kat aussie ade jugak tgk dlm national geographic pasal jerung ni masuk dlm sungai dan sistem perparitan kat sana. Jerung ni agressif dan dlm kategori haiwan bahaya.Nasib baik di malaysia takde (agaknye laaa).

      Delete
    2. kalau minat nature, australia best, tak yah jauh2, Perth dan Darwin dekat je cam pergi Indonesia gitu.
      Mungkin satu hari aku nak try pergi tengok nature2 yang giler2 seram gitu, buaya2 kat sungei..
      Tu hari aku ada kawan kerja satu, dia cerita kat aku, kawan dia ajak ikut kawan dia balik Sarawak, so dia cerita kat aku..
      aku cakap la, ko nak mandi, mandi kat dapur rumah kawan kau je la, jangan nak jadi champion pergi kat sungei sorang2.. kau bukan orang sana bukan reti pasal nature kat sana..
      kang abis ke tarik ngan buaya

      Delete
  8. woodstock versi good widow.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Merkur 39c Review | Deccasino
    Merkur is a relatively new entry in the online shopping scene. They offer a range of products that are all around the deccasino top of the

    ReplyDelete